Gara-Gara Dipijak Chris Smalling, Impian Phil Jones Beraksi Menentang Jerman Lebur

Pemain pertahanan England dan Manchester United yang terkenal dengan kecederaan, Phil Jones sekali lagi terpaksa diketepikan daripada perlawanan antarabangsa menentang Jerman setelah mengalami kecederaan di bahagian jari kaki ketika latihan skuad England semalam. Ini bermakna Jones terpaksa melupakan hasrat untuk kembali mewakili England setelah kali terakhir bermain untuk pasukan Three Lions itu pada tahun 2015.

Lebih sadis lagi, kecederaan yang dialami berlaku apabila rakan sepasukannya di United, Chris Smalling terpijak kakinya secara tidak sengaja. Jones dikhuatiri  mengalami patah jari kaki dan akan mendapatkan pemeriksaan X-Ray hari ini. Dia mungkin terpaksa berehat selama sebulan jika kecederaannya benar-benar serius.

“Ia memang terjahan tanpa sengaja. Saya berasa simpati atas nasib yang menimpa Jones. Dia bermain dengan sangat baik”, kata pengurus pasukan England, Gareth Southgate.

Dengan ketiadaan Jones, Southgate terpaksa memikirkan alternatif lain di barisan pertahanan sama ada memberi peluang kepada Will Keane untuk beraksi buat kali pertama untuk bergandingan dengan Gary Cahill dan juga Chris Smalling.

Namun, kecederaan Jones tidak menggusarkan langsung pengurus pasukan Manchester United, Jose Mourinho walaupun mengenangkan jadual perlawanan Manchester United yang agak ketat menjelang bulan April nanti.

“Walaupun Jones mungkin mengalami kecederaan dan terpaksa berehat panjang. Kami tidak perlu berasa risau. Kami berjaya bermain dengan 10 orang pertahanan semasa perlawananan menentang Middlesbrough tempoh hari. Semua pemain Manchester United mampu bermain sebagai pertahanan”, kata Mourinho dengan penuh ketawadukan.

Baca Juga

Baca Juga