Gabriel Milito Masukkan Pemain Gantian Ikut Cadangan Penyokong

Pengurus pasukan Aegentinos Juniors, Gabriel Milito dengan selamba memasukkan pemain gantian dengan mengikut cadangan penyokong yang menjerit-jerit dibelakangnya.

Sudah pastilah tindakan Gabriel Milito telah memberikan satu kepuasan yang besar di hati penyokong tersebut yang pasti boleh berbangga dengan orang kampung.

Keputusan untuk menerima cadangan penyokong itu telah diambil Gabriel Milito dalam perlawanan Argentinos Juniors menentang Santa Fe Union yang berpihak kepada Argentinos Juniors dengan keputusan 2-0.

Gabriel Avalos telah menjaringkan dua gol untuk pasukan yang berpangkalan di Buenos Aires itu dan jaringan kedua pada minit ke-87 telah menamatkan debaran dan membunuh perlawanan.

Namun dalam perlawanan itu, Gabriel Milito memerlukan sedikit kebijaksanaan dari penyokong yang berada di belakang tempat duduknya.

Seorang penyokong telah menjerit kepada bekas pemain Barcelona itu dan memintanya supaya memasukkan seorang pemain tengah.

Dalam bola sepak sudah menjadi lumrah apabila penyokong menjadi lebih tahu dan pandai dari pengurus, mereka mahukan pemain itu diturunkan, pemain ini dibeli dan bagaimana bola sepak di mainkan semua penyokong tau.

Kadang-kala penyokong boleh menjadi palatao tahap super melebihi semua pakar dan profesional dalam bola sepak.

Apa yang menakjubkan apabila Gabriel Milito sukakan nasihat taktikal penyokong tersebut lalu menerima dan mendengarnya untuk diadaptasi dalam perlawanan.

Perbualan antara Gabriel Milito dan penyokong itu terjadi pada minit ke-83 dan Milito telah memilih untuk melakukan dua pertukaran serentak.

Milito dilihat telah bertanya siapa yang perlu dimasukkan:

“Siapa? Siapa?”

Dan penyokong itu telah mencadangkan seorang pemain tengah tanpa nama.

“Perfect, saya tahu siapa.” Ujar Milito.

Bagi memastikan kemenangan menjadi milik pasukannya, Milito mengeluarkan Federico Redondo dan Gaston Veron digantikan dengan Nicolas Reniero dan Thiago Nuus.

Gabriel Milito yang telah memenangi dua kejuaraan La Liga bersama Barcelona telah mendedahkan dan mengesahkan perkara ini dalam satu sidang media selepas perlawanan.

Selepas cadangannya diterima Milito, penyokong tersebut serta merta tidak membuat bising dan mengganggu Milito sehingga perlawanan tamat.

“Kami berada dalam negara demokrasi dengan kebebasan penuh.”

“Dia meminta saya memasukkan pemain tengah dan saya memberitahunya ia tepat. Isunya ialah siapa yang patut dimasukkan. Jadi kita semua adalah wira dan mengambil bahagian dalam merencanakan permainan ini. Dia tidak memberi saya nama dan tidak saya memberi saya apa-apa lagi.”

“Keputusan itu kadang-kadang mengambil masa satu atau dua minit dan orang mahu segala-galanya sesegera mungkin, sekarang juga.”

“Kami memasukkan Nicholas ke padang dan dia tidak mengganggu saya lagi selepas perubahan. Jadi di sana dia suka perubahan ini. Tetapi dia tidak mengganggu saya.”

Kemenangan untuk bermakna Argentinos berada di tempat keempat dalam liga selepas 13 perlawanan dimainkan.

Perlawanan mereka seterusnya ialah lawatan Estudiantes pada hari Jumaat tetapi pada ketika ini tidak jelas sama ada Milito bersedia untuk mempromosikan peminat kepada penolong pengurus atau tidak.

Gariel Milito merupakan adik kepada bekas pemain bintang Inter Milan Diego Milito yang juga telah bersara pada 2016 dan setakat ini belum lagi terlibat dalam karier pengurusan.

BACA:  Pengulas Turki Dipecat Serta Merta Kerana Sebut Nama Hakan Sukur