Gareth Bale Dinamakan Sebagai Atlet Muda Terkaya

Gareth Bale merupakan atlet berusia 30 tahun dan ke bawah yang terkaya di Britain’s. Tetapi bintang Real Madrid itu masih terlalu jauh untuk mencapai kekayaan seperti Lewis Hamilton.

Para pemain bola sepak sememangnya diakui antara golongan yang mempunyai kekayaan luar biasa dan mewah. Mereka menerima pendapatan yang sangat lumayan dari bidang yang diceburi.

Namun, walau menerima pendapatan begitu, tiada seorang pon dari mereka yang muncul dalam The Sunday Times Rich List, of Britain’s top 1000 wealthiest people.

Hanya Lewis Hamilton dan Rory McIlroy yang masuk ke dalam senarai tersebut. Tetapi mengikut senarai Times untuk mereka yang berusia 30 tahun dan kebawah memiliki pendapatan tertinggi dari 50 individu dalam senarai, 17 daripadanya merupakan pemain bola sepak.

Bintang sensasi Real Madrid Gareth Bale mengetuai senarai atlet muda terkaya dengan kekayaan £114 juta lebih £20 juta dari tahun lalu.

Ditempat kedua menjadi milik Anthony Joshua, satu-satunya petinju yang ada dalam senarai dengan kekayaan £107 juta.

Bale dan Joshua merupakan dua sahaja atlet yang berjaya masuk kedalam senarai individu berusia 30 tahun dan kebawah terkaya dengan Bale berada di kedudukan ketujuh dan Juara Heavyweight dunia Boxing itu satu tangga dibelakangnya.

Kedua-dua mereka berada jauh dibelakang Juara dunia F1, Hamilton yang telah menjadi atlet British terkaya sepanjang zaman mengikut senarai tersebut.

Hamilton mencatatkan kekayaan bernilai £224 juta, £37 juta lebih dari apa yang dicatatkan olehnya pada tahun lalu.

Peningkatan kekayaannya telah memecahkan rekod yang dicipta oleh David Beckham yang mencatatkan £200 juta ketika mengumumkan persaraannya pada tahun 2013.

David Beckham dan isterinya kini berada dikedudukan 354 secara keseluruhan dengan kekayaan £370 juta. Sementara Hamilton pula berada di kedudukan ke 545 dari senarai keseluruhan.

Mcllroy pula baru sahaja membuat kemunculan secara langsung di Sky Sports pada hari ahad lalu dalam rancangan Four Person Event For Charity bersama Dustin Johnson berada di kedudukan ke 722 dengan kekayaan bernilai £170 juta.

Bercakap tentang ahli sukan, penganalisis yang membuat senarai terkaya ini menyatakan:

“Menjadi yang terbaik didunia dalam apa saja yang anda lakukan adalah sebuah penghargaan dalam apa jua bidang atau pekerjaan. Sama seperti sukan, ianya tiada perbezaan, lihat saja kepada senarai kekayaan pada tahun ini.”

“Di sebalik itu, bintang sukan sangat berbeza dengan pengusaha dan pemimpin perniagaan lain yang menguasai The Sunday Times Rich List. Tetapi nama-nama terbesar dalam sukan sepeti golf, tinju, perlumbaan motor dan bola sepak memiliki kemampuan yang sama untuk berjaya.”

Mungkin ada yang berpendapat bahawa penyertaan Odion Ighalo dalam senarai bintang sukan muda terkaya membuktikan bahawa anda tidak perlu menjadi yang terbaik untuk berada di kedudukan sepertinya, anda hanya perlu berpindah ke China sebentar untuk menjadi lebih berjaya.

Tetapi itulah yang dipanggil peluang dan itu jugalah apa yang dimaksudkan dengan kemampuan seorang ahli sukan dengan ahli perniagaan yang sama saja sebenarnya.

BACA:  5 Ejen Bola Sepak Paling Berpengaruh Di Dunia