Wakil ESPN, Gabe Tan telah berkongsi kisah lucu melibatkan Khairul Fahmi ketika beliau menonton aksi perlawanan antara Malaysia bertemu Kemboja semalam.
Gabe Tan bersama rakannya Sazali Abdul Aziz menjerit memanggil Apek ketika penjaga gol negara itu menyentuh bola, namun yang melihat mereka semula pada ketika itu bukanlah Apek yang dimaksudkan.
Mungkin mereka terlupa yang perlawanan itu sedang dilangsungkan di Singapura, yang mana terlalu banyak Apek yang ada di sana.
Absolutely supreme in the air today.
And caused us an embarassing moment when @SazaliAbdulAziz and I shouted APPEEEEEKKKK when he touched the balll… and literally 3 stadium security/ushers (all ahpeks) turned to look because they thought they were being called. https://t.co/3N5GIVi1ca
— Gabe Tan (@gabetan13) December 6, 2021
Ketika Gabe Tan memanggil Khairul Fahmi dengan jeritan Apek, tiga orang pengawal keselamatan stadium yang berpaling, kerana merasakan merekalah Apek yang dimaksudkan.
“Sesuatu yang sungguh luar biasa hebat hari ini.”
“Dan menyebabkan kami melalui detik memalukan ketika @SazaliAbdulAziz dan saya menjerit APPEEEEEKKKK bila dia menyentuh bola.. dan tiba-tiba 3 pengawal stadium (semua ahpeks) berpaling untuk melihat kerana merasakan yang mereka yang dipanggil.”
Mujur tiga pengawal je yang berpaling, kalau Apek-Apek lain yang ada dekat stadium pun berpaling? Haa kan lagi jenuh nak hadap.
Khairul Fahmi Che Mat atau lebih selesa dipanggil dengan gelaran Apek telah membuat kemunculan dalam aksi perlawanan pembukaan saingan AFF antara Malaysia bertemu Kemboja petang semalam.
Tan Cheng Hoe hopes to get an extra goalkeeper in a day or two. Khairul Fahmi has a yellow now, and Kalamullah is the second choice. They will wait for the tournament organisers to decide. If all goes well, it's learnt that it could be Azri Ghani. #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 7, 2021
Apa yang menariknya, beliau merupakan penjaga gol pertama negara yang berjaya membuat penampilan dalam enam edisi AFF yang berbeza.
Beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam membantu Malaysia mencatatkan kemenangan 3-1 menewaskan Kemboja semalam.
Khairul Fahmi Che Mat berjaya melakukan tiga aksi penyelamatan untuk melindungi gawang gol beliau dari dibolosi dalam perlawanan ini.
Beliau tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain paling bersinar dalam perlawanan semalam, atas aksi hebat dan persembahan mantap yang beliau persembahkan.
Walaupun beliau ada menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan lawan, namun insiden tersebut jelas sekali menunjukkan beliau tidak sengaja.
Khairul Fahmi Che Mat (GK)
Sixth edition and he is just 32. Khairul’s experience and shot-stopping would come in handy. Against Cambodia, if there are one vs one situations or opportunities in the box, he is the best man to thwart them. Plus, he will inspire confidence too. pic.twitter.com/lZN1aa2UzP
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 6, 2021
Mengangkat kaki terlalu tinggi sememangnya bakal dihukum oleh pengadil perlawanan, namun seperti semua sedia maklum, Apek sememangnya memiliki habit yang suka melakukan hal seperti itu ketika menangkap bola.
Para pemain Kemboja sendiri bahkan turut tidak menuntut apa-apa dari pengadil perlawanan ketika insiden itu berlaku, dan mereka juga seolah-olah terkejut dihadiahkan sepakan penalti.
Khairul Fahmi gagal untuk menyelamatkan sepakan penalti itu, namun ia sama sekali tidak menjejaskan keputusan perlawanan, dengan Malaysia selesa menewaskan Kemboja 3-1 dalam perlawanan ini.
Rangkuman aksi Malaysia 3 Kemboja 1
Saingan kumpulan B memulakan aksi di Piala AFF 2020 selepas Thailand dan pasukan tuan rumah, Singapura berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan permbukaan.
Malaysia bertemu kemboja yang dibimbing pemain legenda Jepun, Keisuke Honda di Stadium Bishan, Singapura, perlawanan yang wajib menang untuk mara ke pusingan kalah mati.
Kemboja tidak boleh dipandang rendah walaupun mempunyai rekod yang agak teruk dan kekuatan mereka agak misteri dan tidak boleh dipandang rendah serta terlebih yakin.
Pemain penyerang Kemboja, Chan Vathanaka yang pernah merumput di liga Malaysia masih lagi menjadi tonggak pasukan kemboja, kualiti dan ketajaman pemain ini masih lagi berbisa.
🚨 #Accor Starting XIs | 🇰🇭 Cambodia 🆚 Malaysia 🇲🇾
📋 Here are the teamsheets for the first Group 🅱️ match of #AFFSuzukiCup2020!
🤨 Who's getting started with a win?
#RivalriesNeverDie | #ALLsport | #CAMvMAS pic.twitter.com/Kpve5ljynS— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 6, 2021
Guilherme De Paula yang sentiasa hilang dalam perlawanan masih masih lagi diberi kepercayaan oleh Tan Cheng Hoe untuk merobek gol lawan.
Di usia 35 tahun ini peluang terakhir Guilherme De Paula perlu membuktikan dirinya layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya.
Tepat jam lima tiga puluh petang, Kemboja dan Malaysia merasmikan perlawanan pembukaan kumpulan B yang turut dihuni oleh Indonesia, Vietnam dan Laos.
Syafiq Ahmad terlebih dahulu mencuba dengan satu tandukan yang berpunca dari sepakan percuma dan Harimau Malaya datang lagi untuk sepakan penjuru pula.
😲 Sos Souhana nearly gets Cambodia an equaliser!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #CAMvMAS pic.twitter.com/lzmOPGWFfd
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 6, 2021
Minit ke-4 aksi keras sudah ditunjukkan Kemboja apabila mengasari Akhyar Rashid untuk sepakan percuma kedua.
Kemboja datang menyerang dan telah menyebabkan pertahanan Malaysia kelam-kabut dan Kemboja mendapat sepakan penjuru pertama.
Rembatan jauh leret Safawi Rasid telah memaksa penjaga gol Kemboja, Keo Soksela melayangkan badan.
Pemain yang dituduh sebagai pemain pilihan Netizen telah melakukan satu percubaan bahaya dengan satu acahan badan yang memukau.
🎯 @safawi37 opens Harimau Malaya's #AFFSuzukiCup2020 account with a coolly-taken penalty 🐯 #AFFSuzukiCup | #RivalriesNeverDie | #CAMvMAS pic.twitter.com/5ujV1AQYcc
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 6, 2021
Akhirnya Malaysia berjaya berada dihadapan hasil jaringan penalti Safawi Rasid selepas Akhyar Rashid telah dikasari dalam kotak penalti pada minit ke-23.
Pada minit ke-25 Junior Eldstal telah dikeluarkan dan pemain muda Mukhairi Ajmal dimasukkan.
Kemboja sesekali datang menyerang tapi sangat bahaya ini kerana gandingan pertahanan Malaysia sangat teruk dan huru-hara.
Sentuhan penyudah tumpul Kemboja dan ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan gawang Malaysia.
Situasi sama dialami serangan Malaysia untuk menggandakan kedudukan dengan beberapa percubaan dari Akhyar Rashid dan juga Guilherme De Paula.
Kedudukan 1-0 kekal hingga berakhir 45 minit pertama dengan permainan yang tidak jelas dan agak hambar dipamerkan kedua-dua pasukan.
Keserasian jelas tiada dalam pasukan Malaysia. Separuh masa kedua menyaksikan Kemboja memperkemaskan permainan dan mula menguasai perlawanan.
Baddrol Bakhtiar hadir dengan satu rembatan padu yang sedikit tersasar dan selepas itu Akhyar Rashid menggandakan kedudukan.
👏 Akhyar Rashid, take a bow!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #CAMvMAS pic.twitter.com/Eoh8mKjGcn
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 6, 2021
Hantaran lolos cantik Syafiq Ahmad yang membelah padang telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Akhyar Rashid dengan gerakan solo.
Akhyar telah dicabar dua pemain Kemboja namun menghantar mereka ke tanah dengan satu tarikan bola ke belakang.
Guilherme De Paula hadir memberi sokongan namun Akhyar memilih untuk menyudahkan sendiri gerakannya itu untuk gol kedua.
Akhyar berlari keriangan dan De Paula hanya melihat tiada kegembiraan dari De Paula yang terus dikeluarkan dan digantikan dengan Luqman Hakim.
🦸♂️ 🦸♂️ Super Subs at work!
Luqman ➡️ Kogi Raj 💥#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #CAMvMAS pic.twitter.com/wmowHT3BI6
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 6, 2021
Satu gerakan cantik dilakukan oleh Akhyar dan satu suapan cantik dibekalkan kepada Safawi Rasid namun satu sepakan lemah sahaja mampu dilepaskan.
Kogileswaran yang masuk dari bangku simpanan menjaringkan gol ketiga selepas menolak mudah hantaran Luqman Hakim.
Kontroversi tercetus dipenghujung perlawanan apabila, pengadil perlawanan telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Kemboja.
Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menangkap kemas bola dituduh melakukan kekasaran ke atas pemain Kemboja. Bola dalam dakapan dah tu.
Kad kuning untuk Khairul Fahmi Che Mat dan Kemboja menjaringkan gol saguhati dari sepakan penalti melalui Sath Rosib.
Sumber Gambar: Goal.com