Pemain termahal dunia, Gareth Bale, melakar sejarah baru apabila mencatat nama sebagai pemain Britain pertama dalam sejarah Kejohanan Eropah yang menjaringakn gol melalui sepakan percuma.
Bintang Real Madrid itu meledakkan gol pembukaan menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter untuk meletakkan Wales di depan 1-0.
Gol itu juga merupakan gol pertama Wales dalam kejohanan utama selepas 58 tahun!
Selepas membantu Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-11, Bale kini dilihat sebagai kunci utama untuk membawa Wales mara ke pusingan kalah mati.