Gareth Bale Minta Bayaran €17 Juta (RM77 Juta) Setahun Dari Real Madrid

Khabar angin bertiup bahawa pemain kebangsaan Wales, Gareth Bale menuntut kenaikan gaji dari Real Madrid sehingga €17 Juta (RM77 Juta) setahun. Tuntutan Bale itu menyebabkan beberapa orang rakan pasukannya kurang gembira kerana bagi mereka prestasi Bale tidak sepadan dengan bayaran yang di tuntut.

Bale menuntut kenaikan bayaran melalui perbincangan untuk kontrak barunya bersama Real Madrid, nyata tuntutan Bale itu menimbulkan rasa menyampah serta tidak puas hati sehingga terbawa ke bilik persalinan dan mewujudkan sedikit ketegangan. Kontrak Bale sekarang bersama Real Madird sehingga 2019.

Penyerang sensasi Wales menunjukkan persembahan yang menakjubkan di EURO 2016 membawa Wales mara ke Separuh Akhir. Bale juga disenarai pendek untuk Anugerah Pemain Terbaik UEFA selepas menjuarai Liga Juara bersama Real Madrid.

Bale hadir ke Real Madrid pada 2013 sebagai pemain termahal dunia dengan bayaran £85.3 juta sekaligus memadam rekod perpindahan Ronaldo sebelum itu bernilai £80 juta. Real Madrid sudah dua kali menjuarai Liga Juara Eropah pada 2014 dan 2016 selepas Bale beraksi bersama mereka.

Dengan rekod dan kecemerlangna Bale layakkah Bale meraih kenaikan gaji seperti di tuntut?

Baca Juga

Baca Juga