Forkey Doe Ditahan Polis Kerana Memiliki Kereta Klon

Pemain import pasukan Selangor, Forkey Doe ditahan di Bandar Puteri Puchong selepas disyaki memiliki BMW klon.

Pemain impor berusia 32 tahun berasal dari Liberia itu ditahan, pada kira-kira 5 pagi. Menurut laporan dari Harian Metro :-

“BMW 325i yang dipandu didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu. Semakan nombor casis didapati tiada rekod dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),”

“Permohonan reman terhadap lelaki itu bagi membantu siasatan akan dibuat.” katanya.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Kanun Keseksaan.

Kenyataan Media Dari FAS

Susulan penahanan ini Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman bin Haji Mohd Ibrahim telah mengeluarkan satu kenyataan di laman sesawanga mereka.

“FAS ingin menegaskan bahawa tiada individu sama ada pemain import atau tempatan yang mengatasi undang-undang di negara ini dan semua harus mematuhinya” Jelas Rosman.

FAS mengakui terkejut dengan berita penahanan ini serta tidak mengetahui masalah mengenai kereta berkenaan yang dibeli sendiri oleh Doe dan bukan kereta yang dibekalkan FAS.

FAS akan terus memantau perkembangan terkini dan bersedia memberi kerjasam kepada PDRM.

Baca Juga

Baca Juga