Pemilik kelab Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) dihentam teruk oleh para peminat kerana menganaktirikan kelab bola sepak Merseyside itu.
Hal ini mula timbul selepas FSG mengumumkan yang mereka baru sahaja membeli sebuah kelab hoki ais, Pittsburgh Penguins yang beraksi di National Hockey League.
Pelabur dari Boston Amerika itu membeli Liverpool pada Oktober 2010 dengan nilai £300 juta dan berjaya menyelamatkan kelab dari terus berada di ambang kemusnahan di bawah pemilikan George Gillett dan Tom Hicks.
Some Liverpool fans may be surprised to see FSG have money available 👀 #LFC
— talkSPORT (@talkSPORT) November 30, 2021
Diketuai oleh pemilik, John W. Henry, Liverpool berjaya menjadi sebuah pasukan yang paling digeruni dalam dunia bola sepak hari ini.
Mereka berjaya memenangi gelaran Premier League, Club World Cup, Super Cup dan Champions League sepanjang berada di bawah kendalian Jurgen Klopp.
Sebelum ini, John Henry telah membeli kelab baseball, Boston Red Sox, dengan beliau bersama pelabur lain cemerlang membangunkan Liverpool dengan menaik taraf Anfield dan turut menaik taraf kemudahan di padang latihan.
Pemilik kelab Liverpool juga sering berpura-pura tuli ketika dihentam oleh para peminat kerana terlalu kedekut untuk membelanjakan duit dalam pasaran pemain.
Liverpool owners FSG break silence as £656m takeover deal is confirmed for new club.
Just in from @_DavePowell 🆕 https://t.co/OeBwth4lOA
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) November 29, 2021
Jurgen Klopp merupakan tembok yang selalu melindungi FSG dengan menyatakan yang beliau sendiri tidak memerlukan pemain baru pada jendela perpindahan.
Selepas kejayaan Liverpool memenangi gelaran Champions League pada tahun 2019, The Reds tidak lagi membuat penandatanganan mega pada mana-mana jendela perpindahan pemain selepas itu.
Namun begitu, mereka masih berjaya membuktikan kemampuan kelab, dengan memenangi gelaran Premier League pertama kelab dalam tempoh 30 tahun pada musim berikutnya.
Januari 2021, juga memperlihatkan bagaimana kedekutnya FSG untuk keluarkan dana, dengan Liverpool pada ketika itu kehilangan tiga pemain centre-back utama kerana masalah kecederaan.
Liverpool fans notice first Anfield change after £60m FSG investment #LFC https://t.co/lDC9mRme5a
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) November 29, 2021
Pihak kelab perlu menunggu sehingga hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup untuk melengkapkan penandatanganan Ben Davies dari Preston North dan Ozan Kabak yang dipinjamkan dari Schalke.
Pada ketika itu, Jurgen Klopp mempertahankan majikan beliau dengan menganggap wabak pandemik menjadi punca kedudukan ekonomi kelab terjejas.
“Kelab ini, dengan pemilik ini, akan selalu bertanggungjawab dengan semua hal yang dilakukan.”
Jelas Jurgen Klopp pada ketika itu.
“Jika dunia dalam keadaan aman damai, semuanya juga akan terkawal, kami memenangi liga, menang Champions League, kelab sedang berada dalam keadaan terbaik pada ketika ini.”
Worth stating this isn't a case of robbing Peter to pay Paul.
Liverpool is its own business and the RedBird investment wasn't for beefing transfer spend. It was for FSG growth projects. Infrastructure and acquisition. So, this.https://t.co/uFPhwLZ4jy
— Dave Powell (@_DavePowell) November 29, 2021
“Kita ada tiga pemain centre-back senior yang sedang cedera, adakah itu situasi yang mana kebiasaannya kita akan lakukan sesuatu?”
“Ya, tepat sekali, tapi kita masih belum darurat, jadi saya tak tahu jika sesuatu akan berlaku atau tidak.”
“Kita perlu berdepan dengan situasi seperti ini, dan kita perlu laluinya dengan tenang.”
Henry sebelum ini bersama beberapa pemilik kelab yang lain turut dihentam teruk oleh para peminat kerana mereka terlibat dengan European Super League.
Beliau pada ketika itu bersungguh meminta maaf kepada para penyokong atas kesilapan yang beliau lakukan, dengan para peminat sendiri turut memaafkan beliau pada ketika itu.
Liverpool owners FSG agree deal to purchase NHL franchise Pittsburgh Penguins https://t.co/yL0RV2395U
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 29, 2021
Kini, beliau berdepan dengan tekanan baru, kerana peminat sudah tidak tahan melihat cara beliau menganaktirikan Liverpool dan benar-benar menganggap menjadi pemilik kelab bola sepak hanya atas dasar perniagaan.
Ketika ditanya tentang pembelian pemain, kenaikan gaji, tawaran kontrak baru, FSG senantiasa memberi alasan bahawa mereka sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang sangat dasyat.
Mereka bahkan turut membuat permohonan tak masuk akal pada tahun lalu kerana memohon skim untuk membayar gaji staff kerana kelab tidak ada pendapatan.
Kini ketika peminat menggesa beliau untuk menerima permintaan Salah, dan beliau masih tidak memberi sebarang jawapan, namun mampu untuk membeli kelab NHL, ia jelas satu hal yang tidak disenangi oleh peminat.
Liverpool owners FSG have officially entered an agreement to have a controlling interest in the NHL team, the Pittsburgh Penguins.
The sale to FSG is believed to be in the region of £677m. pic.twitter.com/JNxuPyjYIu
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) November 29, 2021
Beliau seolah-olah langsung tidak peduli dengan hal berkait kelab, melainkan menunggu kita untung, dan membelanjakan ia kepada hal lain, seperti yang beliau lakukan pada ketika ini.
Liverpool antara pasukan yang menerima pendapatan terbanyak, dan paling kurang berbelanja dalam dunia bola sepak, namun jika dilihat kepada cara mereka berbelanja, mereka tak ubah seperti pasukan dari Liga M3.
John Henry mungkin perlu mengeluarkan satu video air mata lagi untuk menjelaskan kepada para penyokong tentang situasi pada ketika ini, dengan nama beliau kini sedang hangat dimaki hamun oleh para penyokong.
Sumber: talkSPORT