Frank Lampard Bakal Kembali Ke Chelsea?

Lagenda pasukan Chelsea Frank Lampard telah mengumumkan bahawa beliau bakal meninggalkan pasukan New York City yang beraksi dalam Major League Soccer dan pintu Stamford Bridge sentiasa terbuka menanti kepulangan Lampard.

Menurut Daily Mail Chelsea berlapang dada dan bersedia menanti kepulangan Lampard serta menawarkan tempat di Stamford Bridge selepas pemain tengah itu sah meninggalkan New York FC.

Pemain berusia 38 tahun itu mengumumkan bahawa beliau bakal keluar dari New YorK FC tetapi Lampard tidak menyatakan samada beliau akan terus bermain atau terus menggantung kasut.

Chelsea ketika ini bersedia untuk memberikan jawatan kepada bekas legenda kelab itu, yang memainkan peranan penting kebangkitan mereka di pentas domestik dan Eropah dengan Lampard kekal sebagai penjaring terbanyak dengan 211 gol.

Kelab dari Barat London itu difahamkan terdesak untuk mengelak senario yang berlaku terhadap Arsenal apabila wira mereka, Patrick Vieira, yang kini mengemudi New York City mengambil peranan selaku pengarah teknikal di Manchester City.

Lampard telah mengesahkan permergiannya dari laman sosial Instagram :

“Khidmat saya di New York City sudah sampai ke pengakhiran, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan terhadap saya selama dua tahun ini.

“Saya juga gembira bermain bersama rakan sepasukan saya. Saya amat bersyukur untuk berpeluang bermain untuk kelab yang hebat dan bandar yang menakjubkan ini,” katanya.

Lampard berhijrah ke Amerika pada tahun 2015 selepas memulakan kerjaya di West Ham United dan menjalani karier yang gemilang di Chelsea. Semasa di New York FC Lampard telah dipinjamkan ke Mnachester City.

Bersama Chelsea Lampard telah memenangi 3 gelaran liga, 4 Piala FA, masing-masing satu Liga Juara Eropah dan Liga Europa. Lampard juga mempunyai 106 cap bersama pasukan England.

Baca Juga

Baca Juga