Terdapat satu kejadian ngeri di Afrika apabila seorang penyokong Arsenal berusia awal 20-an telah meninggal dunia di hospital kerana kehilangan banyak darah.
Kejadian itu berlaku di daerah Sheema di Uganda. Apabila lelaki bernama Jackson Aineruhanga yang berusia 21 tahun mati ditikam oleh penyokong Manchester United.
Suspek dilaporkan berusia 22 tahun dan terus melarikan diri selepas menikam mangsanya.
Dalam aksi antara Arsenal dan Man United, penyokong dari kedua dua pasukan saling ejek mengejek dan troll sesama sendiri.
Namun suspek kemudian meraikan gol kedua United dengan menganjing mangsa. Suspek itu yakin gol Garnacho minit ke-88 itu sudah cukup untuk mendiamkan peminat Arsenal yang ada di sekitar kedai makan itu.
Malangnya VAR membatalkan gol Garnacho tersebut. Dan giliran Jackson pula menganjing suspek. Kedua dua mereka terus berbalah. Di mana suspek mempertikaikan keputusan pengadil dan VAR.
Lebih pedih apabila pada masa kecederaan, Arsenal menambah 2 gol untuk menang 3-1.
Suspek yang koyak telah menyerang mangsanya yang berada di tempat duduk di hadapan mereka.
Dia telah menggunakan objek tajam menikam mangsanya beberapa kali dan melarikan diri.
Mangsa dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad.
Marcial Tumusiime, polis daerah itu memberitahu: “Kejadian berlaku pada malam 3 September 2023. Aineruhanga telah berselisih pendapat dengan suspek.”
“Perbalahan bermula antara kedua dua mereka selepas VAR membatalkan gol Garnacho.
“Kedua dua mereka kemudian dihalau keluar dari bar oleh penyokong lain di sana yang menyampah mendengar mereka berdua terlalu fanatik dan bergaduh.”
“Dan tiba tiba suspek berlari meluru ke arah mangsa lalu menikam Aineruhanga, di bahagian dadanya. Mangsa meninggal dunia kerana terlalu banyak kehilangan darah.”
Polis sudah mendapat bahan bukti iaitu senjata yang digunakan suspek membunuh penyokong Arsenal itu. Polis melancarkan operasi memburu suspek yang melarikan diri.
Uganda: Arsenal fan killed over match against Man United https://t.co/FY0Nvz5wRs
— Citizen TV Kenya (@citizentvkenya) September 6, 2023
Berita itu benar benar mengejutkan ramai pihak. Takkanlah tengok bola pun sampai koyak teruk seperti itu.
Arsenal terus cemerlang dalam usaha mereka mahu bersaing kejuaraan sekali lagi.
Skuad bimbingan Mikel Arteta lulus ujian besar mereka menentang musuh tradisi Manchester United.
United sebenarnya terlebih dahulu mendahului menerusi Marcus Rashford. Namun gol itu disamakan oleh Odegaard hanya seminit selepas itu.
United dinafikan gol kedua mereka oleh VAR pada minit ke-88. Ianya menyuntik semangat kepada Arsenal untuk menambah 2 gol lagi pada masa kecederaan menerusi Declan Rice dan Gabriel Jesus.