Gara-Gara Gila Berjudi, Isteri Menjadi Taruhan

Gara-gara gila berjudi, isteri menjadi taruhan, berita yang mengejutkan hadir dari bumi Afrika Timur iaitu Tanzania. Pertaruhan ini berlaku ketika derby Dar Es Salaam yang menemukan dua pasukan tempatan, Simba SC dan Young Africans SC (Yanga).

Sebelum bermula sepak mula derby tersebut, dua penyokong dari kedua-dua membuat satu pertaruhan yang gila dengan mempertaruhkan isteri masing-masing sebagai ganjaran pertaruhan.

Tidak cukup dengan itu, satu surat perjanjian (kontrak) dibuat untuk menguatkan lagi pertaruhan di mana pihak yang tewas hendaklah menyerahkan isterinya kepada pemenang.

Perlawanan yang berakhir menyaksikan Simba SC menewaskan Young Africans SC 2-1. Kerana keputusan itu penyokong Young Africans SC wajib menyerahkan isterinya kepada penyokong Simba.

Menurut seorang wakil BBC yang berada di Afrika, Osasu Obayiuwana (sedara Osass kot), ketika penyokong Young Africans SC mahu menyerahkan isterinya kepada pemenang, satu persetujuan lain telah mereka setujui bersama dengan menggantikan isterinya dengan sejumlah wang sebagai pampasan.

“Kawe tahu bola sepak itu Afrika dan Artika itu bola sepak. Tetapi pertaruhan ini merupakan suatu perkara yang berada tahap lain dan di luar imaginasi. Gilo boh! Gilo! Pecoh muko! Pecoh palo!” Jelas Osasu Obayiuwana.

Osasu Obayiuwana juga mendedahkan bahawa ramai penyokong kedua-dua pasukan ini kehilangan isteri kerana menjadi mangsa pertaruhan yang gila ini pada setiap kali derby berlangsung dan salah seorang pengarah dari Simba FC juga mengesahkan perkara yang menjadi satu kebiasaan di kalangan tahi judi.

Semoga kita mendapat pengiktibaran daripada kisah ini.

Sumber : Goal

Baca Juga

Baca Juga