Gaji Pemain Real Madrid Didedahkan, Hazard Yang Sendu Super Mewah

Senarai gaji pemain Real Madrid telah didedahkan dan ternyata bayaran gaji yang agak lumayan telah dilunaskan Real Madrid untuk para pemainnya dan Eden Hazard yang sendu mendapat bayaran yang super mewah.

Pemain yang berasal dari Belgium itu telah menjadi pemain Real Madrid yang mendapat gaji paling tinggi dengan bayaran mingguan berjumlah £416,000 bersamaa RM2.35 juta sahaja.

Seminggu tau bukan sebulan. Kalau sebulan, RM10 juta lebih-lebih sikit je.

Setahun ada 52 minggu dan mengikut kontrak gaji tahunan Hazard sebanyak £21.6 juta bersamaan RM122.07 juta sahaja.

Gaji ini sangat mewah kerana sejak tiba pada Jun 2019, Eden Hazard hanya bermain dalam 24 perlawanan La Liga sahaja dan menjaringkan tiga gol je. 12 perlawanan je setahun.

Dengan pendapatan tertinggi bermakna Hazard memperoleh gaji lebih tinggi berbanding rakan yang lain termasuklah legenda kelan Sergio Ramos (£312,000), Toni Kroos (£210,000), Luka Modric (£210,000) dan Karim Benzema (£166,000).

Untuk rekod secara rasminya, Gareth Bale masih lagi penerima gaji tertinggi dan paling lumayan dengan pendapatan yang sangat gila-gila £650,000 = RM3.67 juta seminggu.

Kini Bale telah dipinjamkan ke Tottenham Hotspur sehingga penghujung musim ini dan separuh daripada gaji Bale kini dibayar oleh Spurs. Hazard still king buat sementara waktu.

Untuk setahun Gareth Bale menerima £33.8 juta = RM191.01 sahaja walaupun sentiasa disejuk beku oleh Zidane. Real Madrid ni memang suka bayar mahal-mahal gila gaji pemain selalu cedera?

Bekas pemain Chelsea yang berusia 30 tahun begelut dengan prestasi untuk memberi yang terbaik sejak tiba di Bernabeu walaupun sudah hampir dua tahun.

Hazard juga kerap kehilangan peluang untuk beraksi kerana kecederaan betis, ternyata kehadiran Hazard yang sangat didambakan Zinedine Zidane mendatangkan kekecewaan.

Hazard disambar Real Madrid ketika berada dipuncak prestasi bersama Chelsea di Premier League yang menyaksikan yuran perpindahan sebanyak £100 juta telah dimeterai.

Karim Benzema yang telah membantu Real Madrid memenangi 4 kejuaraan Champions League serta menjadi nadi kemenangan La Liga musim lalu hanya menerima kurang separuh dari gaji Hazard.

Luka Jovic yang flop dan tidak berapa berfungsi kini kembali daripada pinjaman ke Eintracht Frankfurt bergaji £175,000, lagi tinggi dari Benzema.

Benzema juga menjadi pemain tonggak dan harapan sejak ketiadaan Ronaldo di Bernabeu.

Thibaut Courtois, Raphael Varane dan Marcelo menerima gaji £150,000 seminggu.

Dani Carvajal, Isco, Alvaro Odriozola, Lucas Vazquez, Marco Asensio, Eder Militao dan Borja Mayoral antara pemain yang menerima £100,000 seminggu atau lebih.

Seramai 17 pemain pemain Real Madrid menerima gaji 6 angka seminggu dan tidak peliklah kenapa Real Madrid dilaporkan mahu mengurangkan beban kewangan mereka.

BACA:  Zidane: Musim Real Madrid Semakin Beransur Pulih