Full Back : Bagaimana Masa Merevolusi Segalanya!

Full Back bukanlah merujuk kepada pertahanan sisi pada awal kewujudannya. Fullback pada dasarnya, adalah pemain yang berada di depan penjaga gol. Anda dapat lihat sistem fullback ini berkembang melalui 3 formasi kuno berbeza; 1-2-7, 2-3-5 dan W-M (3-2-2-3). Fullback zaman dahulu pasti jiwanya kental dan hatinya kering kerana terpaksa menentang 5-7 penyerang pada satu-satu masa.

Tetapi, bak senikata lagu ‘2010 Masih Hip-Hop’ nukilan Malique ft. Joe Flizzow, segalanya sudah berubah! Dengan wujudnya formasi yang lebih tersusun iaitu 4/5 pertahanan, tugas fullback menjadi mudah dan mereka pun ditolak ke sisi. Menyedihkan betul hidup fullback ini! Daripada pemain yang bermentaliti ultra-defensif, kini mereka sudah boleh melakukan larian ofensif atau digelar ‘overlapping’.

Di Malaysia, kita dikenalkan dengan ‘overlapping run’ melalui seorang pemain yang bermain sekitar 1980-an. Siapakah beliau? Tekaan anda betul! Shebby Cheek..err.. Singh! Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membawa perubahan bola sepak moden dalam sistem bola sepak kuno Malaysia.

Perbezaan Full Back & Wing Back – Sama Tetapi Tidak Serupa!

Bola sepak moden telah mengubah fullback sepenuhnya dan mencipta sesuatu yang baharu daripadanya. Melalui larian ofensif yang dilakukan fullback, wujud satu lagi cabang dalam seni pertahanan bola sepak moden iaitu wingback. Apa perbezaan ketara antara fullback dan wingback?

Mangsa Eksperimen Antonio Conte semasa EURO 2016!

Fullback – Masih bermentaliti defensif dan kerap juga melakukan larian ofensif bagi membantu serangan dengan membekalkan ‘width’. Tugas mereka hanya tertumpu untuk membantu sayap sahaja dan tidak banyak gerakan masuk ke dalam ‘box’ kecuali jika nama anda Mahalli Jasuli.

Wing back – Lebih seimbang berbanding full back di mana wing back sangat gemar menyerang dan ‘track back’ bagi mengisi kekosongan di bahagian pertahanan sisi. Banyak meluangkan waktunya di bahagian ‘flank’ dan seringkali membantu membekalkan ‘width’ dan membenarkan pemain sayap untuk berada di dalam ‘box’ sahaja. Hanya wujud ketika menggunakan sistem 3 bek tengah.

Penambahbaikan Baharu – The False Full Back!

Clichy antara salah seorang pemain paling proaktif dalam pelan Pep Guardiola!

Melalui penambahbaikan ini juga, wujud pula permainan ‘songsang’ atau gelaran indahnya, ‘The False’. The False Full Back merujuk kepada permainan oleh pertahanan sisi yang masuk ke dalam (tuck inside) dan bermain seperti half back yang wujud ketika formasi kuno masih digunakan.

Selain itu, full back pada hari ini banyak bergerak masuk ke dalam kotak penalti dan cuba untuk menjaringkan gol. Namun, risiko untuk kawasan yang dijaga itu diserang balas sangat tinggi dan sangat mudah untuk dibolosi. Oleh itu, permainan seperti ini sangat bahaya dan jika anda Fazly Mazlan sekalipun, tetap akan menjadi masalah buat pasukan anda!

BACA:  Sembang Falsafah : Kenali Wing Back, Winger & Inside Forward!