Gareth Bale Akhirnya Berjaya Dapatkan Penghargaan Yang Selayaknya Beliau Dapat Dari Penyokong Madrid

Gareth Bale akhirnya dapat penghargaan yang selayaknya beliau dapat dari para penyokong Real Madrid ketika parade keraian Champions League mereka.

Bale tidak diturunkan ketika aksi perlawanan akhir bertemu Liverpool di Paris kemarin, namun beliau ada di bangku simpanan.

Gergasi Sepanyol itu berjaya memenangi gelaran Champions League ke-14 mereka pada musim ini selepas kejayaan menewaskan Liverpool 1-0 kemarin.

Walau Bale tidak dilihat ketika skuad Real Madrid meraikan kejayaan mereka menjuarai saingan La Liga, namun beliau dilihat turut sertai pemain lain ketika parade Champions League.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, seluruh Santiago Bernabeu bersorak untuk Bale dan turut memberikan standing ovation kepada bintang Wales itu.

Bekas pemain Tottenham Hotspur itu diperkenalkan kepada penyokong dan reaksi yang beliau terima sungguh luar biasa dasyat.

Beliau bahkan turut terlibat dengan sesi tandatangan bersama peminat selepas karier sembilan tahun beliau di Santiago Bernabeu tamat pada musim ini.

Memikirkan bagaimana tanggapan ramai terhadap Bale, cara penyokong Real Madrid menghargai ucapan selamat tinggal beliau tersangatlah menakjubkan.

Beliau sebelum ini mengharungi kesukaran di Santiago Bernabeu dengan Bale turut menjadi mangsa hinaan oleh para penyokong.

Walau bagaimanapun, beliau sememangnya layak untuk dapat penghargaan selayaknya atas pencapaian beliau bersama kelab termasuk lima gelaran Champions League.

Pemain berusia 32 tahun itu menjadi nadi penting Real Madrid ketika mereka menjuarai saingan Champions League pada musim 2017/18 yang lalu.

Beliau berjaya menjaringkan dua gol untuk Real Madrid ketika menewaskan Liverpool 3-1 untuk menjulang gelaran Champions League pada ketika itu.

Beliau turut pernah membantu Real Madrid memenangi tiga gelaran La Liga, tiga gelaran Super Cup dan tiga gelaran FIFA Club World Cup.

Walaupun beliau tidak diturunkan ketika aksi bertemu Liverpool kemarin, Rio Ferdinand dan Steven Gerrard sepakat memuji kehebatan beliau di Santiago Bernabeu.

“Gareth Bale, saya rasa dia perlu disebut di sini juga. Lima Champions League. Dia mungkin tak disukai oleh peminat, tapi dia memainkan peranan penting dalam sejarah kelab.”

Jelas Ferdinand.

“Tak ramai lagi pemain yang boleh memainkan peranan dan impak lebih besar dari itu di pentas sebesar ini.”

Gerrard kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Agak memalukan ketika memikirkan dia tak dapat penghargaan yang selayaknya dia dapat dari segi sumbangan sepanjang kariernya di sana.”

“Agak memalukan yang dia tak pernah dapat kesempatan untuk turun ke padang hari ini. Lepas ini, dia akan toleh kebelakang dan ingat semula yang dia dah menang 5 Champions League, dan tak ada sesiapa mampu menang lebih dari itu.”

Rakan sepasukannya, Eden Hazard turut mendapat reaksi yang sungguh menakjubkan ketika berucap di parade tersebut.

Ucapan penuh emosi Hazard mencuri perhatian peminat

Para pemain Real Madrid memeluk erat Eden Hazard selepas bintang Belgium itu memberikan ucapan yang sungguh beremosi ketika keraian mereka menjuarai saingan Champions League musim ini.

Hazard turut berjanji di hadapan para penyokong yang beliau pada musim hadapan akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dan mahu membantu kelab memenangi pelbagai kejuaraan.

Pemain kebangsaan Belgium itu melalui karier yang mengerikan di Santiago Bernabeu yang mana beliau kerap diganggu dek masalah kecederaan selepas ditandatangani dengan nilai £88.5 juta dari Chelsea.

Masalah kecederaan jelas sekali membataskan aksi beliau bersama Los Blancos dengan Hazard sepanjang kariernya bersama Real Madrid, beliau hanya mampu menjaringkan 6 gol sahaja.

Walau kerap diketepikan, namun beliau tetap tersenarai dalam senarai skuad Real Madrid yang berjaya memenangi dua gelaran La Liga sebelum ini.

Beliau turut berjaya memenangi gelaran Champions League musim ini bersama Real Madrid selepas skuad kendalian Carlo Ancelotti itu menewaskan Liverpool 1-0 kemarin.

Walau bagaimanapun, Hazard hanya beraksi selama 83 minit sahaja sepanjang musim ini dalam saingan Champions League bersama Real Madrid.

Dalam saingan La Liga pula, beliau hanya sempat membuat tujuh penampilan sahaja dalam kesebelasan utama Real Madrid musim ini.

Dan ketika pemain seperti Vinicius Jr dan Rodrygo memainkan peranan penting dalam membantu Real Madrid memenangi gelaran Champions League ke-14 mereka, Hazard tampil memberitahu peminat yang mereka akan mampu menyaksikan yang terbaik darinya musim hadapan.

“Ia merupakan tiga tahun yang sangat sukar, tapi tahun hadapan, saya akan berikan segalanya untuk kamu semua.”

Jelas Hazard di atas pentas selepas beliau mengambil microphone untuk berucap ketika keraian Champions League mereka di Plaza de Cibele.

“Saya yakin yang tahun hadapan merupakan milik saya, saya tak ragu-ragu.”

Rakan sepasukannya yang mendengar ucapan Hazard itu kemudiannya segera memeluk beliau sambil melompat-lompat memberi semangat kepadanya.

Para peminat turut mengucapkan selamat tinggal kepada ketua pasukan, Marcelo yang akan meninggalkan kelab penghujung musim ini selepas mengharungi 15 tahun karier yang gemilang di Santiago Bernabeu.

Pemain left-back Brazil itu telah berjaya memenangi 25 piala sepanjang kariernya bersama Real Madrid dan jelas sekali beliau sangat beremosi ketika mengucapkan selamat tinggal kepada para peminat.

Beliau akan meninggalkan Real Madrid sebagai pemain paling berjaya dalam sejarah kelab dengan Marcelo turut menyatakan bahawa:

“Saya sangat gembira, saya berpuas hati. Saya habiskan perjalanan saya di Madrid sebagai pemain tapi saya akan tetap bersama kelab ini kerana kelab ini merupakan kehidupan saya. Saya akan bermain di luar sebentar dan saya akan kembali.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  "Menjijikkan" - Bale Hentam Semula Media Yang Menggelarnya Parasit