Friendly Match: England 1-0 Romania

England meneruskan perlawanan pemanas badan sebagai persiapan untuk menghadapi Euro 2020, turun menentang Romania yang berlangsung di Stadium Riverside, Middlesbrough.

Gareth Southgate terus bereksperimen dengan menurunkan Ben Godfrey, Ben White dan James Ward-Prowse dikesebelasan utama. Tiga pemain yang sudah digugurkan.

Kontroversi menyelubungi pasukan England apabila tindakan para pemain berlutut sebelum perlawanan telah diboo dan diejek oleh penyokong sendiri.

Ini kerana ada yang menentang ritual melutut untuk menolak unsur perkauman itu dianggap sebagai perbuatan yang berunsurkan politik.

Ahli Parlimen Ashfield di Nottinghamshire, Lee Anderson menentang keras perbuatan ini dan menyifatkannya sebagai “gerakan politik” yang berisiko memecah belahkan “penyokong tradisional”.

Jesteru itu Lee Anderson telah memboikot perlawanan England dan inilah kali pertama beliau tidak akan menyaksikan perlawanan pasukan kesayangannya.

facebook.com/LeeAndersoninAshfieldEastwood/posts/3808945312538745

Penjaga gol West Bromwich Albion, Sam Johnstone akhirnya mendapat cap pertama bersama England yang mendapat peluang bermain 90 minit.

Marcus Rashford turut diturunkan dalam kesebelasan utama dan diberikan lilitan ketua pasukan untuk perlawanan menentang Romania ini.

Diusia 23 tahun 218, Rashford menjadi pemain termuda menjadi kapten sejak Michael Owen melakukannya ketika menentang Slovkaio pada Jun 2003 di usia 23 tahun 179 hari.

Secara kebetulannya ketika Michael Owen dilantik menjadi kapten pada 2003 itu, perlawanan berlangsung di tempat yang sama iaitu, Stadium Riverside, Middlesbrough.

England bermain dengan penuh yakin dengan permainan menyerang yang agak menghiburan bagi satu perlawanan persahabatan.

Pada separuh masa pertama menyaksikan percubaan Dominic Calvert Lewin dan juga pemain buruan Manchester United, Jadon Sancho telah menghentam palang.

Marcus Rashford menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-68 dari sepakan penalti selepas Jack Grealish dijatuhkan oleh Tiberiu Capusa.

Ini merupakan gol ke-100 dalam karier Rashford bersama negara dan juga kelab, di mana 88 untuk Manchester United dan 12 gol untuk England.

Jordan Henderson yang masuk pada separuh masa kedua menggantikan Kalvin Phillips membuat kemunculan pertama sejak 20 februari 2021.

Jordan Henderson gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas Dominic Calvert Lewis telah dikasari dengan aksi kung fu oleh Vlad Chiriches.

Sepakan Jordan Henderson mudah dibaca dan diselamatkan oleh penjaga gol Romani, Florin Nita dan tiada gol tambahan sehingga tamat perlawanan.

Selepas perlawanan ketika ditanya mengenai kegagalan Jordan Henderson menyempurnakan penalti, Gareth Southgate tidak menyangka Henderson memandai-mandai mengambil sepakan.

“Aku jangkakan Dominic akan membuat sepakan dan bila Hendo tampil ke depan aku fikir dia akan pergi dan Dominic akan membuat sepakan. Aku akan periksa balik apa yang terjadi.”

Gareth Southgate beranggapan England mampu menang dengan jumlah jaringan yang selesa dan pada separuh masa pertama pemain tidak bekerja keras ketika kehilangan bola.

Pada separuh masa kedua permainan bertambah baik selepas bermain dengan 4-3-3.

Jack Grealish terus menyerlah dan menjadi pemangkin kepada bahagian serangan England yang membawa sinar kepada jentera serang dengan bijak mencipta ruang dan peluang.

Seperti biasa Jack Grealish tidak pernah jemu melakukan larian cap dagangnya dari tepi masuk ke kotak penalti untuk mendapatkan foul dari lawan.

Hasilnya satu sepakan penalti diperolehi dan menjadi gol kemenangan England dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

England: Johnstone, Godfrey, Mings, White, Shaw, Phillips, Ward-Prowse, Sancho, Calvert-Lewin, Rashford, Grealish

Subs: Pickford, D Henderson, Ramsdale, Trippier, Coady, J Henderson, J Lingard, Watkins, Bellingham, Kane, Rice

Romania: Nita, Sorescu, Chiriches, Nedelcearu, Camora, Cicaldau, Marin, Stanciu, Ivan, Alibec, Paun

Subs: Vlad, Iacob, Căpușa, Ganea, Rus, Maxim, Morutan, Hagi, Buedescu, Olaru, Baluta

Baca Juga

Baca Juga