Bale Bakal Sertai Pasukan kerdil Secara Percuma? Vincent Tan Yang Teruja?

Legenda Real Madrid, Gareth Bale dilaporkan bakal membuat keputusan yang mengejutkan untuk menyertai pasukan kerdil, Cardiff City melalui perpindahan secara percuma pada musim panas ini.

Melalui laporan WalesOnline, pemain kebangsaan Wales itu telah melawat pusat latihan Cardiff City pada 22 Jun dan telah bercakap dengan pengurus, Steve Morison mengenai masa depannya.

Kontrak semasanya bersama juara Champions League 14 kali, Real Madrid akan tamat pada penghujung bulan ini dan membolehkan mana-mana kelab mendapatkannya secara percuma.

Dengan kualiti dan reputasi Gareth Bale disebalik rekod kecederaan tiada masalah untuk beliau memilih mana-mana kelab dengan pilihan yang pelbagai untuk meneruskan karier bola sepaknya.

Sebelum ini Bale berkata dia akan pergi bercuti bersama keluarganya selepas final play-off Piala Dunia dan kejohanan Liga Negara-Negara bersama Wales sebelum membuat keputusan masa depannya.

Bale telah memacu Wales ke Piala Dunia buat pertama kali selepas 64 tahun. Selepas tamat tempoh percutian Bale tiba kembali di Cardiff pada hari Selasa.

Pemain Wales itu dilihat di ibu pejabat Vale of Glamorgan di Cardiff City pada pagi 22 Jun. Tempat ini juga berfungsi sebagai tempat latihan untuk pasukan kebangsaan Wales dan pada kebiasaannya Bale akan bertemu pasukan perubatan Wales disini untuk menjalani fisioterapi.

Pemilik Cardiff City, Vincent Tan juga teruja dengan kemungkinan menandatangani bekas pemain Tottenham Hotspur itu. Pengerusi, kelab Mehmet Dalman telah berhubung dengan wakil pemain. Bagaimanapun, tiada apa yang dimuktamadkan setakat ini.

Vincent Tan memerhatikan prosiding dengan sangat teliti dan sememangnya bersemangat dengan kemungkinan mempunyai pemain bola sepak terhebat Wales bermain untuk kelab yang dimilikinya.

Sekiranya Bale memutuskan dia mahu menyertai Bluebirds, ia boleh memberi kesan ke atas kelab dan menghidupkan semula hasrat Tan untuk membantu Cardiff City kembali ke Liga Perdana.

Jika benar ini terjadi, ini merupakan satu perkara positif buat Cardiff City kerana kehadiran Bale akan menarik minat pemain berkualiti untuk bermain disini.

Ketika bercakap kepada Football Daily mengenai masa depannya, pemain Wales itu menyatakan sudah tahu destinasi kemungkinan dan berbicara mengenai stadard baginya bola sepak adalah bola sepak.

“Saya tahu destinasi mungkin selepas ini. Saya tidak benar-benar tahu jika standard akan jadi terlalu banyak perbezaan, sejujurnya. Permainan bola sepak adalah permainan bola sepak.

“Saya rasa saya tidak akan pernah kehilangan kualiti saya pada bola, jadi saya rasa ia adalah perbincangan yang perlu dilakukan.”

Bale seperti memberi bayangan tidak kisahkan standard pasukan yang bakal disertainya kerana percaya dengan kualiti permainnya di mana saja dia bermain.

WalesOnline difahamkan Bale telah memberitahu kelab bahawa beliau akan membuat keputusan dalam hari mendatang sebelum sekali lagi bercuti sehingga 16 Julai.

Gareth Bale sudah pasti meninggalkan Real Madrid sebagai legenda. Dia menyertai Los Blancos dari Tottenham Hotspur pada 2013 dengan yuran rekod dunia ketika itu bernilai €101 juta.

Disebalik kecederaan berterusan Bale telah menyumbang 106 gol dan 67 bantuan gol dalam 258 penampilan untuk kelab gergasi Sepanyol itu merentasi semua pertandingan.

Dia memenangi lima gelaran juara Liga Juara-Juara UEFA (tiga secara hatrik) dan tiga gelaran La Liga, antara trofi lain, bersama Los Blancos.

Kapten Wales itu juga telah menjaringkan beberapa gol ikonik untuk kelab itu.

Bale menjaringkan gol kemenangan ketika Real Madrid menewaskan Barcelona 2-1 pada final Copa del Rey 2013-14 dengan larian lipas kudung di atas garisan merentasi padang.

Dia juga menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1 mereka ke atas Liverpool pada final Liga Juara-Juara UEFA 2017-18, termasuk gol overhead yang menakjubkan.

BACA:  Jon Rahm, Pemain No.3 Dunia Cakap 'Tak Aci' Selepas Iktiraf Kehebatan Bale Main Golf