Pada Tahun 1998 FourFourTwo Telah Meramalkan Wajah Beckham Pada 2020

Share on facebook
Share on twitter

Pada tahun 1998 majalah bola sepak terkenal yang disukai ramai FourFourTwo telah meramalkan bagaimana wajah pemain bola sepak kacak bergaya, David Beckham akan kelihatan menjelang tahun 2020.

Sebagaimana kau semua tahu, David Beckham bukan saja seorang pemain bola sepak handalan dunia tetapi telah mencapai taraf selebriti dek kerana kekacakannya.

Perkahwinan Beckham dengan penyanyi kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham telah menonjolkan lagi sisi selebritinya yang tidak digemari oleh Sir Alex Ferguson.

Seorang pengguna Twitter bernama Ian Walker telah membelek majalah lama FourFourTwo keluaran tahun 2008 yang dibeli dari jualan bonet.

Terkejut beruk beliau apabila melihat ramalan lakaran wajah David Beckham pada tahun 2020 yang seperti langit dan bumi.

“Membelek majalah lama FourFourTwo keluaran 1998. Inilah wajah lakaran imej yang dapat mereka bayangkan pada tahun 2020.”

Agak dahsyat lakaran wajah Beckham ini dengan kepala botak dihadapan dan kehilangan beberapa batang gigi. Kejam.

Kau banding la muka Beckham sekarang dengan jangkaan majalah ini. Umur baru 44 tahun kot. Macam setan.

Selepas berdekad Beckham telah berjaya mencuri hati ramai di seluruh dunia bukan kerana bakat sahaja malah kerana sikapnya yang merendah diri.

Mudah kata dah la hensem, kacak, bergaya, perangai comei pulok.

Pada tahun 2015, Beckham telah dinobatkan sebagai ‘The Sexiest Man Alive’ atau ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi Yang Masih Hidup’ oleh People Magazine.

Majalah Orang

Menangis Beckham kalau tengok gambar ni.

Beckham mengumumkan persaraannya di akhir musim 2012–13. Pada 18 Mei 2013, beliau bermain perlawanan terakhir sepanjang 20 tahun karier.

Karier profesional Beckham bermula di Manchester United, dimana Beckham membuat penampilan sulung untuk pasukan utama pada tahun 1992 ketika berumur 17 tahun.

Bersama United, Beckham memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris enam kali, Piala FA Inggeris dua kali, dan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1999.

Beliau kemudiannya bermain selama empat musim untuk Real Madrid, memenangi kejuaraan La Liga ketika musim terakhirnya bersama kelab itu.

Pada bulan Julai 2007, Beckham menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Major League Soccer, LA Galaxy. Semasa menjadi pemain Galaxy, dia bermain secara pinjaman di Itali, dua kali bersama Milan pada tahun 2009 dan 2010.

Beckham merupakan pemain bola sepak Britain pertama bermain dalam 100 perlawanan Liga Juara-Juara.

Selepas Beckham hanya Cristiano Ronaldo pemain terakhir yang berjaya memakai jersi nombor 7 dengan begitu cemerlang dan jayanya.

Selepas itu Angel Di Maria, Mmephis Depay dan Antonio Valencia. Alexis Sanchez? Ermmmm.

15 Fakta Menarik Tentang Beckham

David Beckham. Seorang pemain bola yang sangat berpengaruh di dunia. Malah tidak keterlaluan, Beckham adalah penyebab seseorang manusia itu meminati bola sepak.

Raut wajahnya yang kacak dan sepakan percumanya adalah faktor utama beliau sangat terkenal di seluruh dunia.

David Beckham telah bermain dengan pasukan besar seperti Manchester United, Real Madrid,AC Milan(pinjaman), La Galaxy  dan mengakhiri karier bola bersama kelab PSG.

Terkenal dengan hantaran bola yang tepat dan sepakan percuma melentur yang mempersonakan.

Beckham telah dua kali mendapat tempat kedua untuk Pemain Terbaik Dunia FIFA dan pada tahun 2004 dia dinamakan dalam FIFA 100 sebagai salah seorang pemain terhebat di dunia yang masih hidup.

Secara konsisten disenaraikan sebagai salah seorang ahli sukan dengan pendapatan tertinggi.

Pada tahun 2013 Beckham disenaraikan sebagai pemain dengan pendapatan paling tinggi di dunia dengan pendapatan lebih $50 juta dalam tempoh 12 bulan.

Artikel ini akan memberikan anda  fakta tentang lagenda bolasepak ini.

1. Nama sebenar Beckham adalah David Robert Joseph Beckham dan merupakan pemakai jersi nombor 7 Manchester United yang berjaya.

Gambar Dalam Kad Pengenalan Lama Beckham

2. Beckham dilahirkan pada 2/5/1975 di Hospital Universiti Whipps Cross di Leytonstone, London, England. Dia merupakan anak kepada Sandra Georgina, seorang pendandan rambut dan David Edward Alan “Ted” Beckham, pereka dapur yang berkahwin di London Borough of Hackney pada tahun 1969.

3. Beckham kerap bermain bola sepak di Ridgeway Park Chingford semasa kecik dan belajar di Chase Lane Primary School dan Chingford Foundation School. Subjek yang diminati oleh Beckham di zaman persekolahannya adalah seni. Rare betul.

4. Kaki kanan beliau lebih panjang dari kaki kiri beliau. Sebabnya, latihan sepakan percumanya yang maha dasyat.

5. Pada tahun 1997, beliau berjaya mengorat Victoria “Posh Spice” Adams. Lepas mengorat mestilah mereka akan berkahwin bukan? Perkahwinan beliau bersama Victoria telah mendapat liputan meluas. Kos perkahwinan pada masa tu mencecah $800,000. Tu tak ada SPM atau Ijazah tu. Kalau tak berapa la mak Victoria ni letak hantaran.

Beckham dan Kumpulan Gadis Rempah Ratus Sajian Zaman Silam

6. Beckham mempunyai penyakit  obsessive-compulsive disorder (OCD). Segala-galanya  mestilah teratur dan juga mestilah berpasangan

7. David Beckham adalah raja carian di google pada tahun 2003 dan 2004 dalam kategori sukan.

8. Beliau juga bolehlah dikatakan icon fesyen bagi gaya rambut untuk semua lelaki didunia ini. Dari gaya rambut Trunks, mohawk, skinhead, sehinggalah gaya rambut botak.

Beckham Tengah Usha Mak Jemah

9.David Beckham satu-satunya pemain Inggeris  yang berjaya menjaringkan gol dalam tiga edisi kejohanan piala dunia.

10.Otak burung unta lebih kecil dari matanya.

Hai. Jangan Marah

11. Pada tahun 2015, dunia mengundi beliau sebagai Lelaki paling seksi di dunia dan gelaran itu masih ada walaupun semakin berusia dan kaya raya.

12. Beckham mempunyai 20 tatoo di seluruh badannya.

Kisah Disebalik Setiap Tatoo Beckham. Terbaru Tatoo Ayahanda Rani Kulup

13. Beckham mengatakan, beliau berlatih mengambil sepakan percuma  beratus kali sehari. Jika ada jin yang merasuk beliau, maka beribulah dia akan berlatih sepakan percuma sehari!

14.  Selain latihan yang berterusan, beliau mendedahkan satu lagi rahsia bagaimana dia boleh menguasai teknik sepakan percuma. Dia mengatakan, semasa dia kecil. Beliau selalu menendang anak patung milik kakaknya.  Pelik betul.

15. Beckham juga antara penyebab mengapa perempuan di seluruh dunia meminati bola sepak. Ke ada perempuan yang minat bola sebab Diego Costa?

Gila jambu

16. Beckham merupakan pemain Inggeris pertama memenangi kejuaraan liga di empat buah negara berlainan iaitu England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis.

17. Ibu bapanya merupakan penyokong fanatik Machester United dan kerap pergi ke Old Trafford dari London untuk menonton perlawanan di Old Trafford. David mewarisi minat ibu bapanya terhadap Manchester United dan minat sukannya yang utama adalah bola sepak.

18. Dia menghadiri salah satu sekolah bola sepak Bobby Charlton di Manchester dan memenangi peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan di FC Barcelona, sebagai sebahagian daripada hadiah pertandingan bakat baru.

19. Dalam musim 1998–99, Beckham merupakan sebahagian daripada pasukan United yang memenangi kejuaraan treble Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah, satu pencapaian unik dalam bola sepak Inggeris.

20. Beckham mengumumkan persaraannya di akhir musim 2012–13. Pada 18 Mei 2013, beliau bermain perlawanan terakhirnya sepanjang 20 tahun karier.

BACA:  15 Fakta Menarik Tentang Beckham
Share on facebook
Share on twitter