Gaji Kecil Tak Apa, Asalkan Tak Sertai Liverpool

Pemain muda Sepanyol, Martin Zubimendi bertegas bahawa dia tidak mahu menyertai Liverpool untuk perpindahan musim panas kali ini.

Berita meruntun jiwa itu hadir ketika peminat Liverpool sudah benar behar berharap pemain itu akan menjadi pemain tengah baharu mereka.

Liverpool musim musim sebelum ini ditolak oleh beberapa pemain tengah lain termasuk Jude Bellingham, Moises Caicedo dan Romeo Lavia. Kesemuanya tak nak sertai Liverpool yang ketika itu di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Dengan peralihan kuasa ke tangan Arne Slot, badi tersebut berterusan. Kali ini giliran pemain muda berbakat besar dari Sepanyol, Martin Zubimendi pula menghampakan Liverpool.

Zubimendi adalah pemain muda berbakat besar yang menjadi tumpuan banyak kelab besar yang lain. Pemain itu banyak dikaitkan dengan kelab kelab elit di eropah terutama sekali kelab dari Sepanyol dan EPL.

Liverpool sudah sediakan wang secukupnya untuk mengaktifkan klausa pelepasan pemain tersebut dari Real Sociedad yang dilaporkan sekitar €55 juta.

Proses seterusnya adalah terpulang kepada Zubimendi untuk memberitahu kelab bahawa dia mahu ‘membeli’ klausa pelepasan tersebut. Zubimendi tidak melepaskan peluang untuk menyidai Liverpool untuk menunggu kata putus darinya.

Dan akhirnya, pada semalam, pemain itu sudah tidak mampu menahan perasaannya yang membuak buak tidak mahu menyertai kelab berpangkalan di Merseyside itu.

Cintanya kepada Real Sociedad juga memainkan peranan penting dalam perkara ini. Kerana dia adalah pemain yang sangat sayangkan kelab tersebut.

Liverpool menawarkan pakej kontrak jauh lebih lumayan daripada tawaran baharu oleh Real Sociedad. Tetapi pemain itu tidak kisah untuk terus kekal bersama dengan kelab yang berpangkalan di Sepanyol itu.

Liverpool benar benar suram dalam jendela perpindahan kali ini. Ketika pasukan pasukan lain rancak menayangkan pembelian terbaru mereka, Liverpool pula dilihat hanya memfokuskan kepada aktiviti latihan sahaja.

Adakah Arne Slot akan dapat menandatangani pemain baharu sebelum jendela perpindahan ditutup?

Dan siapakah pemain yang akan sanggup datang menempuh cabaran baharu bersama Arne Slot selepas era gemilang di bawah Jurgen Klopp.

Caicedo: “Menolak Liverpool Adalah Keputusan Yang Tepat”

Moises Caicedo akhirnya memberikan komen tentang berita dia menolak Liverpool untuk menyertai pasukan Chelsea.

Caicedo menjadi bakat rebutan banyak kelab setelah prestasi luar biasanya bersama Brighton. Kelab tersebut awalnya tidak mahu menjual pemain itu.

Mereka menegaskan bahawa pemain itu hanya akan dilepaskan jika ada tawaran luar biasa untuk Caicedo.

Dan ternyata memang ada kelab yang sanggup membayar harga luar biasa untuk membeli pemain tersebut. Dua kelab yang bersaing rapat untuk mendapatkan Caicedo adalah Liverpool dan Chelsea.

Musim lalu, Liverpool telah dimalukan oleh Caicedo yang telah me-reject kelab yang berpangkalan di Anfield itu demi untuk menyertai Chelsea.

Ketika itu Liverpool sudah mencapai kesepakatan harga £100 juta untuk mendapatkan pemain tengah itu dari Brighton. Tetapi berlaku plot twist, kerana Chelsea kemudian datang dengan tawaran yang sama dan pemain itu memutuskan untuk menyertai The Blues.

Jurgen Klopp ketika itu benar benar mahukan pemain itu masuk ke Liverpool. Di mana Klopp menghantar beberapa siri mesej untuk memujuk Caicedo agar datang ke Liverpool.

Tetapi pemain itu telah membalas mesej itu menyatakan bahawa dia sudah membuat keputusan untuk menyertai pasukan Chelsea.

Menurut Caicedo dia gembira dengan keputusan menolak Liverpool kerana ianya ternyata keputusan yang tepat dibuat oleh pemain tersebut.

Caicedo berkata: “Saya masih ingat benda tu berlaku setahun lalu. Ianya keputusan yang sukar kerana kamu semua tahu kan, Liverpool adalah kelab yang besar. Namun Chelsea sebenarnya sudah bercakap dengan saya dalam beberapa bulan terakhir.

“Dan saya sudah bertekad bahawa saya tak nak terlepas perpindahan ke Chelsea. Ianya keputusan yang sukar untuk saya buat, namun saya yakin ianya 100% keputusan yang tepat.”

Caicedo bergelut pada musim pertama. Setelah Chelsea sebenarnya terumbang ambing mencari rentak dengan gabungan ramai pemain bakat baharu dalam kelab itu.

Namun musim ini mereka akan dikendalikan oleh Enzo Maresca. Pengurus yang memiliki reputasi baik membangunkan pemain pemain muda.

Caicedo akan menjadi nadi penting Chelsea dalam projek mereka bersama sama dengan gandingannya, Enzo Fernandez di bahagian tengah.

 

BACA:  Van Dijk: Ramos Bukan Pemain Pertahanan Terbaik Dunia