Frenkie De Jong ketika ini sudah hampir pasti akan sertai Man Utd pada jendela perpindahan musim panas nanti, dengan Barcelona sendiri pada ketika ini sedang mempertimbangkan tawaran dari gergasi Premier League itu.
Manchester United telah menghantar bidaan bernilai 51 juta berserta bonus bernilai 17 juta dan Barcelona sepertinya sangat tertarik dengan tawaran dari setan merah itu.
Wartawan Marca, M. Carmen Torres turut melaporkan yang Barcelona pada ketika ini menganggap tawaran dari Manchester United itu sebagai tawaran yang sangat penting untuk mereka terima.
Manchester United fans don't know what to think as Reds activate 'Frenkie de Jong transfer process' #mufc https://t.co/tVFMTWA4pf
— Man United News (@ManUtdMEN) June 9, 2022
Setan Merah sememangnya sangat terdesak mahu mencari pemain midfield dan menurut laporan dari Gerard Romero pada bulan lalu, Man Utd sudah 95% pasti untuk membawa De Jong ke Old Trafford.
De Jong pada awalnya menolak untuk sertai Man Utd kerana gergasi Premier League itu tidak layak untuk beraksi dalam saingan Champions League.
Walau bagaimanapun, Erik Ten Hag dikatakan telah berusaha sehabis daya untuk memujuk bekas anak buahnya itu untuk mengikuti beliau ke Old Trafford.
Pemain kebangsaan Belanda itu berdepan kesukaran sepanjang kariernya bersama Barcelona dan pada musim lalu, beliau telah membuat 32 penampilan dengan menjaringkan tiga gol dan mencatatkan tiga assists dalam saingan La Liga.
Frenkie de Jong is one step away from joining #mufc. [@MCTorresA, @marca]
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) June 9, 2022
Seperti yang diketahui umum, Barcelona sememangnya sedang berdepan krisis kewangan yang sangat teruk pada ketika ini dan mereka jelas sekali perlu mencari cara untuk mendapatkan dana tambahan.
Kerana masalah itu jugalah De Jong dikatakan akan menjadi calon pemain yang akan dilepaskan oleh kelab dalam usaha mereka mahu mendapatakan dana tambahan.
Barcelona juga sememangnya perlu melepaskan beberapa pemain mereka pada musim panas ini kerana mereka perlu menstabilkan akaun kelab sebelum bermulanya musim baru nanti.
Gergasi Catalan itu pada ketika ini sedang memantau untuk menandatangani beberapa pemain pada jendela perpindahan musim panas ini.
Robert Lewandowski merupakan antara pemain yang mahu ditandatangani oleh Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini.
Bintang Poland itu telah mendedahkan yang beliau pada ketika ini hanya berminat untuk sertai Barcelona sahaja dan tidak terfikir untuk menyertai kelab lain.
Man United sementara itu sememangnya sangat terdesak mahu mencari beberapa pemain baru terutama pemain yang bermain di posisi defensive midfielder.
Skuad kendalian Erik Ten Hag itu dilaporkan akan membuat rombakan besar-besaran memandangkan ramai pemain dari skuad utama akan meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.
🚨🇳🇱 Van der Vaart: “At #MUFC it will be just like at the National Team, being the only one with his type of qualities. I would move to Manchester United if I was him [De Jong], just do it!” @TheEuropeanLad 🔴 pic.twitter.com/gpbHY8zDnt
— UtdPlug (@UtdPlug) June 9, 2022
Erik Ten Hag sangat diharapkan akan mampu mengubah nasib Man Utd, dengan skuad setan merah itu pada musim ini telah melalui musim yang sangat mendukacitakan.
Dan untuk memastikan Ten Hag mampu membimbing skuadnya dengan baik, maka beliau jelas sekali memerlukan sokongan rapi dari pimpinan kelab untuk memberikan dana tambahan kepadanya.
Seandainya pihak kelab tidak mahu mengeluarkan dana tambahan, maka sukar sebenarnya untuk mereka berharap lebih dari Ten Hag.
Selain midfield, Manchester United juga sebenarnya sangat terdesak mahu mendapatkan pemain di posisi penyerang dan setidak-tidaknya membawa masuk seorang pemain pertahanan yang baru.
Pimpinan kelab sebelum ini pernah mengumumkan yang mereka bersedia mengeluarkan dana bernilai 200 juta untuk Ten Hag gunakan bagi mendapatkan pemain baru.
"BARCELONA HAVE ACCEPTED THAT DE JONG WILL BE LEAVING THE CLUB!"@markgoldbridge reacts to the updates on #mufc's continued pursuit of Frenkie De Jong
Do you think De Jong will sign for United?
➡️ https://t.co/9XzXPWqOGc pic.twitter.com/KDjXbqgqmh
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) June 9, 2022
Walau bagaimanapun, sehingga kini, Manchester United masih lagi belum mendapatkan persetujuan dari mana-mana pemain dan Frenkie De Jong berpotensi untuk menjadi pemain pertama yang akan mereka tandatangani.
Sumber: SPORTbible