Mario Balotelli mempunyai klausa yang aneh di dalam kontraknya ketika bersama Liverpool.
Balotelli hanya beraksi selama semusim di Anfield selepas melengkapkan perpindahan bernilai £16 juta dari AC Milan pada musim panas 2016.
Penyerang Itali itu kemudiannya menggelar pengurus Liverpool pada ketika itu, Brendan Rodgers sebagai jurulatih paling teruk pernah dilihat sepanjang kariernya.
Ketika Rodgers berjaya mendatangkan penyerang kontroversi itu di Anfield, pihak kelab turut menyelitkan klausa aneh di dalam kontrak pemain itu.
DONE DEAL: Liverpool FC confirm the signing of Mario Balotelli from AC Milan for £16m.
The flamboyant Italian is seen as the ideal replacement for Luis Suarez. pic.twitter.com/lMXbjxlOjF
— Slow Sports News (@SlowSportsNews) April 17, 2021
Klausa tersebut membenarkan Balotelli diberikan wang hadiah berjumlah £1 juta sekiranya berjaya mengelakkan diri daripada dilayangkan kad merah sehingga tiga kali dalam tempoh semusim.
Perkara itu didedahkan melalui Football Leaks: The Dirty Business of Football – dokumen mengisahkan perkara dan urusan jelek di dalam bola sepak yang tidak diketahui ramai.
Tindakan Liverpool meletakkan klausa sedemikian rupa sememangnya boleh difahami walaupun aneh. Ini kerana pemain itu sebelum itu pernah menerima tujuh arahan keluar padang oleh pengadil.
🗣 | Steven Gerrard's response when Brendan Rodgers told him Liverpool were signing Mario Balotelli
'Uh-oh' pic.twitter.com/XwBrUHqXaX
— Anything Liverpool (@AnythingLFC_) November 15, 2018
Balotelli bernasib baik kerana sepanjang bersama Liverpool, pemain itu berjaya memastikan dirinya dilayangkan kad merah untuk menikmati klausa luar biasa itu.
“”Sekiranya dalam mana-mana tempoh semusim sepanjang kontrak, pemain tidak diarahkan keluar padang (kerana kad merah) tidak melebihi tiga kali kerana kelakuan ganas, meludah, atau menggunakan bahasa berunsur provaski, sindirian dan mencarut/bertindak/memaki, maka pada 30 Jun setiap tahun dia akan menerima bonus £1 juta,” dedah Football Leaks yang memetik klausa kontrak yang diberikan Liverpool kepada Balotelli.
Balotelli dikhabarkan telah menerima bayaran bonus sebanyak £1 juta itu daripada Liverpool yang dibayar pada 30 Jun 2015.
Liverpool bukan satu-satunya kelab Premier League di mana Balotelli pernah beraksi. Pemain itu lebih diingati ketika beraksi bersama Manchester City di mana dia membantu mencipta jaringan kemenangan Sergio Aguero ke atas Queens Park Rangers pada 2011/12.
Bersama City Balotelli menjaringkan 30 gol daripada 80 penampilan dalam semua pertandingan sebelum pemain itu menyertai Milan pada Januari 2013.