Gara-Gara Pemain Keletihan, Pertukaran 5 Pemain Dilanjutkan ke Hujung 2022

Para penganjur kejohanan bola sepak di seluruh dunia kini mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan atau tidak peraturan pertukaran pemain sehingga 5 orang dalam perlawanan, sehingga hujung 2022, sepertimana yang telah disahkan Badan Bola Sepak Antarabangsa(IFAB) hari Jumaat lalu.

Peraturan ini mula diperkenalkan pada bulan Mei 2020 disebabkan pandemik Covid-19, yang membenarkan 5 pertukaran pemain berbanding 3, untuk menyokong kebajikan pemain di fasa kepadatan jadual.

EPL adalah satu-satunya liga yang benarkan hanya 3 pertukaran dibenarkan. Acah rebel diorang ni. Gambar : SkySports

Badan penggubal undang-undang bola sepak itu berkata peraturan ini akan dibenarkan sehingga 31 Disember 2022 untuk kesemua pertandingan tahap tertinggi, dengan pelaksanannya tertakluk kepada penganjur itu sendiri.

Dengan kata lain, penganjur kejohanan atau liga mempuyai pilihan sama ada untuk meneruskan pertukaran 5 pemain ataupun kembali kepada 3 pertukaran dalam satu-satu perlawanan.

“Keputusan ini adalah berdasarkan analisa global terhadap kesan Covid-19 dalam bola sepak, di samping mewakili perwakilan daripada pemegang taruh yang utama daripada seluruh komuniti bola sepak,” kata IFAB dalam kenyataan rasminya.

“Perubahan sementara ini adalah disasarkan untuk menyokong kebajikan pemain, tertuamanya apabila jadual terganggu, dan menyebabkan kejohanan terpasa dimainkan dalam tempoh yang padat.”

Pada musim ini, Liga Perdana Inggeris adalah satu-satunya liga utama di Eropah yang tidak menggunakan peraturan ini pada musim 2020/21, dan mungkin sebabnya pengurus Manchester United tidak melakukan pertukaran pemain sehingga tamat waktu permainan sebenar.

Keengganan EPL untuk mengapplikasikan peraturan ini menyebabkan pasukan Inggeris hanya boleh melakukan 3 pertukaran dan beberapa pengurus telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka, termasuklah Jurgen Klopp dan juga Pep Guardiola.

Ini berbeza dengan musim lalu di mana EPL turut serta bersama-sama liga utama yang lain di serata Eropah menggunakan peraturan ini dalam liga mereka.

Pada bulan November tahun lalu, Klopp mendakwa sebenarnya para pengurus di EPL telah pun berbincang sesama mereka dan telah mengundi sama ada peraturan 5 pertukaran ini perlu dikembalikan atau tidak ke saingan EPL.

Hasil daripada undian tersebut, 15 pengurus mahu 5 pertukaran diperkenalkan semula dengan 5 lagi menentang.

“Sekarang kita berada dalam situasi yang sukar di mana semakin ramai pemain diancam kecederaan lebih daripada sebelum ini kerana situasi dunia ketika ini, dan kami pastikan kami akan membantu sebanyak mungkin,” kata Klopp selepas perbincangan tersebut.

“Kita memang perlu bincang isu ini sebab kalau tidak tiada apa yang akan berubah tapi perubahan amatlah diperlukan.

“Syukur pada Tuhan, kami ada bincang dalam mesyuarat pengurus 2 hari lepas dan kalau kami mengundi hari tu, keputusannya 15-5 menyebelahi 5 pertukaran.

“Tapi tu lah, kami tak boleh mengundi, sebab kami tak dibenarkan buat macam tu.

“Kalau jadi, 11-9 menyokong 3 pertukaran dan 15-5 sokong 5 pertukaran. Jadi harapnya pembuat keputusan akan ambil langkah sewajarnya,” kata Klopp mewakili pengurus dengan berharap FA akan mengubah fikiran.

Tindakan ini wajar dipuji kerana para jurulatih mengambil inisiatif sendiri untuk menyampaikan suara mereka. Akan tetapi, FA dan pihak EPL tetap berkeras untuk kekal dengan 3 pertukaran.

Selain daripada 5 pertukaran, ada juga perkara lain yang turut diubah berbanding peraturan pertukaran 3 pemain. Jika dulu jumlah pemain simpanan yang dibenarkan untuk berada di bangku simpanan ketika perlawanan adalah 7 orang – ada juga yang hanya membenarkan 5 pemain.

Tam faham amkum 5 pemaim jem dibenamkam.

Namun dengan pelaksanaan 5 pertukaran ini, seramai 9 pemain dibenarkan untuk berada di bangku simpanan. Dengan kata lain, jurulatih mampu berfikir dengan lebih jauh sedikit tentang perubahan pemain ataupun taktikal di atas padang.

Menariknya, dengan dua kejohanan terbesar di dunia dalam kalendar bola sepak tahun ini – Kejohanan Eropah dan Copa America, penonton dijangka bakal disajikan dengan perlawanan yang menarik kerana para jurulatih pasti tidak berapa risau sangat berkenaan keletihan pemain.

Dari sudut pangangan pemain pula, mereka juga akan gembira kerana mereka dijangka mampu mendapatkan waktu rehat dan pemulihan yang lebih sedikit berbanding dalam kejohanan-kejohanan di masa lalu.

Sumber : SkySports

Baca Juga

Baca Juga