Bournemouth telah menandatangani penyerang England, Dominic Solanke dari Liverpool dengan harga £ 19 juta.
Solanke,21 terlebih dahulu pergi ke Cystal Palace minggu lalu untuk melakukan ujian kesihatan telah gagal dalam ujian tersebut.
Pemain ini dicadangkan berpindah ke Palace tetapi pasukan tersebut melepaskan minatnya selepas meragui status kecergasannya.
Pengurus Palace mengesahkan pemain berusia 21 tersebut merupakan pemain sasaran awalnya, tetapi menurutnya lagi dia mahukan pemain yang boleh bermain dengan kadar segera bagi menyelesaikan masalah jaringan.
Palace telah menjaringkan 19 gol dari 21 perlawanan yang dihadapinya, hanya Hudderfield dan Newcastle yang mempunyai jumlah jaringan yang sedikit berbading Palace.
Kemasukan Solanke telah memberi laluan kepada Jermain Defoe untuk menyertai Ranger yang bermain di Liga Perdana Scotland.
Difahamkan Solanke tidak boleh berpindah ke Palace dengan status pinjaman dibawah peraturan Liga Perdana Inggeris.
Bournemouth juga telah menandatangani 1 lagi pemain pertahanan kanan Nathaniel Clyne atas status pinjaman sehingga akhir musim.
Bos Palace, Eddie Howie agak teruja dengan kehadiran Solanke di kelab dan mengatakan Solanke mempunyai bakat yang besat, fizikal yang bagus dan mempunyai keghairahan untuk bermain.
Pemain muda yang membantu skuad remaja England menjulang Piala Dunia remaja ini mempunyai 1 penampilan antarabangsa bersama skuad senior.
Menyertai Liverpool dari Chelsea pada 2017 selepas kontraknya tamat di Stamford Bridge. Walaupun mengalami beberapa isu dalam perpindahan tersebut akhirnya kedua-dua kelab bersetuju dengan keputusan tribunal dalam penetapan harga perpindahan Solanke.
Sebelum menyertai Bournemouth, selain Crytal Palace, Hudderfield dan Brighton dilaporkan berminat dengan Solanke.