Fred Menghasilkan Hantaran Paling Teruk Dalam Sejarah Man Utd Ketika Aksi Seri Bertemu Southampton

Share on facebook
Share on twitter

Fred telah mempamerkan antara aksi paling teruk dalam kariernya sebagai pemain Manchester United ketika beraksi dalam perlawanan bertemu Southampton malam semalam.

Para peminat mungkin pernah dengar kisah tentang Sir Alex Ferguson menyalahkan jersi Man Utd sebagai punca para pemainnya beraksi dungu ketika bertemu Southampton.

Namun begitu, tidak pasti sama ada Fred boleh gunakan alasan sama atau tidak, atas kedunguan beliau membuat hantaran buta kayu ketika aksi di St. Mary malam semalam.

Perlawanan yang dimaksudkan adalah ketika setan merah dikejutkan dengan kekalahan 6-3 bertemu Southampton pada Oktober 1996, yang mana Ferguson pada ketika itu meminta anak-anak buahnya untuk menukar jersi pada rehat separuh masa.

Beliau pada ketika itu sangat yakin yang para pemainnya saling keliru dan tidak mengenali antara satu sama lain di atas padang kerana jersi yang mereka pakai.

United dalam perlawanan bertemu Southampton semalam, mereka memakai jersi berwarna biru, hitam dan kuning, serta memakai seluar berwarna kuning terang.

Mereka mengakhiri perlawanan pada minggu kedua ini dengan keputusan seri 1-1 sama selepas Che Adams membuka tirai jaringan untuk Southampton lalu gol tersebut berjaya dipadamkan oleh Mason Greenwood pada aksi babak kedua permainan.

Walau bagaimanapun, satu hal yang mencuri tumpuan dalam perlawanan ini adalah pemain midfield Brazil, Fred yang telah mempamerkan aksi permainan yang sangat teruk.

Beliau sebelum ini berjaya menjaringkan gol dan mempamerkan aksi persembahan cukup mantap ketika membantu setan merah membelasah Leeds United 5-1.

Walau bagaimanapun, ketika aksi bertemu Southampton ini, beliau telah dikecam teruk oleh para peminat kerana mempamerkan aksi dungu dan serba tidak menjadi.

Ada satu ketika di sudut sebelah kanan padang, dengan tiada pemain yang mengasak, beliau entah bagaimana boleh menolak bola keluar ke papan iklan, sedangkan hasrat sebenarnya ketika itu mahu melorongkan bola tersebut ke arah Aaron Wan Bissaka.

Wan Bissaka benar-benar ada beberapa langkah sahaja darinya, namun entah apa yang difikirkan oleh Fred, beliau terus menolak bola ke arah yang jauh dari pemain full-back itu.

Hal ini menyebabkan para penyokong semakin menggesa pihak kelab agar menandatangani Declan Rice dari West Ham, kerana mereka yakin Fred tak pernah beri tumpuan dan sering melakukan kesilapan dungu seperti ini.

Pemain berusia 28 tahun itu gagal untuk mengawal tempo permainan, dan sering melakukan kesilapan dungu yang bakal memudaratkan skuad.

Hal ini menyebabkan para penyokong bimbang United sukar untuk mencabar kejuaraan liga, atau sukar untuk memenangi sebarang Piala.

Ya, beliau manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Namun kesilapan dungu seperti ini tidak patut untuk diulangi selalu, dan tak wajar untuk diabaikan.

Tanpa ada tekanan, dan jarak pemain yang ada di hadapannya hanya sekitar 15 ela sahaja, namun Fred tetap gagal untuk membuat hantaran yang tepat dan betul.

Ia merupakan satu dosa besar yang sukar untuk diampunkan dalam dunia bola sepak, apa lagi Fred bermain bersama pasukan gergasi seperti Manchester United.

Kedua-dua Fred dan Manchester United selepas ini perlu melakukan sesuatu agar mereka tidak keciciran mata lagi, dalam usaha untuk mencabar kejuaraan liga.

Setan merah selepas ini bakal berdepan dengan Wolves di Old Trafford dan tentunya mereka terdesak untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Satu hal yang pasti, gandingan Matic dan Fred adalah satu gandingan yang sangat teruk, dan andai Ole mahu kekalkannya, masalah besar bakal menanti United.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Manchester United Semakin Hampir Muktamadkan Perjanjian Dapatkan Khidmat Bintang Shakhtar Donetsk
Share on facebook
Share on twitter