France Road To Final World Cup 2018

Perancis memulakan kempen Piala Dunia dengan penuh tidak bergaya hambar dan membosankan. Turun dengan barisan pemain handalan dunia yang sedap lagi power Perancis yang dianggap gah sekadar menang 2-1 ke atas Australia.

Kylian mbappe mennyelamat Les Bleus dengan gol kemenangan 1-0 ke atas Peru. Pada perlawanan terakhir kumpulan Perancis sekadar seri tanpa jaringan menentang Denmark dalam perlawanan yang super boring. Perlawanan paling bosan di Piala Dunia?

Perancis berubah 100 peratus di pusingan kalah mati apabila menundukkan Argentina 4-3 dalam perlawanan yang sudah dijangka menjadi milik Perancis dengan Mbappe menjaringkan 2 gol.

Di perlawanan suku akhir Perancis kembali kepada prestasi mereka di peringkat kumpulan dengan aksi membosankan dan hambar namun mereka mudah menewaskan Uruguay 2 gol tanpa balas.

Belgium menjadi mangsa Perancis di separuh akhir untuk mara ke final dengan jaringan tunggal dari pemain pertahann mereka Samuel Umtiti. Kekalahan perit bagi Belgium dan melabel Perancis sebagai anti-football.

Group stage
France 1-0 Peru
France 2-1 Australia
France 0-0 Denmark

Round of 16
France 4-3 Argentina

Quarter Final
France 2-0 Uruguay

Semi Final
France 1-0 Belgium

World Cup 2018 Semi Final : France 1-0 Belgium

Kejohanan bola sepak paling berprestij di muka bumi ini hampir menemui siapa juara terulung. Perlawanan pembukaan separuh akhir Piala Dunia 2018 menemukan dua pasukan dari benua Eropah iaitu Belgium dan Perancis.

Perlawanan pagi ini merupakan pertemua ke-74 kedua-dua pasukan ini dalam semua kejohanan. Rekod pertemuan lampau jelas berpihak kepada Belgium walaupun tidak dipisahkan dengan jurang yang besar ini rekod pertemuan mereka :

Perancis – Menang 24, seri 19 dan 31 kalah
Belgium – Menang 30 , seri 19 dan 25 kalah
Jumlah Pertemuan – 74 perlawanan

Ini merupakan pertemuan kompetitif pertama antara Belgium dan Perancis sejak Piala Dunia 1986 di mana Perancis menang 4-2 di penentuan tempat ketiga dan keempat. 75 pertemuan yang berlaku ini adalah lebih kepada perlawanan persahabatan.

Dalam pertemuan di Piala Dunia hanya dua kali Perancis dan Belgium bertembung dan kedua-dua perlawanan telah di menangi oleh Perancis. Rekod yang tidak cemerlang Beligum di Piala Dunia bertemu Perancis.

Piala Dunia 1938 – Perancis 3-1 Belgium
Piala Dunia 1986 – Perancis 4-2 Belgium

Kali terakhir Belgium dan Perancis bertemu adalah dalam perlawanan persahabatan di Paris pada tahun 2015. Belgium berjaya mencatatkan kemenangan tipis ke atas Perancis 4-3.

Ini merupakan penampilan kali kedua Belgium di separuh akhir Piala Dunia selepas kali terakhir layak pada Piala Dunia 1986. Namun Belgium tewas dikaki Maradona dan Argentina yang merupakan juara Piala Dunia 1986.

World Cup 2018 Semi Final : Belgium vs France

Seawal sepak mula Perancis mula menguji benteng Belgium namun bola tenang dikeluarkan pertahanan Belgium.

Sedari itu Belgium mula melancarkan serangan dengan beberapa percubaan yang agak sedap.

Perancis juga bukan calang anak, sesekali melancarkan serangan namun berjaya dikeluarkan.

Lorongan cantik Paul Pogba berjaya dikejar Kylian Mbappe dengan kelajuan kilat namun Thibaut Courtois berjaya membaca bola dengan keluar lebih awal.

Pada minit ke-16 hantaran Kevin De Bryune berjaya mencari Eden Hazard yang tidak dikawal namun rembatan Hazard sekaki menjauhi tiang gol.

Kemudian rembatan padu Matuidi dari luar kotak penalti selesa ditangkap oleh Courtois.

Hazard sekali lagi datang ibarat Tora datang lagi dengan rembatan padu tetapi berjaya dikeluar pertahanan Perancis.

Dari sepakan penjuru peluang terbaik Belgium hadir dari sepakan percuma. Rembatan kencang Toby Alderweireld berjaya ditepis Hugo Lloris dengan terbangan regangan badan yang maksimum.

Eden Hazars terus berleluasa namun tiada lagi gol terhasil. Giroud menanduk dari sepakan percuma tetapi tersasar.

Setengah jam perlawanan berlalu, Belgium lebih mengancam dan menguasai perlawanan manakala Perancis pula tetap menghadirkan ancaman.

Lorongan cantik lagi menawan berbanding Mira Filzah dari Mbappe dirembat kencang Pavard berjaya dihadang kaki Courois dan itulah peluang terbaik Perancis.

Maka tamatlah separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan dengan permainan yang menghiburkan.

Separuh masa kedua bersambung, Belgium terus menyerang mencari gol pendahuluan namun tidak ketemui.

Giroud terus mendapat peluang namun tertampan kaki pemain Belgium. Berpunca dari sepakan penjuru inilah Perancis mendahului.

Samuel Umtiti melonjak secukup rasa mengatasi Marouane Fellaini untuk menanduk masuk bola menewaskan Courtois untuk gol pembukaan pada minit ke-51.

Fellaini hampir menyamakan kedudukan melalui satu sundulan tetapi bola hanya lalu di bahagian luar tiang gol.

Belgium terus menekan, mengasak dan mencuba memcari gol penyamaan hingga minit ke-85 masih tiada jaringan penyamaan.

Perancis tenang dan kental bertahan menahan asakan membuatkan Belgium mati kutu dan Lukaku terus holanh ditelan arus masa.

Dalam masa tambahan serangan Belgium mula mengendur dan Perancis hampir menambah jaringan namun dua percubaan sedap diselamatkan Courtois.

Masa ditunggu Perancis telah tiba apabila pengadil meniup wisel penamat. Perlawanan separuh akhir yang tidak menghiburkan.

Akhirnya Perancis berjaya ke perlawanan akhir buat kali ke-3 dalam tempoh 20 tahun. Kali terakhir Perancis mara ke final pada 2006 dan kalah kepada Italy.

Bagaimana agaknya Thierry Henry meraikan kejayaan Perancis bersama pasukan Belgium?

Sesungguhnya Perancis tahu cara bermain untuk menang tanpa perlu bermain cantik.

France (4-2-3-1): Hugo Lloris (capt); Benjamin Pavard, Raphael Varane, Samuel Umtiti, Lucas Hernandez; Paul Pogba, N’Golo Kante; Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Blaise Matuidi; Olivier Giroud.

Coach: Didier Deschamps (FRA)

Belgium (3-4-3): Thibaut Courtois; Toby Alderweireld, Vincent Kompany, Jan Vertonghen; Mousa Dembele, Marouane Fellaini, Axel Witsel, Nacer Chadli; Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku, Eden Hazard (capt).

Coach: Roberto Martinez (ESP)

Pengadil : Andres Cunha (URU)

World Cup 2018 : Uruguay 0-2 Perancis

Perlawanan pembukaan peringkat suku akhir dirasmikan oleh perlawanan antara Perancisa dan Uruguay.

Edison Cavani tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan dan hanya mampu bersedih di bangku simpanan.

Perlawanan sedap dan sama hebat. Tetapi Uruguay lebih banyak mencipta peluang ruang dan waktu.

Penyudah Uruguay menjadi penghalang. Perancis nyata lebih tajam didepan gol.

Varane meletakkan Perancis didepan hasil sundulan yang berpunca dari sepakan percuma.

Tamat separuh masa pertama Perancis di hadapan dalam perlawanan yang penuh menghiburkan.

Pemainan bersambung di masa kedua menyaksikan Perancis sukr ditembusi ditambah dengan penyudah Uruguay yang semakin tumpul.

Pada minit ke-61 kesilapan Fernando Muslera terus menamatkan perjuangan Uruguay yang terus kehilangan arah.

Antoine Griezmann yang tidak dikawal mengambil masa secukupnya untuk melakukan rembatan dari luar kotak penalti.

Fernando Muslera cuba menepis bola tersebut namum tepisannya tidak tepat lalu bola ketawa melepasi garisan gol.

Gol kedua buat Perancis. Uruguay terus bergelut mencari gol.

Separuh akhir semakin dengan untuk Perancis. Uruguay mula bermain kasar dan tidak keruan.

Uruguay: Muslera, Caceres, Gimenez, Godin, Laxalt, Nandez, Torreira, Vecino, Bentancur, Suarez, Stuani.

Subs: Campana, Varela, Sanchez, Rodriguez, De Arrascaeta, Gaston Silva, Maxi Pereira, Gomez, Coates, Urreta, Martin Silva.

France: Lloris, Pavard, Varane, Umtiti, Lucas, Pogba, Kante, Mbappe-Lottin, Griezmann, Tolisso, Giroud.

Subs: Mandanda, Kimpembe, Lemar, Dembele, Nzonzi, Rami, Fekir, Sidibe, Thauvin, Mendy, Areola.

World Cup 2018 : France 4-3 Argentina

Piala Dunia 2018 yang berehat sehari kembali bersambung dan memasuki pusingan kalah mati 16 terbaik.

Perlawanan pembukaan disajikan dengan perlawanan dijangka hebat antara wakil Amerika Selatan dan Eropah, Argentina vs Perancis.

Seperti dijangka perlawanan berlangsung sengit di mana 7 gol terhasil.

Antoine Griezmann hampir meletakkan Perancis dihadapan pada minit ke-8 menerusi sepakan percuma, tapi sayang bola menggwgae palang.

Dua minit berselang Kylian Mbappe berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas dijatuhkan Marcos Rojo.

Akhirnya Griezmann berjaya menjaringkan gol pembukaan pabila tenang menyempurnakan sepakan penalti.

Argentina terus bergelut untuk menyerang walaupun menguasai perlawanan dan Perancis tenang bertahan mematahkan serangan Argentina.

Akhirnya Angel Di Maria memecahkan kebuntuan dengan remvatan cantik dari luar kotak penalti.

Rembatan tersebut laju menuju ke penjuru gol menyaksikan Hugo Lloris berterbangan cuba menyelamat.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan terikat 1-1 di mana Argentina jelas menguasai perlawanan dengan 62 peratus penguasaan.

Rehat 15 minit seperti biasa disajikan dengan iklan dari penaja.

Bersambung separuh masa kedua Marcos Rojo dikeluarkan dan Fazio dimasukkan.

Tiga minit selepas itu Argentina menggandakan kedudukan kepada 2-1.

Gol berpunca dari sepakan percuma Banega yang gagal dikeluarkan dengan kemas oleh Paul Pogba.

Bola menemui Lionel Messi yang terus melakukan pusingan U lalu merembat kencang.

Bola tertampan kaki Gabriel Mercado dan mencecah jaring dan Hugo Lloris hanya terpaku melihat.

Ketinggalan menyaksikan Perancis kembali bermain bola sepak dan mula menyerang.

Kemudian Perancis berjaya menyamakan kedudukan melalui Benjamin Pavard pada minit ke-57.

Cantik bola rembatan yang dipotong oleh Pavard menyaksikan bola berpusing-pusing masuk kepenjuru gawang Argentina.

Tujuh minit berselang Perancis kembali di hadapan dengan gol ketiga hasil jaringan Kylian Mbappe.

Berpunca dari situasi kelam kabut bola tepat ke kaki Mbappe yang meloloskan diri sebelum merembat dalam ruang yang sempit.

Empat minit kemudian Mbappe kembali lagi dengan gol keempat buat Perancis.

Serangan bermula dari Lloris, selepas 4-5 hantaran terus kepada Mbppae yang merembat cantik.

Perancis menjaringkan 3 gol dalam tempoh 10 minit dan terus menyerang dengan kehancuran barisan pertahanan Argentina.

Olivier Giroud hampir menambah lagi jaringan namun rembatannya kencang mencari bahagian sisi jaring.

Perancis terus melancarkan serangan balas pantas dan kepantasan Mbappe nyata tidak dapat dibendung lagi.

Lionel Messi jelas keseorangan dalam merencanakan serangan dan mencari gol.

Akhirnya pada masa tambahan Sergio Aguero berjaya merapatkan kedudukan dengan satu sundulan tajam.

Argentina terus menekan dan masa semakin mencemburui. Pengadil meniup wisel penamat.

Maka tamatlah perjuangan Argentina yang serba-serbi tidak kekurangan.

Perancis menjadi pasukan pertama menempatkan diri ke suku akhir Piala Dunia 2018.

France Starting XI: Hugo Lloris, Benjamin Pavard, Rafael Varane, Samuel Umtiti, Lucas Hernandez, N’Golo Kante, Blaise Matuidi, Paul Pogba, Antoine Griezmann, Oliver Giroud, Kylian Mbappe

Argentina Starting XI: Franco Armani, Gabriel Mercado, Nicholas Otamendi, Marcus Rojo, Nicholas Tagliafico, Javier Mascherano, Enzo Perez, Ever Banega, Cristian Pavon, Lionel Messi, Anger di María.

World Cup 2018 : Denmark 0-0 France

Perlawanan penentuan juara kumpulan antara Denmark dan Perancis berlangsung dengan penuh hambar dan membosankan tahap nak mati.

Jibril Cisse melabel perlawanan ini sebagai sangat taktikal dan sungguh membosankan serta mengecewakan.

Perancis yang membosankan sebelum ini lagi merehatkan beberapa pemain utama yang berisiko menghadapi penggantungan.

Denmark pula terlalu bergantung kepada Cristian Eriksen dalam mencari gol.

Kemasukan Nabil Fekir merancakkan sedikit permainan sebelum Kylian Mbappe menambah sedikit kerancakan tetapi masih bosan.

Akhirnya perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan Perancis muncul juara kumpulan C.

Perlawanan pertama selepas 36 perlawanan beralhir tanpa jaringan. VAR tak buat kerja.

Denmark: Schmeichel 4, Dalsgaard 4, Kjaer 4, Christensen 4, Larsen 4, Jorgensen 4, Delaney 4 (Lerager 90), Braithwaite 4, Eriksen 4, Sisto 4 (Fischer 59, 4), Cornelius 4 (Dolberg 75, 4)

France: Mandanda 5 MOTM, Sidibe 4, Varane 4, Kimpembe 4, Hernandez 4 (Mendy 50, 4), N’Zonzi 4, Kante 4, Dembele 4 (Mbappe 77, 4), Griezmann 3 (Fekir 67, 5), Lemar 4, Giroud 3

World Cup 2018 : France 1-0 Peru

Perlawanan Piala Dunia 2018 bagi kumpulan C terus bersambung menemukan Perancis dan Peru untuk perlawanan kedua di Central Stadium.

Peru bermula baik ketika Perancis sedang bergelut hampir 30 minit mencari rentak dan selepas rentak berjaya dicari maka gol terhasil.

Olivier Giroud merembat dan bola terbias kaki pemain Peru menyaksikan bola melambung melepasi jangkauan penjaga gol.

Bola meleleh saja menunggu untuk melepas garisan gol sambil penjaga gol Peru sedaya-upaya mahu mengejar, Kylian Mbappe lebih pantas menolak masuk bola itu.

Kylian Mbappe muncul pemain termuda Perancis yang menjaringkan gol untuk Les Bleusdi Piala Dunia. Kedudukan satu gol ini kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua Peru meneruskan permainan yang bagus dan sedap mata memandang. Seperti pasukan yang sudah tersingkir, La Blanquirroja mengikut skrip yang sama.

Sedap permainan ditonton tetapi ketumpulan yang membawa kepada kemandulan menyaksikan mereka gagal menjaringkan gol.

France: Lloris, Pavard, Varane, Umtiti, Hernández, Kanté, Pogba, Matuidi, Mbappé, Griezmann, Giroud

Peru: Gallese, Advíncula, Rodríguez, Ramos, Trauco, Aquino, Yotún, Cueva, Flores, Carrillo, Guerrero

World Cup 2018 : France 2-1 Australia

Perancis menepati jangkaan untuk menang ketika perlawanan kelihatan akan berkesudahan seri namun berjaya menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas Antoine Griezmann menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-58. Berselang empat minit kemudiaan Australia pula dihadiahkan sepakan penalti.

Mile Jedinak tenang menyempurnakan sepakan untuk mengikat kedudukan. Video Assistant Referee (VAR) telah digunakan bagi sebelum kedua-dua penalti diberikan.

Paul Pogba yang dilabel sebagai pemain tengah yang sesat oleh Graeme Souness muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81.

Cun jugak gol Pogba.

VAR membunuh keseronokan menikmati Piala Dunia kali ini? Korang rasa?

France: Lloris, Pavard, Varane, Umtiti, Hernandez, Pogba, Tolisso, Kante, Griezmann, Mbappe, Dembele

Australia: Ryan, Milligan, Behich, Risdon, Sainsbury, Mooy, Jedinak, Rogic, Leckie, Kruse, Nabbout

Baca Juga

Baca Juga