Gareth Bale Jaringkan Gol Menerusi Sepakan Percuma Yang Sungguh Luar Biasa Dasyat

Gareth Bale berjaya membuktikan yang beliau masih lagi pemain berkelas dunia selepas kejayaannya meledak gol menerusi sepakan percuma yang cukup cantik dan sungguh luar biasa menakjubkan.

Gol jaringan beliau itu sudah cukup untuk menghidupkan harapan Wales untuk layak ke Piala Dunia Qatar tahun ini.

Pada satu titik di dalam kariernya pada ketika ini, Bale secara dasarnya hanya aktif bermain di pentas bola sepak antarabangsa.

Hal ini kerana beliau sangat bergelut untuk mendapatkan minit permainan ketika beraksi bersama Real Madrid di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Walau bagaimanapun, ketika beliau masuk ke padang untuk Wales, beliau boleh dikatakan sering mampu untuk membuktikan sesuatu.

Beliau menunjukkan kepada dunia tentang mengapa beliau pernah satu ketika dahulu, memegang gelaran sebagai pemain termahal dalam dunia bola sepak.

Semalam, Bale sekali lagi membuktikan kemampuan sebenarnya beliau ketika aksi bertemu Austria di peringkat separuh akhir kelayakan Piala Dunia Qatar di Cardiff.

Selepas Harry Wilson dikasari di luar kotak penalti, Wales telah dihadiahkan sepakan percuma dan ramai yang percaya bekas bintang Liverpool itu yang akan menyempurnakan sepakan percuma tersebut.

Walau bagaimanapun, Bale yang tampil untuk menyempurnakan sepakan percuma itu, dengan bola rembatan beliau melencong cantik masuk ke penjuru atas gawang gol lawan.

Penjaga gol Austria, Heinz Lindner tidak mampu melakukan apa-apa melainkan hanya melihat sahaja bola rembatan Gareth Bale itu menerjah jaring gawang golnya.

“Macam mana Real Madrid boleh ketepikan Bale sedangkan dia masih berprestasi, tengok gol sepakan percuma tu, tak ada pemain Real sekarang yang boleh buat macam itu.”

“Letak dua penjaga gol pun belum tentu mereka boleh selamatkan sepakan Bale itu, memang cukup-cukup cantik. Bola melencong masuk terus penjuru.”

“Kalau penjaga gol Austria tengok ulang tayang, dan dia di minta untuk sekali lagi lakukan itu, saya jamin dia tak akan mampu buat apa-apa.”

“Gol berkualiti tinggi, Real Madrid memang bermasalah kerana tak nampak kehebatan Bale, dia pemain yang memang kelab perlukan pada ketika ini.”

“Saya rasa ini sepakan percuma terhebat pernah saya lihat sepanjang hayat saya. Memang betul-betul cantik.”

Bale telah berjaya membantu Real Madrid memenangi 14 Piala utama sejak beliau melengkapkan perpindahan ke Santiago Bernabeu dari Tottenham Hotspur pada tahun 2013 yang lalu.

Beliau berjaya menjaringkan gol ketika aksi perlawanan akhir saingan Champions League dan Copa Del Rey sebelum ini bertemu Liverpool dan Barcelona.

Walau beliau sering menjadi ketika beraksi dalam perlawanan besar dan penting, namun para peminat sepertinya tidak begitu menghargai Gareth Bale.

Pemain kebangsaan Wales itu hanya terlibat dengan lima perlawanan sahaja bersama Madrid sepanjang musim ini dan beliau tidak diturunkan ketika aksi kekal memalukan bertemu Barcelona baru-baru ini.

Melihat kepada hal itu, ada wartawan yang sempat menganggap pemain berusia 32 tahun itu sebagai parasite yang mahu merosakkan kelab dari dalam.

Dengan kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini, Bale sepertinya tidak begitu peduli tentang hal tersebut dan andai beliau berjaya bawa Wales ke pentas Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958, sudah tentu kritikan itu semua tidak akan dipedulikan olehnya.

Wales berjaya menewaskan Austria dengan keputusan 2-1 dengan Gareth Bale muncul penjaring kedua-dua gol tersebut.

Mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Scotland atau Ukraine dalam aksi perlawanan akhir untuk tentukan siapa bakal layak ke Piala Dunia Qatar.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Friendly Match: Perancis 3-0 Wales