Gandingan McFred Berjaya Bantu United Singkirkan Aston Villa Dari Saingan FA Cup

Manchester United turun melayan kunjungan Aston Villa ke bumi Old Trafford untuk aksi dalam saingan FA Cup awal pagi tadi.

Skuad setan yang dilaporkan sedang dalam keadaan huru-hara dengan ramai pemain yang tak gembira di Old Trafford masih tetap mampu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini.

Gandingan McFred berjaya menghasilkan gol kemenangan untuk Manchester United menewaskan Aston Villa 1-0 di halaman mereka sendiri.

Dua pemain yang selalu dikecam menjadi wira pada hari ini dengan gandingan mereka berjaya membawa United mara ke pusingan keempat saingan FA Cup.

Satu-satunya gol yang berjaya dihasilkan dari perlawanan ini terhasil pada minit ke-8 permainan dengan bola hantaran super menakjubkan dari Fred disudahi dengan sempurna oleh McTominay.

Fred melambungkan bola cantik ke dalam kawasan kotak penalti, dengan McTominay cemerlang memenangi bola tersebut lalu beliau melakukan satu sundulan padu untuk menewaskan penjaga gol lawan.

Walau berjaya memperoleh gol pembukaan seawal minit ke-8 permainan, namun Man Utd gagal untuk memperoleh tambahan jaringan sepanjang perlawanan tersebut.

Aston Villa berjaya menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan ini namun gol tersebut dibatalkan oleh VAR dan ia sedikit mencetuskan kontroversi.

Secara keseluruhannya, skuad setan merah beraksi dengan sangat baik dan apa yang paling penting adalah mereka berjaya mencatat kemenangan, seterusnya menyingkirkan Aston Villa.

Legenda Liverpool, Steven Gerrard yang juga merupakan pengurus Aston Villa tidak melalui hari yang baik pada hari ini dengan beliau teruk kena boo dengan penyokong di Old Trafford.

Ralf Rangnick menurunkan kesebelasan yang berbeza dalam perlawanan ini dengan Jadon Sancho, Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Ketiga-tiga pemain ini tidak diturunkan kerana mereka sedang dibelenggu masalah kecederaan ringan dan kerana tidak mahu mengambil risiko, maka Rangnick memutuskan untuk merehatkan sahaja mereka.

Marcus Rashford diturunkan dalam kesebelasan utama United dalam perlawanan ini, namun beliau gagal mempamerkan aksi persembahan seperti yang diharapkan.

Beliau teruk dihentam oleh para peminat selepas tamat perlawanan tersebut, kerana ramai yang percaya beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mendukacitakan.

Malas kejar bola, kerap off position, kerap hilang bola, tak press, malas berlari menjadi sebab-sebab mengapa beliau teruk kena tibai dengan para penyokong selepas tamat perlawanan tersebut.

Mujur saja skuad setan merah berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan ini, dan seandainya tewas, sudah tentu Rashford akan lebih teruk dihentam.

Jentera serangan setan merah dalam perlawanan ini boleh dipuji dengan gandingan Greenwood, Cavani dan Fernandes cemerlang melancarkan beberapa siri serangan ke kubu Villa.

Secara keseluruhannya, Man Utd berjaya mencipta 13 percubaan dan sembilan darinya merupakan percubaan tepat.

Sudah lama tidak menyaksikan Man Utd mampu mencatatkan statistik sehebat ini dan kemenangan mereka pada hari ini membawa mereka ke pusingan keempat untuk bertemu Middlesbrough.

Manchester United akan turun melayan kunjungan pasukan dari Championship itu pada 5 Februari nanti, dalam usaha mereka untuk mencatat kemenangan dan mara lebih jauh.

Sudah tentu Piala FA turut berada dalam radar Ralf Rangnick dengan beliau setidak-tidaknya mahu membantu United memenangi satu Piala pada musim ini.

Memandangkan saingan Premier League sudah agak mustahil untuk dicabar, maka sudah tentu beliau akan memberi sepenuh perhatian kepada dua kejuaraan lain, Champions League dan FA Cup.

United masih ada dalam kedua-dua pertandingan tersebut, dengan FA Cup mereka akan beraksi di pusingan keempat, sementara dalam saingan Champions League pula mereka akan turun beraksi di pusingan 16 terbaik bertemu Atletico.

Sumber: Emirates FA Cup

BACA:ย  Harry Maguire Dianggap Penandatanganan Paling Gagal Dalam Sejarah Dunia Bola Sepak