Gambar 6 Kaki 9 Inci LeBron James dan 5 Kaki 4 Inci Lorenzo Insigne Berjabat Tangan Viral

Gambar pertemuan antara legenda bola keranjang, LeBron James dan pemain kebangsaan Itali, Lorenzo Insigne yang dirakam ketika berjabat tangan dan bersalaman tanda perkenalan menjadi viral.

Selepas 12 tahun beraksi di Serie A bersama Napoli fasa karier Lorenzo Insigne sudah hampir ke penghujung dan memilih untuk beralih angin ke Liga Bola Sepak Amerika Syarikat, Major League Soccer (MLS).

Lorenzo Insigne diikat oleh pasukan Toronto FC dengan kontrak selama 4 tahun. MLS kebiasaannya menjadi destinasi akhir kebanyakkan pemain bola sepak sebelum bersara.

Memandangkan statusnya di kalangan peminat bola sepak, pemain berusia 31 tahun itu telah menjadi wajah kelab untuk rangka promosi bersama media, bertemu pelbagai jenis manusia yang terkenal sejak ketibaannya di perairan Amerika Syarikat.

Tetapi nampaknya kemunculannya baru-baru ini dan bertemu dengn megastar NBA bertaraf legenda hidup, LeBron James telah mendapat perhatian ramai.

Insigne cukup bertuah kerana dapat bersemuka dengan Sultan bola keranjang LeBron James.

Pertemuan yang agak mesra antara kedua-dua bintang sukan itu disiarkan di cerita Instagram Insigne dan peminat bermata helang tidak dapat mengelak daripada menyedari sesuatu.

Tubuh genit kecil molek Insigne berukuran 5 kaki 4 inci mendongak dan menjabat tangan LeBron 6 kaki 9 inci dan jelas dapat dilihat betapa berbezanya saiz mereka.

Dalam satu tangkapan skrin yang disiarkan oleh ESPN, tangan Insigne hampir tidak melingkari jari telunjuk dan tengah LeBron.

Insigne pastinya tahu siapa LeBron – maksudnya , siapa yang tidak kena LeBron James? Tetapi ternyata LeBron James juga mengenali Insigne yang merupakan bintang bola sepak.

Megastar Los Angeles Lakers itu merupakan peminat tegar bola sepak dan juga memegang pegangan pemilikan minoriti dalam pasukan gergasi Liga Perdana, Liverpool.

LeBron membeli dua peratus kepentingan The Reds dengan rakan niaganya Maverick Carter pada 2011, yang sejak itu telah berlipat kali ganda nilainya memandangkan kejayaan pasukan baru-baru ini – bermakna pelaburannya telah menyaksikan dia memperoleh keuntungan dari pelaburan yang berbaloi itu.

Pada 2021, 10 tahun selepas pelaburan awalnya, LeBron secara rasmi menjadi rakan kongsi dalam Fenway Sports Group (FSG) bersama-sama dengan RedBird Capital Partners.

Insigne Lorenzo merupakan tonggak Itali ketika menjuarai EURO 2020. Untuk sampai ke tahap yang tertinggi pada hari ini, pelbagai perkara telah dilalui oleh Lorenzo, terutamanya melibatkan saiz badannya yang kecil berbanding pemain lain.

Dilahirkan pada 4 Jun 1991 di Frattamaggiore, dia merupakan anak kedua kepada pasangan Patrizia dan Carmine Insigne. Walaupun lahir di daerah yang dikenali kerana menghasilkan bakat seperti Arturo Lupoli dan Francesco Lodi, Lorenzo berdepan jalan yang sukar dalam menzahirkan cita-citanya untuk menjadi pemain bola sepak.

Kedua ibu bapa Lorenzo bukanlah orang senang yang boleh naik kapal terbang menghantar anak mereka bersekolah di Paris sesuka hati, tetapi mereka cukup bergelut untuk membesarkan empat anak lelaki di sebuah rumah yang kecil.

Situasi menjadi lebih parah apabila bapanya, Carmine, dibuang kerja lantas menyebabkan Lorenzo terpaksa tinggal bersama datuk dan neneknya bagi meringankan beban keluarganya.

Kemiskinan tidak menghalang Lorenzo untuk menanamkan minat dalam bola sepak di mana dia mula bermain sukan ini bersama rakan-rakan sebaya di sekitar rumahnya. Baginya, bola sepak seolah-olah datang kepadanya dan akan membantu mengubah hidupnya pada masa depan.

Menganjak usia remaja, Lorenzo bertekad untuk membantu menambahkan pendapatan ibu bapa dan datuk neneknya, Lorenzo telah mengambil upah bekerja di pasar dengan seorang peniaga pakaian.

Daripada hasil kerjanya, dia berjaya mengumpul duit untuk membeli jersi pemain kegemarannya, Ronaldo Fenomenon, yang ketika itu bermain untuk Inter Milan.

Jersi Ronaldo yang dibeli Insgine

Walaupun sibuk bekerja, Lorenzo tidak pernah mengenepikan minatnya dalam bola sepak. Pada mulanya, sukar untuk dia mendapatkan tempat di mana-mana akademi kerana saiz badannya yang kecil.

Walaubagaimanapun, dia tetap tidak mengalah dan dengan aksi permainan yang bagus, Lorenzo telah diserap ke kelab remaja Olimpia Sant Arpino dan dari sinilah dia mula belajar erti bola sepak yang sebenar.

Bersama Olimpia, Lorenzo berusaha lebih keras berbanding orang lain dek saiz badannya yang kecil dan pada masa yang sama dia tidak menjadikan kekurangan tersebut sebagai alasan untuk tidak bersaing.

Walaupun mirip namanya, gula-gula ini bukan dikeluarkan Lorenzo Insigne

Usaha kerasnya akhir menunjukkan hasil apabila dia dilamar kelab Serie A, Napoli, dan diserapkan ke pasukan remaja kelab berkenaan pada usianya 15 tahun.

Bersama Napoli, prestasi Lorenzo terus meningkat naik dan dia berjaya mencipta nama sebagai pemain yang tajam di depan gol dalam liga di peringkat Primavera [belia].

Untuk meningkatkan lagi pengalamannya beraksi di arena yang sebenar, Napoli telah meminjamkan Lorenzo kepada beberapa kelab sekitar seperti Cavese, Foggia dan Pescara – kelab yang dibantu Lorenzo untuk memenangi Serie B, sekaligus menamatkan fasa pinjaman dan pembelajaran pemain ini.

Sebaik kembali dari Pescara, Lorenzo terus dinaikkan ke dalam pasukan utama. Pada tahun 2012, impian Lorenzo sejak kecil akhirnya tercapai apabila dia melakukan debut dalam saingan Serie A.

Pada 12 September tahun yang sama, Lorenzo mula membuka akaun golnya dalam Serie A selepas menjaringkan gol ketika menentang Parma, di mana dia masuk ke padang menggantikan penyerang sensasi, Edinson Cavani.

Sejak itu Lorenzo Insigne mengukuhkan kedudukan sebagai pemain utama Napoli selama 12 tahun sebelum ke Toronto FC dan bertemu LeBron James lalu tular.

BACA:  Badan Kecil, Dirompak di Tepi Jalan, Pernah Berniaga di Pasar Malam - Warna Warni Kisah Lorenzo Insigne