Gareth Southgate Bakal Ketepikan Marcus Rashford Dari Skuad Utama England

Marcus Rashford dilaporkan bakal digugurkan dari skuad kebangsaan England menjelang aksi perlawanan persahabatan bertemu Switzerland dan Ivory Coast.

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford sudah tidak diturunkan untuk beraksi bersama skuad The Three Liones sejak dari aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 lagi.

Selepas berakhirnya kempen saingan Euro 2020, beliau telah menjalani pembedahan bahu dan terpaksa diketepikan dari skuad utama Man Utd pada awal musim baru-baru ini.

Pemain berusia 24 tahun itu hanya mampu menjaringkan lima gol sahaja dari 24 penampilan bersama setan merah sejak kembali pulih dari kecederaan.

Beliau turut diturunkan sebagai pemain gantian pada aksi babak kedua ketika aksi kekalahan 4-1 bertemu seteru sebandar, Manchester United kemarin.

Rashford di masukkan pada aksi babak kedua namun beliau sama sekali tidak mampu untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Rashford ketika ini sudah mengharungi tujuh perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol bersama skuad setan merah.

ESPN mendakwa yang pengurus skuad kebangsaan England, Gareth Southgate dijangka bakal mengetepikan Rashford dari skuadnya untuk aksi perlawanan persahabatan di Wembley hujung bulan ini.

England bakal melayan kunjungan Switzerland pada 26 Mac nanti sebelum beraksi bertemu Ivory Coast pada 29 Mac nanti.

Southgate sepertinya tidak akan mengubah pendirian beliau yang mana beliau hanya akan memanggil pemain-pemain yang kerap bermain untuk kelab sahaja untuk sertai skuad kebangsaan England.

Harry Kane, Raheem Sterling, Jack Grealish, Phil Foden dan Bukayo Saka kesemuanya dijangka akan dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan England.

Jadon Sancho juga sepertinya akan dipanggil semula untuk skuad The Three Liones memandangkan beliau sedang berada di tahap persembahan terbaiknya.

Seandainya Rashford benar-benar digugurkan, beliau hanya ada dua rehat antarabangsa sahaja lagi pada Jun dan September nanti untuk berusaha memburu tempat ke Piala Dunia Qatar.

Berita tentang keputusan Gareth Southgate mahu ketepikan Rashford timbul selepas banyak laporan yang mempersoalkan tentang masa depan bintang England itu di Old Trafford.

Beliau pada ketika ini dilaporkan tidak gembira sama sekali berada di Old Trafford dan turut berasa kecewa kerana kekurangan minit permainan.

Menurut sumber laporan dari The Guardian, Rashford rasa kecewa selepas beliau gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Man Utd di bawah kendalian Ralf Rangnick.

Rashford pada ketika ini masih memiliki kontrak bersama setan merah sehingga 2023 nanti, dengan Man Utd dikatakan mahu menawarkan lanjutan kontrak selama satu tahun kepadanya.

Beliau turut mendapat kritikan teruk dari pelbagai pihak kerana sering mempamerkan aksi persembahan yang sangat mengecewakan.

Ramai juga yang mendesak agar Marcus Rashford melupakan seketika hal luar padang dan beri tumpuan sepenuhnya kepada prestasi beliau di atas padang.

Peminat sedar kemampuan sebenar beliau dan aksi yang beliau persembahkan pada ketika ini jauh berbeza dengan apa yang sebenarnya mampu beliau lakukan.

Setiap kali United gagal mendapatkan keputusan yang baik dan beliau diturunkan untuk beraksi, Rashford bakal menjadi pemain yang paling teruk dikritik selain Harry Maguire.

Beliau kini dianggap pemain yang malas kejar bola, cepat berputus asa, tumpul dan lemau, dan kerana itu jugalah ramai pihak yang cuba memberi semangat kepadanya supaya bangkit dan memberikan aksi terbaiknya.

Pemain penyerang itu sebelum ini turut hangat dikaitkan dengan bakal menyertai gergasi Perancis, Paris Saint Germain yang kini sedang dalam usaha mencari pengganti Kylian Mbappe.

Beliau turut dikaitkan dengan bakal menyertai Barcelona namun tidak pasti sama ada Rashford akan benar-benar pergi meninggalkan kelab, atau mungkin beliau akan kekal lagi di Old Trafford selepas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mason Mount Kini Jadi Pemain Antara Gaji Termahal Di Old Trafford