Frimpong Dedah Kisah Silam Bersama Arsenal, Berdendam Dengan Nasri

Bekas pemain Arsenal, Emmanuel Frimpong menceritakan kembali beberapa kisah menarik sepanjang beliau bermain di Arsenal, sambil menambah pasukan Arsenal musim ini tidak cukup bagus untuk bersaing.

Frimpong turut mendedahkan persengketaan beliau dengan bekas pemain tengah Arsenal, Samir Nasri dan mendakwa Alex Song mempunyai satu rutin yang agak pelik pada malam sebelum perlawanan.

Pernah dianggap sebagai pengganti Patrick Vieira tetapi malangnya ia tidak berlaku

Frimpong merupakan pemain yang dilahirkan melalui akademi Arsenal bersama-sama Jack Wilshere dan Wojciech Szczęsny. Beliau melakukan debut rasminya bersama Arsenal pada tahun 2011 dalam perlawanan menentang Liverpool.

Beliau merupakan sebahagian dari skuad yang dipenuhi beberapa pemain bintang di bawah kendalian Arsene Wenger, tetapi bukan semua pemain dalam skuad tersebut digemari Frimpong.

Individu yang dikatakan mempunyai masalah dengan Frimpong adalah pemain antarabangsa Perancis ketika itu, Samir Nasri.

Ketika ditemuramah The Telegraph, Frimpong telah menceritakan lebih lanjut reaksi rakan sepasukannya selepas beliau diperintahkan untuk meninggalkan padang dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pertama beliau. Arsenal tewas 2-0 kepada Liverpool di hadapan penyokong sendiri.

Wilshere is the lone survivor from this squad

“Apabila perlawanan tamat, kami semua berada dalam bilik persalinan dan saya ingat Arsene Wenger akan memarahi saya.”

“Walaubagaimanapun, Wenger tenang sahaja. Tetapi Nasri lain pula ceritanya. Beliau berkata kepada saya, ‘Kamu menyebabkan Arsenal kalah’.”

“Saya masih lagi muda ketika itu. Saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan dan saya berasa sangat kecewa ketika itu. Saya rasa seperti saya telah mengecewakan semua pihak.”

“Nasri pula menyalahkan saya atas apa yang telah berlaku. Jadi sejak dari itu, saya tidak begitu menggemari karakter beliau. Nasri sering memarahi saya setiap kali saya melepaskan bola ketika latihan.”

“Pada satu tahap, beliau pernah berkata, ‘Saya mampu beli kamu jika saya mahu’. Secara jujurnya, Nasri mampu melakukan perkara tersebut memandangkan gajinya yang lumayan.”

Nasri berpindah ke Manchester City tidak lama kemudian selepas beliau enggan melanjutkan kontraknya bersama Arsenal. Dalam perlawanan menentang City selepas itu, Frimpong dan Nasri dilihat bertikam lidah di atas padang.

“Semua pihak tidak dapat memahami mengapa saya bergaduh dengan Nasri tetapi sebenarnya saya memang tidak menggemari beliau.”

“Punca utama saya tidak menggemari Nasri adalah kerana beliau seorang yang bodoh. Semudah itu. Saya tidak akan sekali-kali menghormati beliau.”

Dendam Frimpong terhadap Nasri terbawa ke hari ini

Frimpong turut mendedahkan layanan mesra kapten pasukan, Cesc Fabregas terhadapnya dan juga ritual pelik yang dilakukan Alex Song menjelang hari perlawanan.

“Fabregas merupakan seorang yang berhati baik. Apabila saya dinaikkan ke pasukan utama Arsenal, beliau berkata kepada saya, ‘Frimpong, kamu telah dinaikkan ke skuad senior. Tahniah’. Ia merupakan satu tindakan yang terpuji. Fabregas sememangnya pemain yang anat baik.”

“Alex Song pula, beliau akan pergi ke KFC setiap kali sebelum perlawanan di gelanggang sendiri. Dalam bas sebelum kami bergerak ke hotel penginapan, Song akan menjamah nugget ayam yang dibelinya dari KFC.”

“Andrey Arshavin pula adalah pemain yang paling teruk ketika latihan kerana beliau seorang yang relaks. Beliau sangat teruk ketika sesi latihan tetapi bertukar menjadi bagus pada hari perlawanan.”

BACA:  Penyokong Spurs Bengang, Lepas Alasan Tak Cukup Pemain, Arsenal Bantai Loan Seorang Lagi Pemain Ke Itali