Friendly Match: Barcelona 3-1 Girona

Barcelona yang berantakan lagi huru-hara selepas kekalahan 8-2 kepada Bayern Munich di saingan Champions League musim lalu tidak menghadapi masalah untuk mencatatkan kemenangnan dalam perlawanan persahabatan.

Selepas perlawanan Gerrard Pique mengeluarkan kenyataan penuh ikhlas bahawa rela menjadi pemain pertama ditendang keluar oleh Barcelona ekoran kekalahan memalukan itu.

Luis Suarez yang digelar ‘Fat Whale’ diarahkan untuk mencari kelab baru dan Ivan Rakitic kembali semula untuk bersatu dengan cinta lama, Sevilla.

Paling padu adalah Lionel Messi menyatakan hasrat untuk keluar namun tersangkut dengan klausa pelepasan bernilai $700 juta.

Messi kata klausa tu tidak wujud, Barcelona kata ada dan La Liga campur tangan dengan mengatakan ada. Gila. Akhirnya Messi kekal dengan hati terlukan dan bertahan untuk semusim.

Girona menjadi lawan Barcelona dalam perlawanan persahabatan ini mudah ditundukkan dengan jaringan 3-1.

Lebih padu apabila Lionel Messi menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini dan Phillippe Coutinho turut mencetak nama selaku pemain.

Coutinho yang cuba dijual dan dilepaskan namun tiada yang berminat kerana harga yang mahal nampak akan mempunyai fungsi dalam skuad Ronald Koeman.

Pemain yang dipinjamkan ke Bayern Munich yang turut menjaringkan gol buat skuad Bundesliga itu telah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-21.

Sebelum tamat separuh masa pertama Messi menggandakan kedudukan melalui satu rembatan cantik luar kotak penalti.

Saiz menjaringkan gol saguhati Girona usai separuh masa kedua bermula sebelum Messi terus menjarakkan kedudukan tiga minit kemudian.

Kedudukan 3-1 ini kekal hingga tamat permainan.

Barcelona XI: Neto, Roberto, Pique, Araujo, Alba, Busquets, De Jong, Trincao, Messi, Coutinho, Griezmann

Girona XI: Juan Carlos, Calavera, Alcala, Espinosa, Mojica, Gumbau, Kebe, Fernandez, Saiz, Izquierdo, Turmo

BACA:  Fakta Menarik Tentang El Clasico