Gara-Gara Komen Rasis, Seorang Penyokong England Digantung Kerja

Agensi hartanah yang terkenal di England, Savills, telah menggantung seorang pekerjanya selepas dia didapati menghamburkan komen berbaur perkauman di laman sosial pemain England.

Pasukan England tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti, dengan pemain Arsenal Bukayo Saka gagal menyudahkan sepakan penalti terakhir pasukan tersebut.

Savills telah mengeluarkan satu kenyataan bahaa mereka telah melancarkan satu siasatan berkenaan pengelibatan pekerja syarikat berkenaan dalam isu perkauman ini.

“Savills telah mengesahkan bahawa pekerja syarikat yang terbabit dalam komen berbaur perkauman yang ditulis di Twitter mendakwa bahawa akaun Twitternya telah diambil alih oleh pihak ketika dan perkaea ini telah diajukan kepada pihak Polis Greater Manchester.

“Savills telah bertindak dengan pantas dan mengesahkan bahawa pekerja tersebut telah digantung daripada bertugas sehingga siasatan selesai, yang menjadi keutamaan buat masa ini.”

Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka telah gagal menjaringkan penalti masing-masing, dengan kegagalan Saka membawa kepada kejayaan Itali merangkul piala yang paling berprestij di Eropah tersebut. Disebabkan kegagalan mereka, ketiga-tiga pemain ini menjadi mangsa salah laku perkauman di media sosial.

Salah seorang yang menghamburkan komen tidak murni tersebut didapati bekerja di Savills, mengikut info bio di akaun Twitternya, walaupun dia telah menukar info tersebut dan membuang ciapan rasis tersebut.

Agensi hartanah tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat tersebut menolak sebarang salah laku dan diskriminasi.

“Savills komited dalam membuang diskriminasi dan menggalakkan percampuran di kalangan pekerja kami. Siasatan penuh akan dijalankan tentang insiden yang tidak boleh diterima akal ini.

“Savills menolak dan tidak bertolak ansur terhadap apa jua bentuk salah laku perkauman dan diskriminasi kaum dan terkejut dengan komen yang berbaur perkauman dalam ciapan-ciapan ini. Savills telah pun segera menyiasat dan akan mengambil tindakan sewajarnya.”

FA England turut mengutuk insiden perkauman ini, dan menyatakan bahawa mereka juga terkejut sebelum berkata;

“Kami secara terang dan jelas menyatakan bahawa sesiapa yang mempunyai perangai huduh seperti ini adalah tidak dijemput untuk menyokong pasukan kami.

“Kami juga akan melakukan semampu mungkin untuk menyokong pemain yang terejas dan menggesa hukuman yang berat dijatuhkan kepada mereka yang terlibat.

“Kami akan terus melakukan segala yang mampu untuk membuang diskriminasi daripada permainan, tetapi kami juga memohon kerajaan untuk bertindak pantas dan mewujudkan undang-undang yang sesuai supaya pesalah laku ini akan mendapat hukuman sewajarnya dalam kehidupan sebenar.

“Syarikat media sosial perlu lebih peka dan bertanggungjawab untuk membuang para pesalah laku daripada platform mereka, kumpul bukti yang boleh membawa kepada hukuman sekaligus menyokong plaform mereka bebas daripada sebarang jenis salah laku yang menjijikkan.”

Selain itu, pengurus England Gareth Southgate juga menyokong para pemainnya yang menjadi mangsa perkauman.

“Ini [perkauman] bukan benda yang kita pertahankan. Kita telah menjadi watak utama dalam membawa semua orang bersama-sama, dalam membawa orang untuk berasa dekat dengan pasukan kebangsaan, dan pasukan kebangsaan berdiri teguh untuk semua rakyat, dan sebab itulah kebersamaan harus dikekalkan.”

Pada masa yang sama, bekas pemain Manchester United dan England, Gary Neville telah mendakwa bahawa Perdana Menteri Boris Johnson sebagai punca kepada masalah perkauman yang berlaku pada hari ini.

“Si Perdana Menteri pernah cakap sebelum ni yang sebenarnya okay je bagi rakyat negara ini mencemuh pemain yang cuba menggalakkan kesamaan dan membela daripada salah laku perkauman.

“Dua atau tiga minggu yang lalu, kita ada seorang pengurus (Gareth Southgate) aku rasa semua orang dalam negara ni percaya ke dia, seorang pemimpin yang semua orang dalam negara ni percaya.

“Apabila kita tengok adanya salah laku perkauman selepas perlawanan bola sepak di hujung kejohanan, aku memang agak dah [ia akan berlaku] sebab memang ada, dan sebenarnya ia dipromosikan oleh Perdana Menteri yang memanggil wanita Islam sebagai peti surat, dia cakap mereka nampak macam peti surat,” ujar Gary Neville panjang lebar.

Rujukan : Mirror

BACA:  EURO 2020: England 2-0 Jerman