Gabriel Jesus Meneruskan Rutin Sepakan Penalti Yang Dahsyat

Gabriel Jesus, pemain bola sepak remaja untuk pasukan Palmeiras yang mempunyai pendapatan tahunan sebanyak 3500 pound setahun pasa awal kariernya.

Gabriel Jesus bermain dengan sangat cemerlang untuk pasukan remaja Palmeiras.

Beliau berjaya menjaringkan banyak gol untuk pasukan remaja dan menarik minat banyak kelab bola sepak di dalam dan juga luar Brazil.

Debut pertamanya bersama pasukan senior Palmeiras hadir pada tahun 2015 pada kejohanan Campeonato Paulista.

Sebelum Sukan Olimpik Rio berlangsung, Manchester City mengumumkan akan membawa Gabriel Jesus ke Etihad dengan nilai perpindahan 27  juta pound dengan kontrak selama 5 tahun dan gaji 75 ribu pound seminggu.

Ternyata pelaburan City untuk mendapatkan pemain muda ini bukan satu kesilapan.

Gabriel Jesus berjaya menjaringkan tiga gol sepanjang Sukan Olimpik berlangsung dan berjaya membantu Brazil memenangi pingat emas acara bola sepak yang pertama buat negaranya dalam sejarah Sukan Olimpik.

Sejak bersama City, Jesus masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama kerana kehadiran Sergio Aguero yang masih berbisa. Namun itu tidak menghalang Jesus untuk mendapatkan tempat dalam skuad Brazil.

Terkini, Jesus telah dipanggil untuk bersama pasukan Brazil untuk perlawanan
Superclasico de las Americas 2019, perlawanan persahabatan tahunan antara pasukan kebangsaan Brazil dan Argentina dan pemenang perlawanan ini akan meraih Piala Doctor Nicolás Leoz Osas Ekhoragbon.

Dalam perlawanan ini Gabriel Jesus sekali lagi telah membazirkan peluang apabila membuat satu sepakan oenalti yang dahsyat. Gol yang boleh mengubah nasib Brazil.

Brazil boleh didepan seawal minit ke-9 tetapi Gabriel Jesus sekali lagi gagal menyempurnakan sepakan penalti, teruk sepakan Jesus yang sedih bangat menuju ke kiri gawang.

Selang tiga minit kemudian, Alex Sandro telah menjatuhkan Lionel Messi di dalam kotak penalti dan ternyata sepakan penalti Messi juga sia-sia.

Alisson Becker berjaya menghadang tendangan Messi, tetapi bola muntah pantas disambar Messi untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Minggu lalu di Champions League Gabriel Jesus juga telah gagal menyempurnakan sepakan penalti dan dianggap sebagai penalti paling buruk musim ini di Champions League.

Jesus melakukan sedikit lompatan ala Jorginho dan meleretkan bola ke kiri. Namun ia tak masuk. Teknik sepakan beliau itu agak teruk dan bola yang dirembatnya juga lemah.

Jesus mengambil beberapa langkahan dan kemudian melakukan sedikit aksi trik melompat. Namun malangnya sepakan beliau hanya meleret keluar.

Baca Juga

Baca Juga