Gambir Emas Berminat Menaja Kelantan

Pengarah Urusan OAR Teguh Sdn Bhd menyatakan minat untuk membantu pasukan Kelantan dengan menaja pasukan yang sedang bergelut dengan masalah kewangan untuk menghadapi musim baru Liga Super 2016.

Mohd Omar Bin Mohd Ali yang merupakan Pengarah Urusan dan juga pemilik OAR Teguh melalui laman muka bukunya menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan KAFA musim hadapan dan berhajat menjadi sebahagian daripada penaja.

“Kami ( OAR TEGUH) berhajat nak “team up” dengan bola sepak kelantan(KAFA) musim depan. Berhajat untuk menjadi sebahagian dari sponsor untuk team bola sepak kelantan.”

Mohd Omar juga memuat naik gambar cadangan jersi Kelantan yang tertera logo Gambir Emas merupakan produk syarikat tersebut untuk meningkatkan kesihatan lelaki supaya tahan lama, padu dan mantap serta lambat pancut.

Beliau juga memohon sesiapa yang mengenali inidividu di dalam KAFA supaya memanjangkan perkara ini kepada pihak terbabit.

OAR Teguh amat serius dalam soal pemasaran di mana mereka telah memasang 47 unit billboard di lebuhraya seluruh Malaysia.

Ayuh rakyat Kelantan panjangkan perkara ini kepada KAFA supaya lebih KERAS, BERAS, PADU, PANJANG dan TAHAN LAMA

Baca Juga

Baca Juga