FSG Mungkin Hanya Mahu Jual Kepentingan Minoriti Dalam Liverpool

Fenway Sports Group (FSG) kini berkemungkinan besar hanya mahu menjual kepentingan minoriti sahaja dalam pemilikan mereka ke atas Liverpool kepada mana-mana pihak yang berminat.

Menurut laporan The Athletic, FSG sepertinya tidak mahu menjual kepentingan penuh yang mana akan menyaksikan pengambilalihan daripada mana-mana pihak akan menjadi kenyataan.

Pada bulan November lalu telah dilaporkan bahawa satu kertas kerja pembentangan jualan penuh kelab telah dihasilkan kepada pihak yang berminat membeli Liverpool.

Firma perbankan pelaburan global, sekuriti dan pengurusan pelaburan terkemuka Goldman Sachs dan Morgan Stanley telah dilantik untuk membantu proses tersebut.

Pada ketika itu, FSG juga telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan mereka akan melepaskan pegangan mereka jika pihak yang berminat memenuhi kriteria mereka.

“Terdapat beberapa perubahan pemilikan dan khabar angin baru-baru ini mengenai perubahan pemilikan di kelab EPL dan tidak dapat tidak kami sering ditanya mengenai pemilikan Fenway Sports Group dalam Liverpool.”

“FSG sering menerima pernyataan minat daripada pihak ketiga yang ingin menjadi pemegang saham di Liverpool.”

“FSG telah berkata sebelum ini bahawa di bawah terma dan syarat yang betul kami akan mempertimbangkan pemegang saham baharu jika ia adalah untuk kepentingan terbaik Liverpool sebagai sebuah kelab.”

“FSG kekal komited sepenuhnya untuk kejayaan Liverpool, di dalam dan di luar padang.”

Dua bulan berlalu, FSG yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah menjadi pemilik Liverpool sejak Oktober 2010 masih lagi tidak menerima tawaran dan kertas kerja yang dapat menarik perhatian dan sesuai.

Sumber FSG telah menolak spekulasi baru-baru ini bahawa mereka berada di ambang menjual Liverpool kepada konsortium Qatar atau sesiapa sahaja. Tiada perbincangan maju ke peringkat seterusnya.

Keutamaan mereka sekarang adalah untuk menjual sebahagian kecil kelab tetapi mereka menegaskan bahawa tiada apa-apa yang akan berlaku di sebalik itu.

FSG membeli Liverpool dengan harga £300 juta lebih 12 tahun lalu dan ia kini bernilai melebihi £3 bilion. Ia masih harus dilihat jika tawaran dibentangkan yang mengubah rancangan mereka untuk mengekalkan pegangan saham utama.

Pasukan Jurgen Klopp bergelut musim ini dan mendapati diri mereka ketinggalan 10 mata daripada slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Bagaimanapun, Klopp mengekalkan sokongan penuh kumpulan pemilikan, yang percaya kecederaan telah menjadi faktor utama dalam perjuangan pasukan.

Semangat telah dibangkitkan oleh kemenangan ulangan pusingan ketiga Piala FA pada Selasa ke atas Wolves. Dan tanpa pengambilalihan Klopp terpaksa bergantung kepada pemain sedia ada dan sukar mendapatkan pemain baru lagi di perpindahan januari.

Sebelum ini konsortium Qatar kuat dikaitan dengan Liverpool di mana Mansoor bin Ebrahim Al-Mahmoud yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Qatar Investment Auhtority (QIA), entiti yang menguruskan dana kekayaan berdaulat negara teluk bernilai $450 bilion, kini telah mengakui Qatar berminat untuk melabur dalam sebuah kelab bola sepak.

Mansoor bin Ebrahim Al-Mahmoud berkata Qatar masih tidak lagi membuat keputusan kelab mana yang sepatutnya mereka jalankan pelaburan, yang pasti pelan mereka adalah untuk membeli kelab bola sepak adalah benar dan membiarkan semua pihak berteka-teki.

Qatar Investment Auhtority (QIA) merupakan bapak syarikat kepada Qatar Sports Investments (QSI) yang merupakan anak syarikat dan juga pemilik kepada gergasi Ligue 1, PSG.

Kumpulan pelaburan Qatar kini giat untuk melakukan pelaburan dalam dua industri utama iaitu bola sepak dan juga teknologi yang dilihat mempunyai nilai komersil yang tinggi dan berkembang subur.

BACA:  Liverpool Dan Spurs Terpaksa Akur Kutip 1 Mata Walau Kedua-dua Pasukan Terdesak Mencari Kemenangan