Freekick Padu Gila Dari Gareth Bale Yang Membuka Laluan Kemenangan Tottenham

Gareth Bale seolah-olah memutarkan kembali waktu untuk mengingatkan siapa dirinya kepada kita dengan menghasilkan saat magis untuk membantu kemenangan Tottenham Hotspur.

Sepakan percuma menjunam dari jarak 30 meter pemain itu hanya mampu ditampan oleh penjaga gol, sebelum bola lantunan sepakan tersebut bergolek kepada Vinicius untuk dijaringkan, dan membuka laluan untuk Spurs menduduki tangga teratas Kumpuan J Europa League.

Harus diakui tahap prestasi Gareth Bale masih jauh daripada apa yang diharapkan oleh Jose Mourinho dan penyokong Spurs.

Namun ini tidak bermakna pemain antarabangsa Wales itu tidak boleh mempamerkan aset dan kelebihan terbesar milik beliau – iaitu rembatan deras dengan kaki kiri.

Skuad kendalian Jose Mourinho sememangnya amat memerlukan kemenangan ke atas Royal Antwerp untuk memastikan kedudukan teratas kumpulan.

Bale menjadi pemain yang bertanggungjawab mencetuskan kemenangan tersebut walaupun gol tersebut bukan dijaringkan olehnya.

Jika jarak sepakan itu diambil kira, sukar untuk memikirkan bagaimana Bale mampu menguji penjaga gol lawan.

Namun beliau menggunakan teknik luar biasa untuk menghasilkan sepakan percuma yang hanya mampu ditampan oleh Alireza Beiranvand selepas bola menuju ke penjuru atas kanan gawang.

Carlos Vinicius dengan mudahnya hanya perlu menampan bola ke dalam gawang yang kosong selepas itu.

Sekurang-kurangnya sepakan percuma oleh Bale itu mengingatkan dirinya mengenai kemampuan yang pernah ditampilkan oleh beliau sendiri satu ketika dahulu.

Harapan seterusnya ialah supaya Bale mampu menemui kembali tahap terbaik yang pernah beliau miliki sekali gus memberi keuntungan kepada Mourinho dan Spurs yang turut cemerlang di kemuncak Liga Perdana Inggeris pada hari ini.

Jaringan tersebut bermakna Vinicius turut telah menjaringkan tiga gol dari lima penampilan di Europa League bersama Spurs.

BACA:  Steven Bergwijn Meledak Dua Gol Pada Masa Kecederaan Bantu Spurs Comeback Tewaskan Leicester