Pemain tengah Shakhtar Donestsk, Fred semakin hampir untuk menyertai Manchester United dimana beliau dijadual bakal menjalani pemeriksaan perubatan pada hari Isnin (4th June 2018).
Sebelum ini, Sky Sports melaporkan Manchester United hampir untuk memuktamadkan perjanjian untuk membawa masuk Fred ke Old Trafford musim hadapan dengan Mourinho dilihat mahu memperkuatkan lagi bahagian tengah United.
SKY SOURCES: Shakhtar Donetsk midfielder Fred to have Manchester United medical on Monday. #SSN pic.twitter.com/Vn9nnfNvMw
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 3, 2018
Fred yang berasal dari Brazil telah dinamakan dalam skuad 23 pemain yang bakal berangkat ke Russia untuk menghadapi Piala Dunia tidak lama lagi.
Pemain yang baru berusia 25 tahun itu mempunyai 8 penampilan bersama skuad Brazil setakat ini terus menjadi bualan bakal ke Old Trafford.
Beliau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-82 ketika Brazil mencatatkan kemenangan ke atas Croatia 2-0 kelmarin dan bakal menjadi pembelian pertama Mourinho musim panas ini.
Brazilian midfielder Fred has arrived at Carrington for his Manchester United medical – a hugely impressive player and will be a big upgrade to their midfield.
— Graeme Bailey (@GraemeBailey) June 4, 2018
Pengurus Red Devils itu telah mengenalpastik bahagian tengah sebagai salah satu punca mereka gagal memenangi sebarang trofi musim ini dan bertindak cepat untuk mendapatkan Fred sebelum disambar kelab besar lain.
Mourinho risau nilai Fred akan meningkat berkali ganda seperti harga barang keperluan asas di bulan Ramadhan ini sekiranya pemain tersebut mengharungi kempen Piala Dunia 2018 dengan cemerlang.
Si Setan Merah, Manchester United dilaporkan akan membayar €50 juta (£43.7juta) kepada Shakhtar Donetsk untuk membawa pemain terbabit ke Old Trafford pada jendela perpindahan pemain yang akan datang.
Sebelum ini, Fred dilaporkan menjadi sasaran jiran dan juga musuh setempat United, Manchester City untuk menggantikan tempat Fernandinho yang semakin dimamah usia.
Posisi asal Fred adalah pemain tengah bertahan tetapi beliau juga mampu mengisi posisi bek kiri dengan selesa. Beliau merupakan pemain yang versatile dan ini menyebabkan Pep Guardiola memasang minat yang tinggi terhadap pemain terbabit.
Jurulatih Brazil, Tite berkata beliau tidak terkejut dengan minat yang ditunjukkan kelab besar terhadap Fred tetapi beliau mahu segala urusan perpindahan diselesaikan secepat mungkin bagi membolehkan Fred fokus dengan tugasannya bersama Brazil.
“Apabila perkara sebegini berlaku, anda tidak dapat mengelakkannya lagi [ketika diminta mengulas perpindahan Fred]. Akan ada pemain yang akan datang kepada kami untuk meminta kebenaran diberikan pelepasan sementara.”
“Nasihat kami kepada pemain adalah supaya menyelesaikan urusan mereka secepat mungkin supaya kembali fokus terhadap tugasan bersama skuad kebangsaan.”
“Jika saya seorang pengurus, saya juga akan menandatangani Fred!”
Brazil akan mengadakan satu lagi perlawanan pemanas badan menentang Austria pada 10 Jun nanti sebelum berangkat ke Russia. Brazil diundi dalam kumpulan E bersama Switzerland, Costa Rica dan Serbia.
If Manchester United sign Diogo Dalot, Toby Alderweireld and Fred before the World Cup, then that is some extremely effective business. Can then take longer to sort out a left back and perhaps another midfielder. Will be interesting to see how much they push for Gareth Bale.
— Liam Canning (@LiamPaulCanning) May 30, 2018
Selain Fred, Mourinho juga bercadang untuk mendapatkan seorang pemain bek kanan bernama Diogo Dalot yang kini bermain untuk Porto.
Dalot yang baru berusia 19 tahun dilihat akan menggantikan tempat Matteo Darmian yang hampir pasti akan menyertai Juventus musim panas ini.
Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari Manchester United bagi mengesahkan Fred ke United. Tunggu dan terus menunggu.