Gara-Gara Bertemu Presiden Turki, Gundogan Diboo Penyokong Jerman

Jurulatih Jerman, Joachim Low membidas penyokong Jerman yang mengejek pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan ketika perlawanan persahabatan  pemanas badan menentang Arab Saudi semalam.

Bekas pemain Borussia Dortmund itu turut diejek sebelum ini ketika Jerman tewas 2-1 di tangan Austria minggu lepas.

Ketidak puasan hati penyokong Jerman terhadap Gundogan bukan lah disebabkan prestasi beliau tetapi tindakan pemain tersebut berjumpa dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan beberapa minggu lepas.

Gundongan dikritik kerana berjumpa dengan Presiden Turki

Low nyata kurang senang dengan tindakan penyokong Jerman yang mengecam pemain sendiri dan berkata tindakan tersebut tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada Jerman dan hanya boleh menjatuhkan moral pemain.

Selain Gundogan, perancang Arsenal Mesut Ozil dan Cen Tosun juga ada berjumpa Erdogan dalam pertemuan penuh mesra dengan individu yang telah banyak membantu komuniti Islam seluruh dunia.

Selepas pertemuan bersama Erdogan, Gundogan telah mengeluarkan satu kenyataan yang membagkitkan kemarahan rakyat Jerman.

“Untuk Tuan Presidenku yang mulia dengan penuh penghormatan.” Ilkay Gundogan.

—-

“For my honoured President, with great respect.” Ilkay Gundogan

Kenyataan ini telah membuatkan sesetengah pihak dan ahli politik di Jerman mengkritik dan mempersoalkan taat setia Gundogan kepada negara dan perlembagaan serta nilai demokrasi yaang diamalkan Jerman.

Mereka berpendapat Gundogan daan Ozil telah dipergunakan Erdrogan sebagai bahan kempen pilihanraya yang bakal dihadapi oleh Erdrogan.

Walaupun bermain untuk Jerman, Ozil dan Gundogan memiliki salur galur Turki dalam darah mereka. Kedua-dua pemain tersebut menghadiahkan jersi Manchester City dan Arsenal yang tertera nama mereka kepada Erdogan.

Hadiah dari Gundogan kepada Erdogan

Peminat Jerman nyata kurang senang dengan tindakan Ozil dan Gundongan berjumpa dengan Erdogan kerana mereka sepatutnya menunjukkan semangat patriotik terhadap Jerman, bukannya kepada Turki.

Selain itu, kumpulan hak asasi manusia dari Jerman dan rakyat Turki yang berada dalam buangan turut mengkritik kunjungan tersebut kerana tindakan kerajaan Turki yang menahan wartawan, aktivis hak asasi manusia, dan ahli politik dari pihak pembangkang.

Wisel sekali lagi dibunyikan dalam perlawanan pemanas badan terakhir Jerman menentang Arab Saudi ketika Gundogan dibawa masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua.

Low dilihat cuba meredakan keadaaan dengan meminta penyokong supaya memberi penghargaan kepada Gundogan ketika insiden tersebut.

Ozil pon sama

“Gundogan adalah salah seorang ahli dalam skuad kebangsaan Jerman. Tindakan mengejek beliau tidak akan membantu pasukan ini.”

Dalam perlawanan tersebut, pemain muda Jerman Timo Wermer membuka tirai jaringan terlebih dahulu bagi memberi gol pendahuluan kepada pasukan tuan rumah.

Tidak lama selepas itu, pemain Arab Saudi Omar Othman menjaringkan gol sendiri bagi mengukuhkan lagi kedudukan Jerman.

Gol saguhati Arab Saudi dijaringkan oleh Taiseer Aljassam menerusi pada lewat permainan untuk memberi sedikit tekanan kepada Jerman sebelum wisel ditiupkan.

“Kami sangat terbuka di bahagian pertahanan dan membenarkan Arab Saudi melakukan beberapa serangan balas.” Ujar Low ketika bercakap kepada pemberita selepas menamatkan rentetan 5 perlawanan tanpa kemenangan Jerman.

“Kami akan cuba menjadi lebih baik selepas ini dan apabila kejohanan bermula nanti, pasukan ini akan bersedia.”

“Saya rasa kami bermula dengan baik. Kami menguasai separuh masa pertama dengan baik tetapi pada babak kedua, kami memberikan Arab Saudi sedikit ruang.”

“Kami memberikan mereka banyak peluang. Kami sedikit bernasib baik pada penghujung perlawanan. Minggu depan pasukan ini akan lebih bernyawa dan dinamik.”

Gundogan Tampil Pertahankan Diri

Selepas bertebaran kecaman dan bawangan mengenai isu ‘my President’, Gundogan telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan dirinya, Ozil dan Cenk Tosun.

Mereka bertemu dalam satu program di yayasan Turkish yang membantu pelajar Turki.

“Adakah kami perlu bersifat kurang ajar kepada President dari negara asal keluarga ku?”

“Apa pun kenyataan dan kritikan, kami tetap dengan sikap kesopanan dan kesusilaaan sebagai tanda hormat kepada pejabat Presiden dan asal-usul kami dari Turki.”

Gambar ini

“Bukan niat kami untuk membuatkan kenyataan politik berkenaan gambar ini.” Jelas Gundogan.

Gundogan mempertahankan kehormatan susur galurnya dari Turki walaupun kini sudah menjadi rakyat Jerman bukan macam kau bangsa sendiri pon kau keji.

BACA:  Mesut Ozil Berpotensi Untuk Kembali Ke England