Gajah Perang Selamba Memijak Juara Bertahan Naga Emas

Vietnam yang dilihat sebagai calon pilihan sebagai juara Piala AFF Suzuki 2020 telah dikejutkan oleh Thailand yang seperti sudah kembali mendapat tahap terbaik mereka.

Separuh akhir pertama, Thailand berjaya menumbangkan Vietnam dengan dua gol tanpa balas dan gol yang terhasil pula sangat padu dan penuh berseni.

Thailand menamatkan rekod cemerlang Park Hang Seo yang tidak pernah tewas kepada mana-mana pasukan Asia Tenggara sejak bersama Vietnam.

Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo telah melaungkan keyakinan bahawa anak-anak buahnya mampu untuk melakarkan aksi kebangkitan.

Selepas Indonesia dan Singapura meletakkan satu penanda aras yang tinggi diseparuh akhir dengan perlawanan penuh epik lagi klasik, maka harapan sama dihajatkan dalam perlawanan Vietnam dan juga Thailand

Gajah Perang menentang Naga Emas, nama gelaran yang menggerunkan takkan tak power.

Usai wisel permulaan ditiup pengadil perlawanan yang diharap tidak mencipta sebarang kontroversi, Vietnam terus mengasak ke kubu Thailand untuk mencari gol seawal mungkin.

Serangan awal banyak tertumpu dibahagian kanan Thailand yang berjaya menghasilkan ancaman namun gagal menghasilkan gol.

Thailand bukanlah pasukan biasa-biasa dan cepat mencari rentak dengan menyerap tekanan dan cepat melakukan recovery ketika kehilangan bola.

Permainan hantaran pendek Vietnam cuba dikekang Thailand dan dengan menutup ruang hantaran dan Thailand sesekali melancarkan serangan balas.

Aksi berani meninggal ditunjukkan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom yang keluar dari kotak untuk mengeluarkan bola mujur bola berjaya dimenangi.

Tindakan penuh berisiko Chatchai Budprom terpaksa dibayar dengan kecederaan dan terpaksa dikeluarkan, Siwarak Tedsungnoen dimasukkan.

Lima minit permainan dihentikan. Siwarak Tedsungnoen terus diuji dengan percubaan terbaik Vietnam setakat ini melalui sepakan percuma padu Nguyen Quang Hai.

Selepas 40 minit tiada lagi jaringan daripada Vietnam dan kubu Thailand masih tidak tergugat walaupun ada ancaman. Thailand terus berdisiplin.

Berpunca dari sepakan penjuru, Ho Tan Tai yang langsung tidak dikawal melakukan satu tandukan tersasar. Kemudian satu lagi tandukan Ho Tan Tai gagal.

Kecederaan Chatchai Budprom menyaksikan masa kecederaan separuh masa pertama 6 minit diberikan pengadil. Vietnam perlu mengurangkan defisit.

Thailand terus tenang menyerap asakan dan menunggu peluang terbaik untuk membunuh perlawanan dan Vietnam perlu mencari gol pertama dalam 15 minit pertama separuh masa kedua.

Itulah sifir kebiasaan bola sepak untuk bangkit mengejar kerana jika gagal tekanan akan terus membelenggu Vietnam.

Nguyen Quang Hai sekali lagi mencuba dengan sepakan percuma namun cemerlang ditepis keluar Siwarak Tedsungnoen.

Memasuki minit ke-70, Vietnam terus buntu dan nampak semakin tertekan, Thailand mula menguasai perlawanan dengan permainan penuh bersahaja.

Kekuatan mental yang padu diperlukan dengan stamina yang semakin menurun dan memerlukan dua gol dengan perlawanan berbaki 10 minit.

Perlawanan terus berlangsung hambar dan tiada detik menarik setakat ini.

Cubaan Nguyen Tien Linh melakukan aksi akrobatik dengan satu tendangan basikal telah berakhir dengan satu insiden agak mengerikan.

Kaki Nguyen Tien Linh tepat menghentam Manuel Bihr yang datang mencabar dan terus selok kera jatuh ke tanah, mujur tiada kecederaan teruk.

Masa kecederaan 4 minit diberikan pengadil, Vietnam mula koyak, dan situasi panas tercetus dengan sentuhan minima pemain Vietnam menggelupur.

Perlawanan penuh hambar tamat dengan kedudukan tanpa jaringan dan Thailand ke perlawanan akhir bertemu Vietnam.

Thailand mampu untuk melebarkan kejuaraan kepada 6 selepas muncul juara pada edisi 1996, 2000, 2002. 2014 dan 2016. King sudah kembali.

Final Piala AFF Suzuki 2020 merupakan penampilan ke-9 Thailand. Sebelum ini dalam 8 penampilan di perlawanan akhir, Thailand muncul juara 5 kali.

BACA:  Piala AFF 2022: Malaysia 5-0 Laos