Formula 3: Kemalangan Mengerikan Yang Berlaku Di Grand Prix Macau

Pemandu berusia 17 tahun, Sophia Floersch terselamat selepas terlibat dalam satu kemalangan yang cukup mengerikan di Grand Prix Macau pada hari Selasa lalu (20 November).

Pelumba wanita itu bersaing dalam saingan Formula 3 ketika kereta yang dipandunya meluru laju melanggar penghadang keselamatan.

Sophia Floersch, pelumba Formula 3.

Walaupun terselamat, Sophia terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan di bahagian tulang belakangnya. Pembedahan tersebut berlangsung hampir 7 tahun, lebih lama dari jangkaan kerana tulangnya perlu disediakan bagi pemerhatian neurological.

Prinsipal pasukan Sophia, Frits Van Amersfoort berkata beliau telah menerima gambar Sophia sedang tersenyum selepas selesai menjalani pembedahan.

Memang ngeri

“Pembedahan tersebut agak menakutkan kerana ia satu prosedur yang agak berisiko. Sophia mungkin perlu berada di hospital lebih lama. Tetapi saya berharap kita akan dapat melihat beliau berada di tempat yang sepatutnya tidak lama lagi iaitu di litar lumba.”

“Perkara paling buruk ketika nahas tersebut berlaku adalah 20 minit selepas itu yang mana kami semua tidak tahu apa yang telah berlaku. Saya tidak akan lupakan pengalaman ini sepanjang hidup saya. Sophia mempunyai ‘malaikat’ di bahu menjaganya kerana kemalangan itu boleh menjadi lebih buruk untuk beliau.”

Ketika kejadian, kereta yag dipandu Sophia hilang kawalan ketika cuba melalui satu selekoh dan melanggar bahagian belakang kereta di hadapannya yang dipandu pelumba Jepun, Sho Tsuboi.

Hentakan dari belakang menyebabkan kereta Tsuboi melanggar ‘kerb’ dan akibatnya, kereta Sophia meluncur tinggi kerana momentum tinggi yang dibawanya. Ketika kejadian, kereta Sophia dipandu pada kelajuan  270 km/h.

Seramai 5 individu dilaporkan mengalami kecederaan dalam nahas tersebut tetapi tiada sebarang kematian yang dilaporkan setakat ini. Tsuboi yang dilanggar dari belakang cuma mengalami kecederaan ringan di bahagian belakang.

https://twitter.com/f1writers/status/1064105240818003968?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1064105240818003968&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.sportbible.com%2Ff1%2Fnews-slow-motion-footage-of-sophia-floerschs-crash-is-frightening-20181119

Dua jurugambar dan seorang marshall litar dilaporkan menerima rawatan di hospital kerana berada berhampiran tempat kejadian ketika kereta Sophia ‘terbang’ melanggar tembok penghadang.

Baca Juga

Baca Juga