Frank De Boer Dipecat Selepas Lima Perlawanan

Crystal Palace telah memecat pengurus mereka, Frank De Boer selepas lima perlawanan, atau lebih tepat 77 hari, dengan bekas pengurus England, Roy Hodgson akan menggantikannya dengan segera menurut BBC Sports

Pasukan yang digelar The Eagles itu kini menduduki tangga ke-19 liga selepas tewas kepada Burnley yang menewaskan Chelsea pada hari pembukaan liga. Lebih teruk lagi, Palace gagal menjaringkan sebarang gol dan bolos tujuh kali.

De Boer ketika baru dilantik Palace | Gambar : Crystal Palace

Dengan ini De Boer memegang rekod sebagai pengurus Liga Perdana Inggeris yang paling singkat memegang jawatan dari segi jumlah perlawanan.

Secara total, dua tugas terakhirnya hanya bertahan selama 162 hari, dengan 85 hari bersama Inter Milan.

De Boer hanya mula menyertai Palace pada musim panas lalu, menggantikan Sam Allardyce yang membantu Palace mengekalkan Palace dalam liga.

Crystal Palace menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan kenyataan;

“Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Frank di atas dedikasi dan kerja kerasnya.”

Kalau nak dikkutkan rekod, De Boer telah memenangi eredivise bersama Ajax Amasterdam selama empat musim berturut-turut dari 2011 sehingga 2015 namun gagal untuk membuktikan kehebatannya dalam Liga Inggeris.

Tapi, tu lah. memandangkan Guardiola pun gagal di tanah Inggeris, mungkin De Boer perlu ke Sepanyol. Satu-satunya kemenangan De Boer bersama Palace ialah menentang Ipswich Town dalam perlawanan Piala EFL.

Sumber berita : BBC

Baca Juga

Baca Juga