Senarai 50 Pengurus Terbaik Sepanjang Zaman

France Football telah mengeluarkan senarai 50 pengurus bola sepak terbaik sepanjang zaman berzaman teguh ikatan sempurna insan itu harapan padaku aku harapkan.

Senarai yang dikeluarkan oleh France Football ini menyenaraikan 50 pengurus ini berdasarkan :

1. Jumlah trofi yang dimenangi ketika bergelar pengurus.

2. Pengaruh dalam perlawanan.

3. Personaliti.

4. Bagaimana mereka mempengaruhi pengurus lain mengikut jejak mereka dengan falsafah yang mereka pegang.

Gambar sekadar hiasan.

Berikut merupakan senarai 10 Pengurus Terbaik Sepanjang Zaman :

1. Rinus Michels
2. Alex Ferguson
3. Arrigo Sacchi
4. Johan Cruyff
5. Pep Guardiola
6. Valeri Lobanovski
7. Helenio Herrera
8. Carlo Ancelotti
9. Ernst Happel
10. Bill Shankly

Senarai penuh 50 pengurus korang tengok sendiri malas aku nak taip.

Senarai 1-25

Pengurus kesayangan yang menjadi idola ada tak? Kalau tak da tengok senarai kat bawah. Kalau tak da juga korang tulis sendiri.

Senarai 26-50

Turut tersenarai adalah Jose Mourinho, Arsene Wenger, Zinedine Zidane yang setahun jagung namun masakan dilupa hatrik Champions League serta Jurgen Klopp.

Siapa Rinus Michels Hingga Menjadi Pengurus Teragung?

Insan yang berada dikedudukan pertama dalam senarai pengurus terbaik sepanjang zaman adalah lagenda Ajax, Barcelona dan Belanda, Rinus Michels. Tak kenal? Matilanak.

Rinus Michels telah membawa Ajax menjulang European Cups yang kini dikenali seabgai Champions League 3 kali berturut-turut dan membolehkan Ajax mendapat Badge of honour lalu menjadi kelab elit Eropah.

Beliau juga telah memodenkan permainan dengan memperkenalkan total football dan menggunakan perangkap offside.

Rinus Michel dan johan Cruyff

Tanpa Rinus Michels ini maka tidak akan wujud sosok tubuh yang bergelar johan Cruyff yang terkenal dengan Cruyff Turn ketika bergelar sebagai pemain dan total football ketika menjadi pengurus.

Di Ajax, Cruyff menjadi nadi utama pasukan dalam menghidupkan falsafah ‘total football’ yang dibawa pengurus, Rinus Michel.

Menariknya, akademi terkenal Barcelona, La Masia yang melahirkan ramai pemain hebat seperti Andres Iniesta, Xavi Hernandez, Leo Messi, Sergio Busquet, Cesc Fabregas, Gerard Pique, Pedro Rodriguez dan ramai pemain hebat lain adalah cetusan buah fikiran Cruyff.

Pep hasil dari benih yang baik.

La Masia adalah hasil dari idea Cruyff pabila beliau menyuarakan pendapatnya kepada pengerusi kelab, Josep Lluis Nunez, pada tahun 1979 kerana Cruyff berpendapat Barcelona akan mendapat manfaat dalam jangka masa panjang melaului satu akademi pemain muda yang menggunakan blueprint kelab asalnya, Ajax Amsterdam.

Hasilnya, akademi tersebut telah berkembang menjadi akademi terbaik dunia pada hari ini. Nampak tak kenapa Rinus Michels merupakan pengurus terbaik sepanjang zaman?

Tanpa Cryuff yang berada di tangga ke-4 secara automatiknya juga tidak wujudlah Pep Guardiola yang terkenal dengan Tiki-Taka ketika bersama Barcelona yang berkedudukan di tangga ke-5.

Koleksi Trofi Ferguson di tangga kedua

Ditangga kedua adalah Sir Alex Ferguson. Siapa tidak kenal Pak Alex yang terkenal dengan pelbagai kejuaraan ketika bersama Manchester United dan hingga kini Setan Merah belum mampu keluar dari bayangan Pak Alex.

Sir Alex Ferguson merupakan jurulatih bola sepak yang paling berjaya dalam sejarah di mana beliau telah membimbing Manchester United memenangi pelbagai kejuaraan, anugerah dan pingat dari tahun 1986 sehingga 2013.

Ferguson dilahirkan pada 31 Disember 1941 berasal dari Scotland merupakan seorang bekas pemain dan telah menjadi sebagai antara pengurus yang paling berjaya dalam dunia bola sepak bersama pasukan Manchester United.

Masih dibayangi kegemilangan lalu dan tidak mahu untuk terus maju.

Tanggal 6 November 1986 menyaksikan Sir Alex Ferguson telah dilantik sebagai pengurus di Old Trafford. Fergie bernasib baik kerana diberi peluang untuk walaupun mengharungi permulaan yang tidak berapa memberansangkan.

Pak Alex telah menjulang 38 trofi bersama United, 20 gelaran Premier League dan 2 Champions League. Kalau nak disenaraikan tak habis.

Baca Juga

Baca Juga