Friendly Match: Aston Villa 1-0 Manchester United

Aston Villa telah berjaya menewaskan Manchester United dalam perlawanan persahabatan pra-musim walaupun musim baharu Premier League 2020/21 telah pun membuka tirainya.

Dengan mengenakan jersi kuda belang yang merupakan jersi ketiga mereka yang dikatakan untuk tujuan penyamaran tidak dapat mengelakkan kekalahan Manchester United.

Perlawanan persahabatan ini merupakan persediaan terakhir Setan Merah untuk menghadapi musim baharu dan untuk minggu pertama Premier League mereka tidak beraksi.

Manchester United pada mulanya dijadualkan bertemu Burnley namun ditangguhkan untuk memberi rehat yang lebih kerana kempen Europa League musim lalu berakhir lebih lewat.

Pemain terbaru Aston Villa, Ollie Watkins merupakan penjaring tunggal perlawanan pada minit ke-16 yang nyata memberi kekecewaan kepada Setan Merah.

Sundulan terbang yang padu itu nyata tidak mampu dihalang pemain Setan Merah si kuda belang.

Maguire terlepas peluang terbaik.

Detik menarik pemain terbaru Setan Merah Donny Van De Beek.

Henderson; Dalot, Fosu-Mensah, Maguire, Shaw; McTominay, Van de Beek’ Rashford, Lingard, James; Ighalo.

Subs used: Grant, Williams, Mengi, Galbraith, Elanga

Baca Juga

Baca Juga