Gara-Gara Instagram, Valencia Terpaksa Memohon Maaf

Kapten Manchester United, Antonio Valencia meminta maaf kepada pihak pengurusan kelab selepas beliau didapati ‘menyukai’ satu Instagram post yang mana menggesa Jose Mourinho dipecat dari jawatannya di Old Trafford.

Satu akaun yang dicipta khas untuk Antonio Valencia dengan nama ‘teamvalencia25’ memuat naik satu posting selepas United sekadar seri menentang Valencia dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi. Posting tersebut berbunyi:

Kerana membabi buta ‘mengelike’ post di Instagram, Valencia terpaksa memohon maaf secara terbuka.

“Saya langsung tidak terkejut dengan keputusan perlawanan tadi. Saya sentiasa tertunggu-tunggu perlawanan Manchester United tetapi sejak kebelakangan ini Jose Mourinho telah menjadikan perlawanan United seperti satu bentuk hukuman kepada kami.”

“Satu perubahan perlu dilakukan dengan kadar segera. Sekarang adalah masanya untuk Jose Mourinho meninggalkan Manchester United.”

Kenyataan tersebut dimuat naik akaun tersebut dan Antonio Valencia tanpa menyedari apa yang ditulis, telah menyukai posting tersebut. Walau bagaimanapun, Valencia cepat menyedari kesilapan tersebut dan memohon maaf atas perbuatannya itu menerusi akaun Twitter.

“Semalam, saya ada ‘menyukai’ satu post di Instagram tanpa membaca apa yang ditulis akaun tersebut bersama gambar yang dimuat naik.”

“Saya tidak berkongsi pendapat yang sama dengan kenyataan tersebut dan disebabkan itu, saya ingin memohon maaf. Saya sentiasa menyokong pengurus dan pemain-pemain lain. Kami sedang berusaha sehabis mungkin untuk memperbaiki keputusan pasukan ini .”

Post yang dari akaun peminat Valencia yang mahu melihat Mourinho meninggalkan United

Ini bukan pertama kali pemain Manchester United terlibat dalam masalah gara-gara media sosial. Minggu lalu, Paul Pogba bertengkar dengan Mourinho di padang latihan kerana didakwa memuat naik video selepas United tewas di tangan Derby County dalam saingan Piala Carabao.

Pertengkaran antara Mourinho dan Pogba berlaku selepas Mourinho diberitahu mengenai video yang dimuat naik Pogba dalam media sosialnya. Video tersebut menunjukkan Pogba dan Andres Perreira bergelak ketawa dan bergurau sebaik sahaja United kecundang dalam penentuan sepakan penalti kepada Derby County.

Ini bukan pergaduhan !

Pogba menafikan beliau memuatnaik video tersebut sebaik sahaja Manchester United tewas. Pogba memberi alasan beliau sebenarnya mahu memuatnaik video tersebut sebelum perlawanan bermula tetapi ‘mobile coverage’ yang buruk di dalam stadium menyebabkan ia tidak dapat dilakukan. Video tersebut hanya berjaya dimuat naik selepas Pogba meninggalkan Old Trafford.

BACA:  Onana Balas Cemuhan Van Dijk Dengan Senyum Kambing Selepas Dituduh Buang Masa Di Terowong Pemain