France Football Menamakan Van Dijk Dalam Senarai Team Of The Decade

Share on facebook
Share on twitter

France Football telah menamakan pemain pertahanan terbaik dunia ketika ini, Virgil Van Dijk dalam senarai pemain bola sepak terbaik dalam temph 10 tahun ini – Team Of The Decade.

Majalah bola sepak, France Football juga merupakan pengelola anugerah berprestij dalam dunia bola sepak dan menjadi rebutan pemain terbaik dunia iaitu Ballon d’Or.

France Football telah menyenaraikan Van Dijk ke dalam senarai ini mungkin kerana impak yang begitu padu dan besar dibawa pemain pertahanan berusia 28 tahun itu sejak menyertai Liverpool.

Majalah bola sepak Perancis itu telah telah mendedahkan bagaimana senarai pemain Team Of The Decade ini dibuat.

“Kriteria pemilihan pemain dibuat berdasarkan sesuatu yang mudah, tepat dan terbuka iaitu kedudukan pemain dalam senarai 10 terbaik anugerah Ballon d’Or bagi tempoh sedekad ini.”

France Football juga telah menjelaskan beberapa pemain pertahanan terlepas untuk berada dalam senarai ini kerana dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam kedudukan Ballon d’Or.

Luka Modric satu-satunya pemain yang berjaya memecahkan dominasi dan duopoly Messi-Ronaldo dalam tempoh 10 tahun ini selepas Kaka menjadi manusia terakhir melakukannya.

Kini anugerah tersebut kembali ke kaki Lionel Messi.

“Messi dan Ronaldo sahaja telah mendominasi kedudukan ini sebanyak sembilan kali, pemain pertahanan sangat sedikit tersenarai tetapi masih ada dan selepas pengiraan France Football telah keluarkan senarai 11 pemain terbaik dalam dekad ini.”

Penjaga gol lagenda Real Madrid dan Sepanyol, Iker Casillas gah untuk berada di gawang selepas cemerlang di dekad yang lalu membawa ke dekad ini.

Sergio Ramos pula bergandingan bersama Van Dijk di pertahanan tengah, pertahanan kanan menjadi milik lagenda Jerman Philip Lahm dan pertahanan kiri menjadi diisi oleh Marcelo.

Pasukan pilihan France Football ini menggunakan formasi 4-3-3 dan bahagian tengah diisi oleh Luka Modric, Xavi Hernandes dan Andreas Iniesta. Sangat menggiurkan.

Neymar, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi memenuhkan bahagian serangan.

Van Dijk Tidak Layak berada Dalam Senarai?

Seperti biasa dalam apa jua pemilihan pemain ada yang tidak berpuas hati dan dalam senarai ini, ramai tidak berpuas hati dengan Virgil Van Dijk yang mereka rasakan tidak layak.

Mereka memberikan dua nama yang terlajak layak iaitu Gerrard Pique yang sangat cermerlang sepert Sergio Ramos dan Giorgio Chiellini.

Gerrard Pique nyata cemerlang bersama Barcelona dan Sepanyol telah memenangi La Liga hampir saban tahun, Champions League, Piala Dunia, EURO, Club World Cup dan Copa Del Ray.

Tetapi berbalik kepada kriteria yang dibuat oleh France Football maka lantak dieorang la nak pilih siapa apa kau rasa tak penting pun. Tapi korang rasa Pique lagi layak ke tak?

Virgil Van Dijk telah menyertai FC Groningen dari Willem II pada 2010 dan telah membuat 62 penampilan bersama Groningen sebelum menyertai Celtic pada 2013.

Pemain Belanda itu mempunyai kualiti yang hebat tetapi apa yang mengejutkan pemain ini hanya mampu menarik minat Celtic berbanding pasukan gergasi lain.

Hanya Celtic dapat mengesan keistimewaan Van Dijk ketika itu.

Pemain ini bersinar di Celtic sebelum berpindah ke Southampton yang merupakan pasukan pembekal pemain kepada Liverpool. Virgil Van Dijk menjadi buruan Liverpool pada beberapa jendela perpindahan tetapi tidak kesampaian.

Akhirnya kasih dan sayang Van Dijk dan Liverpool bertaut dan perpindahan beliau ke Liverpool telah menobatkan beliau sebagai pemain pertahanan termahal dunia sebelum Harry Maguire memecahkan rekod tersebut.

Impak segera diberikan Van Dijk usai menyertai Liverpool dan menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan Liverpool.

Aura Van Dijk juga membolehkan sesiapa yang bergandingan dengan beliau di Liverpool mempamerkan aksi terbaik.

Share on facebook
Share on twitter

Baca Juga

Baca Juga