Gabriel Menganjing Balik Aubameyang, Namun Peminat Chelsea Tanya Mana UCL Arsenal?

Wira kemenangan Arsenal, Gabriel Magalhaes telah menganjing bekas rakan sepasukannya Pierre-Emerick Aubameyang sebaik sahaja membuka telefon pintarnya.

Dia menggunakan ayat Aubameyang dengan menulis: “Tiada benda peribadi, cuma London itu merah.”

Sebelum ini Aubameyang yang kini digelar Jafri Chiew Gabon telah muncul dalam video promosi perlawanan antara Chelsea dan Arsenal.

Ketegangan peminat semakin tinggi selepas melihat video promosi pertarungan tersebut. Di mana pemain antarabangsa Gabon muncul dalam video pendek dengan aksi Mikel Arteta turut dipaparkan.

Video itu dianggap seolah olah mempromosi dendam Aubameyang kepada Arteta dan kemudian Arsenal.

Sudah tentu, ia akan menjadi kali pertama Aubameyang berdepan bekas pasukannya sejak pengurus Mikel Arteta melucutkan jawatan kaptennya dan menamatkan kontraknya sebelum dia menyertai Barcelona pada Januari lalu.

Dia kemudian memilih untuk menyertai musuh sebandar Arsenal iaitu Chelsea walaupun dia pernah menjadi kapten Arsenal.

Tindakan itu membuatkan dia digelar sebagai badut yang menjadi penghibur orang di sarkas. Pundit mulut Azwan Ali, Gabriel Agbonlahor turut menghentam Aubameyang yang seolah olah melacurkan dirinya untuk video seperti itu.

Gabriel Magalhaes telah memutuskan untuk tidak melepaskan kapten lamanya Pierre-Emerick Aubameyang berikutan kemenangan Arsenal ke atas Chelsea pada hari Ahad.

Aubameyang mempunyai waktu petang untuk dilupakan penampilan pertamanya menentang Gunners sejak pemergiannya yang menyedihkan. Ditarik jawatan kapten dan kemudian dibuang ke Barcelona oleh Arsenal.

Arsenal menewaskan Chelsea 1-0 hasil jaringan jarak dekat Gabriel pada separuh masa kedua di Stamford Bridge. Kehadiran Aubameyang dalam skuad The Blues menjadi perbincangan penting dalam pembinaan perlawanan.

Dia hanya menjadi bot sepanjang aksi tersebut. Langsung tiada ancaman. Satu satunya ancaman dia buat adalah ketika membantai kaki Uteh ataupun Ben White.

Pemain berusia 33 tahun itu cuba mengejek bekas pasukannya dalam iklan TV yang mengiklankan permainan untuk BT Sport. Aubameyang dirakam berkata: “Arsenal, tiada benda peribadi. Saya kembali, saya biru, saya bersedia.”

Walaupun beriya sangat di iklan, dia ternyata gagal memberikan banyak impak positif kepada permainan. Dan Gabriel terus menganjing balik dengan Tweet: “TIADA YANG PERIBADI.. LONDON ADALAH MERAH.”

Tweet itu benar benar menerima sambutan hangat di kalangan peminat Arsenal yang benar benar berpuas hati. Mana mungkin mereka boleh memaafkan Aubameyang yang pergi ke kelab musuh mereka selepas menjadi ketua pasukan mereka. Kerana dasar perseteruan.

Walaupun sebelum ini bersepah pemain yang berpindah antara Chelsea dan Arsenal. Ni saja la nak tunjuk sikit yang peminat Arsenal ni pun berpegang kepada prinsip seteru sebandar ye tak.

Lebih kejam, selepas gol Gabriel Maghalhaes itu, Aubameyang pula dikeluarkan. Membuatkan peminat Arsenal menikmati kegembiraan berganda.

Aubameyang, yang digantikan selepas sejam, menyaksikan kelab lamanya itu kembali ke puncak carta Liga Perdana Inggeris dengan tiga mata.

Namun bagi peminat Chelsea, kekalahan ini tidak mengubah hakikat bahawa London itu biru. Kerana mereka ada 2 UCL. Arsenal pula tidak ada UCL langsung di dalam sejarah kelab mereka.

Aubameyang meninggalkan Arsenal pada Januari berikutan beberapa pelanggaran disiplin. Pengurus Mikel Arteta melucutkan jawatan kaptennya sebelum membenarkannya menyertai Barcelona secara percuma.

Dia kembali ke Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea pada musim panas pada hari terakhir perpindahan.

Dia berkata masih ada urusan yang belum selesai di England. Mungkin dia merujuk kepada trofi EPL. Kerana dia sudah memenangi piala domestik bersama dengan Arsenal.

Dengan prestasi semasa yang terumbang ambing, Aubameyang kemungkinan akan dijual selepas ini. Atau Chelsea mencari penyerang yang lebih bagus dan dia terpaksa menjadi pemanas bangku simpanan secara tetap.

Baca Juga

Baca Juga