Gareth Bale Umum Debut Di PGA Tour Dua Minggu Selepas Bersara

Gareth Bale telah mengumumkan debut di dalam kejohanan Golf anjuran PGA Tour hanya selepas dua minggu secara rasminya bersara sebagai pemain bola sepak profesional.

Selepas berjaya membawa Wales ke Piala Dunia 2022 buat pertama kalinya sejak 1958 dan berjaya menjaringkan satu gol ketika menentang USA Gareth Bale memilih untuk bersara pada usia 33 tahun.

Pemain kesayangan Wales dan Real Madrid ini sebenarnya seorang individu yang boleh dikelaskan sebagai genius sukan. Selain bola sepak, Bale juga bermain mewakili sekolah, Eglwys Newydd Primary School dalam beberapa sukan termasuklah ragbi, hoki dan olahraga.

Dia juga merupakan rakan sekelas kepada bekas kaptel ragbi Wales, Sam Warburton di Eglwys. Ketika remaja, Bale merupakan pelari yang hebat dan pernah mencatatkan masa 4 minit 59 saat untuk 1500m, dan 2 minit 23.8 saat dalam acara 800m.

Ketika berusia 14 tahun, dia mencatatkan masa 11.4 saat dalam acara 100m! Maka tidak hairanlah Bale mempunyai kepantasan luar biasa di padang, ketika bermain bola sepak profesional Bale mula mengenali sukan golf.

Dan Bale sangat obses dengan golf ketika di Real Madrid dan kerap dilaporkan menghabiskan masanya senggangnya di padang golf, maka dia memilih golf selepas karier bola sepaknya bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Pemenang lima kali Liga Juara-Juara itu membuat pengumuman kepada peminat pada petang Isnin dengan melayari Instagram dan mengesahkan penglibatannya dalam AT&T Pebble Beach Pro-Am bulan depan.

“Sukacita mengumumkan bahawa saya akan bermain dalam AT&T Pebble Beach Pro-Am pada permulaan bulan depan! Jom 🏌️‍♂️⛳️”

Diadakan di Pebble Beach, California, acara empat hari itu menawarkan hadiah bernilai $9 juta (£7.3m). Seramai 156 pemain golf profesional akan mengambil bahagian dalam acara itu merentasi Pebble Beach Golf Links, Padang Golf Spyglass Hill dan Kelab Desa Monterey Peninsula.

Selebriti lain akan hadir, termasuk pelakon Bill Murray dan pemuzik Macklemore dan pada tahun 2019 Bale pernah berkata bola sepak adalah sukan nombor satunya.

“Bola sepak adalah sukan nombor satu saya. Saya dibayar untuk melakukannya dan saya sentiasa memberikan yang terbaik. Golf adalah hobi seperti orang lain yang mempunyai hobi,”

“Tidak ada yang salah dengan dengan bermain golf. Ramai je orang lain main golf danramai pemain bola sepak bermain dan ia adalah satu perkara yang saya sangat suka.”

“Ia membuatkan saya lebih tenang di luar padang dan memberi saya masa berjauhan daripada bola sepak yang bagus.”

Kini Bale sudah bersara dan karier golfnya sudah pun bermula dari sekadar hobi, Bale mengorak langkah ke arah lebih kompetitif.

Baca Juga

Baca Juga