Friendly Match: Belanda 3-0 Georgia

Belanda akhirnya menutup kempem pemanas badan mereka sebagai persediaan untuk kejohanan European Championship (EURO) 2020 dengan kemenangan yang sudah pasti akan menjadi satu suntikan moral.

Skuad bimbingan Frank De Boer itu telah menewaskan Georgia 3-0 hasil jaringan Memphis Depay, Wout Weghorst dan Ryan Gravenberch.

Memphis Depay terus bersinar dan menjadi tonggak Belanda apabila meletakkan the Orange di depan pada minit ke-10 melalui satu sepakan penalti.

Pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti selepas Denzel Dumfries dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Setakat ini Memphis Depay telah menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut untuk Belanda dan menjadi pemain pertama melakukannya selepas Robin Van Persie mencipta rekod yang sama pada Oktober 2013.

Namun Georgia bukan lawan mudah apabila tersentak dengan jaringan itu lalu dengan beberapa percubaan namun tiada satu pun yang membuahkan hasil.

Bermain dihadapan seramai 7,500 penyokong sendiri, Belanda memperkemaskan permainan pada separuh masa kedua dan beroleh gol kedua pada minit ke-55.

Wout Weghorst menjaringkan gol kedua perlawanan dan itu merupakan gol pertama Wout Weghorst diperingkat antarabangsa bersama pasukan Belanda.

Gol Wout Weghorst itu berpunca daripada hantaran daripada Memphis Depay yang nyata tidak mengecewakan.

Pemain remaja Ajax, Ryan Gravenberch pantas menerpa untuk menanduk masuk bola muntah daripada percubaan Memphis Depay untuk gol ketiga.

Ryan Gravenberch yang berusia 19 tahun 21 hari menjadi pemain kedua termuda Belanda menjaringkan dalam tempoh 15 tahun ini selepas Myron Boadu 18 tahun, 309 hari menjaringkan gol ketika menentang Estonia pada 2019.

Belanda akan memulakan saingan Euro 2020 di kumpulan C menentang Ukraine pada perlawanan pertama dan menjadi pilihan untuk menjadi juara kumpulan yang turut dihuni oleh Austria dan North Macedonia.

Belanda XI: 01. Maarten Stekelemburg 25. Jurriën Timber 06. Stefan de Vrij 17. Daley Blind 22. Denzel Dumfries 05. Owen Wijndal 15. Marten de Roon 08. Georginio Wijnaldum 21. Frankie de Jong 19. Wout Weghorst 10. Memphis Depay

Subs: 13. Tim Krul (goalkeeper), 23. Marco Bizot (goalkeeper), 02. Joel Veltman, 04. Nathan Aké, 07. Steven Berghuis, 09. Luuk de Jong, 11. Quinci Promes, 12. Patrck van Aanholt, 14. Davy Klaassen, 16. Ryan Gravenberch, 18. Donyel Malen, 24. Teun Koopmeiners.

Georgia XI: 01. Giorgi Loria 23. Lasha Dvali 04. Guram Kashia 03. Davit Khocholava 02. Otar Kakabadze 05. Guram Giorbelidze 11. Saba Lobzhanidze 07. Waco Gvilia 15. Giorgi Aburjania 09. Otar Kiteishvili 08. Budu Zivzivadze

Subs: 12. Giorgi Mamardashvili (arquero), 17. Lazare Kupatadze (arquero, 06. Murtaz Dushvili, 10. Tornike Okriashvili, 13. Grigol Chabradze, 14. Sergo Kukhianidze, 16. Nika Kvekveskiri, 18. Zuriko Davitashvili, 19. Giorgi Beridze, 20. Jambul Jighauri, 21. Irakli Azarovi, 22. Georges Mikataudze.

Baca Juga

Baca Juga