Gabriel Batistuta Menangis Ketika Live Menyaksikan Kejayaan Argentina

Pemain bola sepak legenda Argentina, Gabriel Omar Batistuta nyata tidak dapat menahan emosi apabila menangis ketika Live selepas menyaksikan kejayaan Argentina menjadi juara Piala Dunia 2022.

Gariel Batitusta merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Argentina di Piala Dunia dengan 10 gol sebelum dipintas Lionel di perlawanan separuh akhir menentang Croatia.

Lionel Messi kini adalah penjaring gol terbanyak Argentina dalam Piala Dunia dengan 13 gol mengatasi rekod yang dipegang oleh Gabriel Batistuta (10) diikuti oleh Diego Maradona (8), Guillermo Stabile (8), Mario Kempes (6) dan Gonzalo Higuain (5).

Perlawanan antara Argentina dan Perancis berakhir di penentuan sepakan penalti selepas hatrik Kylian Mbappe memadamkan kelebihan Argentina hasil dua gol dari Lionel Messi dan satu dari Angel Di Maria.

Selepas sepakan Gonzalo Montiel mengesahkan kejuaraan Piala Dunia Argentina di sepakan keempat, Gabriel Batistuta yang sedang bertufa sebagai pakar bola sepak untuk saluran sukan dari Qatar, beIN Sports telah mengalirkan air mata.

Ternyata Gabriel Batistuta gagal mengawal emosi ketika disaksikan jutaan penonton secara live, cubaan menyeka air mata jantannya gagal lalu terus mengalir membasahi pipi.

Tangisan kegembiraan dari Batistuta yang ternyata terharu melihat impian Piala Dunia yang gagal dihadirkannya semasa bergelar pemain kini direalisasikan.

Selepas berjaya mengawal kembali emosinya, Gabriel Batitusta dengan suara lembut meluahkan rasa:

“Ia sangat mengagumkan, Vamos Argentina. Saya gembira untuk Messi, untuk Argentina, untuk seluruh negara.”

“Saya tidak boleh bercakap pun. Semua orang mahu Argentina menang dan anda boleh rasakan tenaga itu. Maaf, saya emosi.”

Kali terakhir Argentina muncul juara Piala Dunia pada tahun 1986, Diego Maradona pemain yang mengetuai skuad juara itu 36 tahun yang lalu.

Legenda Argentina dan bekas pemain Fiorentina dan Roma, Batistuta dikenali seluruh dunia kerana ketajaman beliau di depan pintu gol sehingga beliau digelar sebagai ‘Batigol’.

Beliau bersara dari bolasepak sekitar 2005 dan menyertai sukan polo beberapa tahun selepas itu. Sukan level-level kayangan.

‘Batigol’ pernah berjenaka beliau mungkin terpaksa bermain polo lebih awal andainya beliau terpaksa bersaing dengan Lionel Messi dalam pasukan kebangsaan.

Batistuta sebelum ini merupakan penjaring terbaik sepanjang Argentina denga 56 gol dalam 78 perlawanan sebelum dipecahkan oleh Lionel Messi.

Pada 2004 Batistuta telah dinamakan oleh Pele dalam senarai FIFA 100 pemain hidup terhebat dan Maradona telah mengangkat Batigol sebagai penyerang terbaik dia pernah bergandingan bersama.

Batistuta merupakan pemain yang power mampu berada di mana-mana, penyudah yang klinikal, ketepatan tandukan dan berkemampuan melakukan sepakan penjuru dan telah dinobatkan antara penyerang paling sempurna dalam genenerasinya.

Masalah kecederaan yang membelenggu karier tidak pernah membataskan kehebatannya di padang apabila pulih dan cergas sepenuhnya.

Selepas bersara, Batistuta menjalankan syarikat pembinaan dan bermain polo secara serius serta golf diwaktu lapangnya.

Batistuta telah bermain di tiga Piala Dunia untuk Argentina iaitu 1994, 1998 dan 2002 dan telah menjaringkan 10 gol dalam tempoh tesebut dan rekod itu telah dipecahkan oleh Messi.

Namun Batigol tidak koyak malah gembira kerana Messi telah memecahkan rekodnya:

“(Messi memecahkan rekod) sama sekali tidak menyakiti saya kerana saya menikmatinya semasa saya memilikinya.” kata Batistuta dalam temu bual dengan akhbar Argentina Clarin.

“Leo berhak mendapat ini. Jika ada seorang yang perlu berada di sana, itu adalah dia. Messi bukan makhluk asing, dia adalah manusia yang bermain bola sepak lebih baik daripada orang lain.”

“Apabila orang itu melebihi anda, anda tidak boleh menderita, dia hanya memberi kamu kesenangan.”

Baca Juga

Baca Juga