Frank Lampard Dipecat Pemilik Everton Melalui Panggilan Telefon

Frank Lampard telah dipecat oleh pemilik Everton, Farhad Moshiri hanya melalui panggilan telefon ditengah-tengah prestasi kelab di ambang zon penyingkiran dan bilik persalinan yang penuh toksik.

Lebih pada lagi mengenai pemecatan Frank Lampard ini adalah selepas sejam mereka berbincang mengenai pemain sasaran dalam perpindahan pemain di jendela musim sejuk ini.

Berita pemecatan Frank Lampard bukan lagi satu rahsia di mana Sky Sports sudah melaporkan hari ini (23 Januari 2023) adalah hari penghabisan buat Frank Lampard di Goodison Park.

Ketika media seperti The Athletic, The Times dan Sky Sports serta Fabrizio Romano sudah melaporkan bahawa Frank Lampard sudah dipecat walaupun Everton masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi ketika artikel ini ditulis.

Keputusan memecat Frank Lampard ini diambil selepas pengurus Everton itu hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 12 perlawanan terakhir dan keputusan ini terus dimuktamadkan selepas Everton tewas 2-0 kepada West Ham United yang juga bergelut teruk.

Frank Lampard mengambil alih jawatan pengurus Everton dari Rafa Benitez pada awal tahun lalu kira-kira 357 hari yang lalu ketika pasukan itu berada diambang penyingkiran namun terselamat di akhir musim.

Untuk memperkasakan pasukan, Frank Lampard telah membawa masuk Dele Alli dan meminjam Donny Van De Beek dari Manchester United yang langsung tidak memberi impak namun cukup untuk kekal di Premier League.

Kini Everton yang dipimpin Frank Lampard telah berada di tangga ke-19 dengan 15 mata sahaja selepas 20 perlawanan dengan 11 kekalahan 6 seri dan hanya 3 kemenangan.

Dalam dua perlawanan terakhir Everton tewas kepada Southampton dan West Ham United yang berada di zon penyingkiran membuatkan Lampard turut disingkir, tiga mata dari Everton mengeluarkan West Ham dari kedudukan tiga terbawah.

Frank Lampard dilantik pada tahun lalu menggantikan Rafa Benitez dan selepas mengendalikan 38 perlawanan, Lampard hanya berjaya menghadirkan 35 mata dengan 9 kemenangan sahaja, 8 seri dan 21 kekalahan.

Musim 2021/22 : 20 Perlawanan (3 menang 6 seri 11 kalah) – 15 mata
Musim 2022/23 : 18 Perlawanan (6 menang 2 seri 10 kalah) – 20 mata
Keseluruhan : 35 Perlawanan (9 menang 8 seri 21 kalah) – 35 mata

Kini Everton dilaporkan giat mencari pengganti Frank Lampard yang akan menjadi pengurus kelapan Everton sejak pemilik terkini Farhad Moshiri mengambilalih kelab pada 2016.

Sportmail melaporkan Marcelo Bielsa adalah adalah calon nombor satu pengurus baharu Everton dan mereka berharap sentuhan magis Bielsa seperti di Ellen Road akan hadir di Goodison Park.

Marcelo Bielsa telah membawa Leeds United kembali ke Premier League selepas 16 tahun hilang dan berada di liga kumbahan dan membawa pasukan itu ke liga teratas hanya selepas dua musim menjadi pengurus.

Antara calon lain yang disebut adalah Sean Dyche, yang telah menganggur sejak dipecat oleh Burnley April lalu, mempunyai peminat di kelab itu serta Ralph Hasenhüttl yang dipecat Soton boleh dipertimbangkan.

Pengarah bola sepak Kevin Thelwell, yang pernah bekerja dengan Nuno Espírito Santo di Wolverhampton Wanderers, kini mengetuai proses pengambilan. Nuno kini bertanggungjawab di kelab Arab Saudi Al-Ittihad, di mana dia mempunyai klausa pelepasan £8 juta.

10 hari lalu Farhad Moshiri menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi lagi kepada Frank Lampard namun selepas kekalahan kepada Soton dan West Ham semuanya sudah terbelah.

BACA:  Empat Legenda Kelab Yang Kembali Sebagai Pengurus Kemudian Dipecat