Formasi 2-0-0-8 Yang Menghasilkan Gol 10 Saat Selepas Sepak Mula

Share on facebook
Share on twitter

Perlawanan antara RB Leipzig bertemu Stuttgart II pada tahun 2013 menyaksikan detik menarik telah terjadi seawal saat ke-10 perlawanan di mana gol telah terhasil selepas sepak mula.

RB Leipzig menggunakan formasi 2-0-0-8 berjaya menghasilkan gol lebih kurang 10 saat di mana serangan terus dilancarkan terus usai perlawanan bermula dari sepak mula.

Bermula dari tengah satu hantaran ke belakang dibuat sebelum bola dilambung ke depan di mana 7 pemain Leipzig naik ke atas.

Bola kemudian ditanduk mencari dan menemui Matthias Morys yang membuat larian dan memecahkan benteng pertahanan serta memaksa penjaga gol Stuggart II keluar.

Matthias Morys kemudian membuat satu lambungan cantik kepada Daniel Frah yang mempunyai ruang yang selesa lalu terus melakukan satu sundulan ke gawang yang terbuka.

Selepas kurang 10 sentuhan bola telah masuk ke gawang dengan sebegitu sahaja dan membuatkan lawan serta penonton kagum.

Dah macam nak berperang. Keputusan penuh RB Leipzig menang 3-1.

Ketika ini RB Leipzig masih baru dan beraksi buat pertama kali di 3.Liga yang berada dalam kedudukan ketiga di liga bola sepak Jerman dalam perjalanan untuk ke Bundesliga.

Pada tahun 2016 barulah RB Leipzig berjaya naik ke Bundesliga dan tidak menunggu lama untuk menjadi pencabar di liga teratas Jerman.

RB Leipzig juga terkenal melahirkan pemain bintang dan ternama seperti Timo Werner dan Naby Keita.

Sejak 2009, tiada wakil dari timur Jerman sejak Energy Cottbus tersingkir ke 2. Bundesliga, namun tahun 2016 kelihatan ada sinar dari timur apabila kelab RB Leipzig telah naik ke Bundesliga.

RB Leipzig telah berjaya muncul sebagai naib juara Bundesliga dalam musim debutnya di Liga Utama Jerman itu sekaligus layak ke Champions League.

Walaubagaimanapun, kenaikan RB Leipzig atau nama penuhnya RasenBallSport Leipzig tidaklah disambut gembira, malah dikeji oleh majoriti penyokong bola sepak di Jerman.

Sejarah Ringkas RB Leipzig

Mengenai kelab ini, RB Leipzig ditubuhkan pada 19 Mei 2009, kira-kira tujuh tahun lalu di bandar Leipzig – tempat lahirnya Jerman FA.

Dietrich Mateschitz – bos besar jenama minuman Red Bull, telah membeli hak untuk bermain di liga divisyen 5 Jerman, NOFV-Oberliga SΓΌd – liga untuk kelab di timur, dari SSV MarkranstΓ€dt dengan sasaran untuk beraksi di Bundesliga dalam tempoh lapan tahun.

RB Leipzig menguasai NOFV-Oberliga pada musim tersebut dan dinaikkan ke Regionalliga Nord (IV) – divisyen 4, dan memenangi Regionalliga Nordost pada musim 2012-2013 tanpa kalah.

RB Leipzig naik ke 3. Liga, dan berjaya naik ke 2. Bundesliga pada musim berikutnya – kelab pertama yang mampu berbuat demikian semenjak liga divisyen 3 itu ditubuhkan.

Setelah dua musim mereka di divisyen 2, mereka berjaya naik ke Bundesliga – secara keseluruhannya hanya 7 tahun, setahun lebih cepat dari sasaran awal!

Hebat, bukan?

BACA:  RB Leipzig Mungkin Diharamkan Daripada UCL Meskipun Muncul Naib Juara Bundesliga
Share on facebook
Share on twitter